Saturday 31 March 2007

Mengunjungi KotaMu..Tarbiyah Paling Bermakna Dalam Hidupku


Beberapa pelajar Universiti Madinah yang ditemui. Semoga kini anda semua sihat sejahtera. Terima kasih atas segala bantuan.


Hati ini masih merasai betapa bahagianya mengunjungi kota Nabi, Madinatul Munawwarah. Walaupun beberapa masa telah berlalu tapi ketenangan, kepuasan dan kebahagiaan terus kurasai. Inilah tempat paling istimewa yang pernah kuziarahi. Mengingatinya membuatkan mudah mengalirkan air mata. Mengenangnya mentarbiyah hati dari kelalaian. Rindu sungguh hatiku, bilakah lagi akan muncul lagi kesempatan sebegini..

Sebaik aku melangkah kaki menuruni Saudi Airlines ke Bumi Madinah Al Munawwarah, dingin cuacanya cukup menambat hati. Deru anginnya penuh nyaman. Hatiku tidak sabar menatap masjidmu, Masjid Nabawi. Hatiku tidak tertahan mengunjungi makammu, hatiku kepingin benar memasuki Raudhahmu.

Menatap kali pertama Masjid Nabawi bagaikan mimpi. Indahnya menawan hati. Melihat manusia berbondong-bondong menuju ke sana setiap waktu solat mengusik hati. Ya Allah, Di mana lagi kan kuperolehi suasana sebegini. Ya Rasulullah, betapa ramainya manusia mengasihimu. Muka mereka penuh berseri, hatiku seolah menikmati syuur ukhuwwah sejati. Indahnya terasa. Tidak kira bangsa, umur, kedudukan, jantina, warna kulit dan negeri. Ya Allah, Sungguh.. Hanya Islam menghulurkan natijah serupa ini.

Alhamdulillah, hotelku dekat sekali dengan Masjid Nabawi. Suasana sekitarnya begitu menarik. Setiap waktu solat kulihat manusia beriringan menuju kearah masjid. Aktiviti jual beli di dataran dan kedai-kedai sekelilingnya menceriakan suasana. Keputihan jubah yang di samping warna-warna yang lain mengundang rasa kesucian ,kebahagian dan disaluti keceriaan. Alunan bacaan Al Quran Syeikh As-Sudais dan As-Syuraim amat mengetuk hati. Alunan Nasyid ‘Muhammad Nabi..na’ dan ‘Tala’al Badru Alaina’ sungguh menambat hati. Laungan azan yang merdu begitu menyentap hati untuk melangkah kaki memasuki masjidmu yang mulia.

Lucu juga mengingati pertama kali aku memasuki Masjid Nabawi. Aku duduk di bahagian kiri masjid. Aku rasa betapa besarnya masjid ini.Selepas salat, aku berjalan dalam masjid. Rupanya yang aku rasakan besar baru hanyalah bahagian kiri masjid. Rupanya Masjid Nabawi lebih besar dari yang aku jangkakan. MasyaAllah! Aku juga mulanya tersilap tentang kawasan Raudhah. Aku gambarkan kawasan Raudzah yang indah itu sepertimana yang kulihat dalam gambar. Aku rasa sungguh bertuah berada dalam kawasan itu. Selepas beberapa hari baru aku sedari bahawa kawasan itu belum pun dikira kawasan Raudzah. Kawasan Raudzah sebenar jauh lebih indah dan mententeramkan. Allahu Akbar!

Kota ini juga mengingatkanku kepada Mus’ab bin Umair , da’i pertama yang dipilih oleh Rasulullah saw ke Madinah. Mus’ab rela meninggalkan kesenangan duniawi di kala ia masih muda. Beliau termasuk golongan pertama yang menerima Islam di rumah alArqam bin Abi Arqam di bukit Shafa. Semasa berhijrah ke Habsyah, beliau sempat merasakan pahitnya kemiskinan, tetapi ia tetap sabar. Sebaik kembali ke Mekah, Rasulullah mengutuskan pula ke Madinah untuk mengajar Islam di sana. Dengan jerih payahnya, Islam tersebar di sana. Mus’ab syahid di medan Uhud, ia wafat sambil mendakap bendera Islam. Dengan redza Allah dan rahmatNya, semoga para malaikat sentiasa menggembirakannya.

Bukit Uhud mengingatkanku kepada Abdullah Ibnu Amr Anshary, syahid pertama yang dinaungi malaikat dalam perang Uhud. Tubuhnya hancur dikoyak-koyak pedang kaum musyrikin. Beliau adalah salah seorang dari dua belas orang pemimpin Madinah yang menemui Rasulullah saw di Aqabah. Selepas syahid, anaknya Jabir menerima berita gembira dari Rasulullah bahawa Allah SWT menghidupkan ayahnya kembali dan mengajaknya berbicara tanpa tabir. Jabir diminta untuk meminta sesuatu, ternyata yang diminta ayahnya ialah ia ingin kembali ke dunia, agar ia boleh berjuang di jalan Allah sekali lagi.

Medan Uhud juga mengingatkanku kepada Amru Ibnu Jamuh, si pincang yang pergi ke perang Uhud mendahului para pejuang lain. Mengingatkanku kepada Tsabit Ibnu Dah-Dah yang telah meminjamkan semua miliknya untuk Allah dan ia gugur sebagai syahid dalam perang Uhud. Dan banyak peristiwa lagi untuk dikenangi.

Kota Madinah juga mengingatkanku kepada As’ad Ibnu Zurarah. Ia seorang penduduk Madinah yang mula sekali masuk Islam. Beliau pergi ke Mekah bersama Dzakwan ibnu Qais untuk menemui Utbah ibnu Rabiah. Apabila terdengar berita tentang Islam, keduanya terus mencari Nabi saw. Setelah keduanya duduk di hadapan Rasulullah dan mendengar ayat-ayat Al-Quran, keduanya terus berbaiat kepada Rasulullah untuk masuk Islam. Apabila kembali ke Madinah, keduanya aktif menyampaikan Islam kepada penduduk Madinah. Pada tahun kedua beliau membawa dua belas lelaki Madinah ke Mekah untuk berbaiah dengan Rasulullah dalam Baiah aqabah pertama. Di Madinah, beliaulah iman salat lima waktu dan salat Jumaat, malah beliaulah orang pertama mengadakan salat Jumaat sebelum kedatangan Mus’ab bin Umair. Apabila Mus’ab tiba di Madinah, mereka berganding bahu menyebar Islam menyinari seluruh kota Madinah. As’ad meninggal pada bulan syawal , iaitu sembilan bulan selepas kaum Muhajirin berhijrah ke Madinah.

Laungan azan masjid Nabawi mengingatkanku kepada Bilal Ibnu Rabbah. Beliau muazzin pertama dalam Islam. Ia memiliki suara yang merdu, namun tidak pernah mempergunakan suaranya untuk menyanyi atau menghibur penduduk kota Mekah. Tetapi suaranya itu ia alunkan untuk menyeru azan hingga gemanya menggugah hati penduduk kota Mekah dan Madinah. Beliau adalah bekas hamba Umaiyah ibnu Khalaf dan berasal dari Habsyah. Pernah disiksa dengan teruk oleh Umayyah di tengah padang pasir sebelum di tebus oleh Abu Bakar. Selepas Rasulullah wafat, Bilal memutusakan untuk pindah dari Madinah ke Syria tetapi Abu Bakar memintanya untuk tetap tinggal di Madinah. Selepas Abu Bakar meninggal , beliau berpindah ke Syria dan tinggal di sana hingga ia meninggal.

Sesungguhnya terlalu banyak peristiwa sejarah di kota ini yang menjadi bahan tarbiyah buat kita. Kita tidak akan melupai Ubay ibnu Ka’ab – orang yang pertama menulis wahyu di Madinah, Abdullah ibnu Abdul Asad – Muslim pertama yang berhijrah dari Mekah ke Madinah, Abdullah bin Zubair – bayi pertama yang lahir setelah hijrah di madinah, anak kepada Zubair ibnu Awwam dengan Asma binti Abu Bakar, Sa’ad bin Rabi’ – yang dipersaudarakan dengan Abdul Rahman Ibnu Auf, Muhammad bin Maslamah – pemuda Ansar yang banyak berkorban, Abu Ayyub An Ansari – yang menjadi sahibul-bait bagi Rasulullah ketika Baginda berhijrah ke Madinah dan banyak lagi.

Marilah kita panjatkan doa semoga Allah izinkan kita berkesempatan menjejaki di bumi Nabi yang mulia lagi bercahaya. Marilah kita meluangkan masa menatap sirah Nabi dan Para Sahabat yang mengandungi mutiara tarbawi yang tidak ternilai – mendidik hati kita agar menjadi Muslim Mukmin sejati buat mengejar redza Ilahi.

Thursday 29 March 2007

AMAL YANG UTAMA..



Baru-baru ini semasa diajak untuk menolong mangsa banjir kat Johor, mulanya rasanya berat juga nak ikut sebab masa tu tengah sibuk menyiapkan suatu tugasan. Akhirnya pergi juga dan dapat membantu sekadar termampu. Pengalaman tersebut amat bermakna sekali. Seorang kawan yang menangguhkan untuk pergi sebab sibuk akhirnya tak pergi langsung sebab banjir pun dah surut. Apabila dia lapang, bantuan tidak diperlukan lagi masa tu. Menyesal juga katanya. Hari tu masa Misi Kemanusiaan Aceh pun macam tu..tunggu punya tunggu misi ditamatkan. Tak dapat merasa bahagia dan bernilainya pengalaman menolong orang yang memerlukan bantuan seperti yang diceritakan oleh mereka yang pergi.

Kehidupan amat singkat. Amal amat banyak. Oleh sebab itu rasanya kita kena faham apakah amal yang paling utama pada ketika tertentu agar kita tidak rugi apabila kembali ke alam yang kekal nanti. Amal yang kita lakukan biarlah memberi imbalan terbaik di sisi Ilahi.

Ibnu Al-Qayyim dalam kitabnya ‘Tahzib Madarik As-Salikin’ menjelaskan:

Ibadah yang paling utama adalah amal yang dikerjakan untuk mencari keredzaan Allah di setiap waktu yang tepat. Kerana itu, ibadah yang paling utama pada waktu jihad adalah jihad, meskipun ia harus meninggalkan wirid, solat malam, puasa bahkan mengerjakan solat fardzu yang sempurna seperti yang dilakukan ketika keadaan aman dan tenang.

Amal yang paling utama ketika tetamu datang berkunjung misalnya adalah memenuhi haknya dan melayaninya daripada berzikir. Demikian pula halnya dalam melaksanakan hak isteri dan keluarga.

Amal yang paling utama pada waktu sahur adalah salat, membaca AlQuran, berdoa, berzikir dan memohon ampun.

Amal yang paling utama ketika memberi bimbingn kepada murid dan mengajar orang yang tidak tahu adalah menerima mereka untuk diajari dan melayani mereka.

Amal yang paling utama ketika azan berkumandang adalah meninggalkan segala kesibukan dan menjawab azan.


Amal yang paling utama ketika menunaikan salat wajib adalah serius dan sungguh-sungguh melaksanakannya dengan sesempurna mungkin, segera menunaikannya pada awal waktu, dan melaksanakannya di Masjid Jami’ meskipun jauh jarak yang ditempuh.

Amal yang paling utama ketika seseorang sangat memerlukan pertolongan samada dengan menggunakan kedudukan, fizikal atau harta adalah membantunya dan lebih utama memberikan pertolongan daripada sibuk berzikir.

Amal yang paling utama ketika membaca Al Quran adalah konsentrasi dan menfokuskan diri mentadabbur dan memahami kandungannya, sehingga seolah-olah Allah SWT berbicara dengan anda. Dengan begitu, hati anda akan menumpukan untuk memahami dan mentadabburinya serta bertekad untuk melaksanakan perintah-perintahnya. Itu lebih utama daripada meluangkan waktu untuk menemui orang datang membawa surat dari seorang penguasa.

Amal yang paling utama ketika wukuf di Arafah adalah bersungguh-sungguh dalam merendahkan diri, berdoa dan berzikir daripada berpuasa.

Amal yang paling utama pada hari ke 10 bulan Zulhijjah adalah memperbanyakkan ibadah terutama takbir, tahlil dan tahmid daripada berjihad yang tidak wajib.

Amal yang paling utama saat 10 hari terakhir Ramadzan adalam beriktikaf di masjid berbanding bergaul dengan masyarakat. Amal tersebut lebih utama daripada mengajarkan ilmu kepada orang dan membacakan kepada mereka Al Quran, mengikut pendapat sebahagian besar ulama.

Amal yang paling utama ketika seorang Muslim sakit atau meninggal adalah menziarahi dan melawatnya.

Amal yang paling utama ketika tertimpa musibah dan dianiayai orang adalah bersabar sambil tetap bergaul dengan mereka. Ini adalah kerana Mukmin yang selalu bergaul dengan orang lain dan bersabar atas perlakuan buruk mereka lebih baik daripada orang yang tidak mahu bergaul dengan orang lain dan tidak pernah diperlakukan buruk. Bergaul dengan orang lain dalam kebaikan lebih baik daripada menjauhkan diri dari mereka dalam hal kebaikan. Menghindari pergaulan dengan orang lain kerana alasan kejahatan lebih utama daripada bergaul dengan mereka. Apabila ia tahu jika ia bergaul ia dapat membenteras atau meminimalkan kejahatan, maka saat itu bergaul labih utama daripada mengasingkan diri.

Amal yang paling utama pada setiap waktu dan kondisi adalah mendahulukan redza Allah dengan menyibukkan diri melakukan ibadah yang dituntut pada saat itu. Orang-orang seperti itu adalah ahli ibadah yang melakukan ibadah dengan tidak terbatas. Sedang yang lain melakukannya dengan terbatas. Kerana itu, ketika salah seorang mereka keluar dari jenis ibadah yang sering dilakukannya kemudian ditinggalkannya, ia melihat dirinya seolah-olah ibadahnya menurun dan telah meninggalkan ibadahnya. Sebab, ia hanya melihat ibadah dari satu sisi.

Adapun orang yang melakukan ibadah tanpa batas, tidak mempunyai maksud dalam ibadahnya itu sendiri yang dapat mempengaruhi ibadahnya yang lain. Ia terus naik dalam tingkat dan kedudukan ibadah. Setiap kali naik satu kedudukan, ia berusaha menjalankannya dan terus mengerjakannya hingga mencapai kedudukan dan tempat yang lebih tinggi.

Inilah awal perjalanannya hingga mencapai akhir. Apabila melihat ulama, anda melihatnya bersama mereka. Jika melihat rakyat biasa, anda juga melihatnya bersama mereka. Jika anda melihat para pejuang, anda pun melihatnya bersama mereka. Jika anda melihat ahli zikir, anda pun melihatnya bersama mereka. Jika anda melihat orang-orang suka bersedekah dan berbuat baik, anda pun melihatnya bersama mereka.

Inilah bentuk ibadah yang tidak dibatasi dengan batasan apa pun. Amal yang dilakukan tidak hanya dimaksudkan untuk dirinya sendiri dan ketenangan jiwanya, tetapi ia melakukannya untuk mendapat redza Rabbnya.

KHILAF JAMAAH..

Saya membesar dalam keadaan yang menjadikan saya menjauhi Khilaf, tidak sukakan perpecahan dan bencikan pertelingkahan. Saya telah belajar dan dididik pada mulanya di kampung saya di tangan Syeikh saya, seorang ulama yang mantap iaitu Fadhilah al-Syeikh Abdul Razaq Afifi.

Sewaktu saya belum melewati usia sepuluh tahun, Syeikh telah mengajar kami untuk menghimpunkan manusia dan tidak memecah-belahkan serta menyatukan bukannya mengoyakkan. Hendaklah mendekatkan semampu yang boleh sewaktu berlakunya khilaf tanpa menjejaskan usul aqidah dan perkara yang diketahui secara dzarurat daripada agama.

Pernah berlaku pertemuan mereka yang mempunyai haluan Islam iaitu Jamaah Anshor al-Sunnah al-Muhammadiyah, al-Jam'iyyah al-Syar'ieyah dan al-Ikhwan al-Muslimun. Semuanya menyertai aktiviti sesama mereka. Setiap mereka mengambil faedah daripada kelebihan yang lain. Mereka mengambil aqidah daripada jamaah Anshor al-Sunnah, perlakuan berdasarkan Sunnah dan gambaran Islam daripada al-Jam'iyyah al-Syar'ieyah dan mengambil tentang kesyumulan Islam dan pemikiran tamadunnya daripada al-Ikhwan
al-Muslimun. Oleh itu saya - sehingga kini - terus menyumbangkan wang untuk membantu jamaah-jamaah ini, saling membantu mereka dan saya juga dijemput untuk menyampaikan ceramah untuk mereka.

Saya masih ingat sikap-sikap Syeikh kami dalam hal ini di antaranya:

Pertama:
Beliau telah membentuk dari kalangan anak-anak yang masih kecil - saya salah seorang daripada mereka - menjadi satu kumpulan yang kami kongsi kutipan wang padanya untuk membentuk sebuah perpustakaan sebagai tempat membaca. Beliau dokonginya - semoga Allah membalas kebaikan beliau - dengan pemberian beliau. Beliau memilih untuk kami apa yang beliau sukai dan pilih daripada buku-buku aqidah, risalah-risalah Syeikhul Islam Ibn Taimiyah dan muridnya Ibn al-Qayyim, al-Imam Muhammad bin Abdul Wahab, buku-buku Sunnah dan risalah-risalah al-Imam as-Syahid Hasan al-Banna.

Kedua:
Seseorang telah bertanyakan beliau dalam satu majlis tentang pandangannya terhadap perkumpulan besar yang dizahirkan oleh hasil aktiviti al-Ikhwan al-Muslimun dan sambutan para pemuda terhadap dakwah mereka. Soalan itu ditujukan dalam bentuk yang menyakitkan hati, mengajak kepada kebencian dan dikiaskan dengan cemuhan. Lantas Syeikh kami menjawab dengan kata-katanya:"Wahai anakku, sesungguhnya saya berasa takjub melihat berkumpulnya burung pada satu bangkai yang busuk, maka bagaimakah ketakjuban kita melihat berkumpulnya manusia pada Islam?"

Ketiga:
Kami pernah bermusafir dari kampung Syansur menuju ke Kaherah. Bersama kami ada beberapa orang pemuda. Kami menuju ke pejabat Anshor al-Sunnah di 'Abidin. Kami mendapati Fadhilah al-Syeikh Hamid al-Fiqi - Ketua Jemaah Anshor al-Sunnah pada waktu itu - sedang menyampaikan ceramahnya. Kami duduk mendengar kepadanya. Beliau menghamburkan serangan keras terhadap al-Ustaz Hasan al-Banna, Mursyidul 'Am al-Ikhwan al-Muslimun kerana beliau tidak mementingkan aqidah. Golongan pemuda membenci serangan yang mereka tidak biasa mereka dengar ini dan mereka duduk dalam majlis itu seolah-olah mereka sedang duduk di atas bara api. Apabila ceramah itu selesai, kami bangun dan bersalam dengan Syeikh Hamid dalam keadaan berdiri. Fadhilah al-Syeikh Abdul Razaq berkata kepada al-Syeikh Hamid:

"Sesungguhnya manusia sedang menjauhi Islam sejauh-jauhnya. Biarkanlah Hasan al-Banna dengan dakwah umumnya kepada mereka sehingga dia dapat mengarahkan mereka kepada Islam. Apabila mereka telah menuju kepada Islam maka bolehlah kamu mengajar aqidah dan syariah kepada mereka mengikut kehendak kamu."

Lantas perasaan para pemuda tenang dengan kata-kata ini.

Sekiranya jemaah-jemaah Islam ini bertemu pada satu matlamat iaitu berhukumkan syariat Islam dalam seluruh sudut kehidupan, sesungguhnya permusuhan yang wujud antara mereka dan antara mereka yang ada dalam satu jemaah akan menghabiskan tenaga mereka dalam pertentangan dalaman dan menghalang tercapainya matlamat bersama. Inilah penyakit kronik yang memecahkan kekuatan Islam dan menghalang terlaksananya syariah yang mulia.

HALANGAN-HALANGAN PELAKSANAAN SYARIAH ISLAM
Prof. Manna' Khalil al-Qaththan
Maktabah al-Qardhawi 1998

Kenapa kita tertinggal...



"Wahai saudara-saudara..

"Tahukah kamu kenapa kita tertinggal jauh ke belakang dari salafus salih?

Sesungguhnya satu saja jawapannya dan tiada duanya.

..Iaitu kerana kita berpaling dari Al-Qur'an dan tidak melakukan segala apa yg dibawa oleh Rasulullah saw.

Ketahuilah bahawa Muslim akan hanya merasa bahagia di alam nyata apabila mereka menjadikan Al-Qur'an Karim sebagai perlembagaan hidup dan undang-undang mereka.

Terimalah satu amanat daripadaku: "Sesungguhnya Allah SWT tidak akan menolong orang-orang fasik yang berpaling tadah dari agama mereka dan melalui jalan syaitan yang direjam."

Di hari kita kembali kepada Al-Qur'an dan Sunnah yang suci, di hari itulah kita akan melihat pertolongan Allah SWT terpampang di hadapan mata kita."

"Dan Kami selalu berkewajiban menolong orang-orang yang beriman." [Ar Rum:47]

Wahai Tuhanku aku telah menyampaikan! Wahai Tuhanku saksikanlah!

[Hassan AlBanna]

DAKWAH DAN TARBIYAH - WASILAH UTAMA DALAM PEMBENTUKAN UMMAH


Rasulullah saw memulakan jihadnya melalui Dakwah dan Tarbiyah, bukan terbentuk secara tiba-tiba atau kebetulan tanpa apa-apa persediaan dan pembentukan bahkan Rasulullah saw menghadapi berbagai kesukaran dan halangan dan terus berjihad sehingga terbentuk satu ummah yang terpuji sebagai Khaira Ummah di abadikan didalam Al-Quran.

Seperti di tegaskan dalam Al-Quran ayat 110 Surah Al Imran maksudnya:"Kamu adalah sebaik-baik ummah dikeluarkan untuk manusia seluruhnya, kamu memerintah (menyuruh) kepada ma'aruf dan mencegah mungkar serta kamu tetap beriman kepada Allah."

Rasulullah saw mula berdakwah dan membentuk ummah sejak di zaman Makkah lagi. Baginda mendidik (mentarbiyah) sekumpulan jamaah mukminin yang menjadi benih terbentuknya masyarakat yang baru (berbeza daripada masyarakat jahiliyah).

Ketika Rasulullah saw membentuk jamaah mukminah di Makkah di masa itu, Baginda menyedari bahawa peranannya lebih besar daripada Makkah dan Semenajung Arab dan Risalah yang Baginda bawa bukan semata-mata khusus untuk satu bangsa dan satu generasi bahkan Risalahnya bersifat sejagat ('Alamiyah) dan halatujunya menghapuskan jahiliyyah dan membina insaniah yang baru, menepati prinsip-prinsip Al-Quran dan ajarannya.

Ketika Baginda menjadikan kota Makkah sebagai markas dakwahnya, Baginda tidak memulakan dengan membentuk daulah yang terdiri dari pembesar-pembesar Quraisy bagi menundukkan seluruh orang Arab dan memaksa mereka menerima prinsip-prinsipnya dengan kekerasan. Baginda tidak melakukan demikian kerana Baginda bukan diutuskan untuk menghapuskan kerosakan dengan mengundang kerosakan lain dan bukan untuk memaksa masyarakat menerima dakwahnya dengan kekerasan tetapi Baginda diutuskan untuk menyampaikan Risalah Allah SWT dan mengajak semua manusia dengan penuh hikmah serta dengan peringatan-peringatan yang baik. Serta sabar bersama-sama orang-orang yang beriman membentuk jamaah yang menjalankan kerja-kerja Islah agar mereka menjadi asas yang kukuh bagi kelahiran masyarakat (generasi) baru (Generasi Mukmin).

Rasulullah saw memberi penekanan kepada Tarbiyah Jiwa/ Dhomir / Al Wijdaan dan tarbiyah akhlak dan budi pekerti berteraskan keimanan/tauhid; kerana inilah asas sebenarnya bagi pembinaan ummah yang menjamin masyarakat dan Daulah daripada berlaku penyelewengan, kezaliman dan kerosakan.

Ilmu perlembagaan, dan undang-undang serta deen undang-undang serta peratusan semata-mata belum cukup untuk mcmbina ummah tanpa dididik jiwa dan akhlaq masyarakat.

Sehubungan ini Al Quran telah menegaskan dalam surah Al Ra' ad ayat 11, maksudnya "Sesungguhnya Allah SWT tidak mengubah apa yang terdapat pada sesuatu kaum itu sehingga mereka mngubah apa yang terdapat dalam jiwa mereka."

Ustaz Mohd Syadid dalam kitabnya Al Jihad Fil Islam menjelaskan bahawa inilah jalan membentuk dan membina ummah serta membangunkan tamaddun dan kemajuan. Pengislahan masyarakat tidak akan sempurna melainkan di mulakan dengan jiwa masyarakat itu sendiri.... kerana itu maka medan Islam yang pertama ialah 'alam jiwa dan dhamir., dan wasilahnya yang pertama dan utama untuk sampai kepada matlamat ialah AtTarbiyah. Wassalam.

(Disusun oleh Omar Hj Salleh)

Penuhilah dunia ini dengan limpah kasih sayangmu..

Wahai muslim yang berjiwa besar:

Penuhilah dunia ini dengan limpah kasih sayangmu.

Khususkanlah buat saudara-saudaramu yang muslimin itu dengan kepanasan cintamu yang tinggi dan biarkanlah mereka tahu bahawa anda mencintai mereka. Yang demikian itulah al aksir (batu geliga) yang mengubati seribu satu kesulitan dan kesusahan.

Sesungguhnya banyak kesulitan di dalam dunia ini timbul dari perasaan yang telah padam dan berlakunya penyelewengan perasaan itu.


Ya akhi,

Sesungguhnya para pendukung da’wah Allah (s.w.t) kepada manusia, dia mestilah berada di puncak kebersihan. Allah (s.w.t) itu baik dan tidak menerima kecuali yang baik. Oleh kerana itulah saudara tidak boleh membaca al Qur’an, kecuali saudara dalam keadaan bersih.

Da’wah yang kucita-citakan ku harapkan darimu di masa akan datang, memerlukan kebersihan hatimu. Supaya hatimu dapat memberi dan menerima, bersabar dan bertahan di dalam kesabaran, mudah mengampunkan dan bertoleransi, sanggup turun merendah diri ke taraf golongan yang lemah dan sanggup pula membawa mereka ke taraf orang-orang yang kuat, tidak lari dan tidak membicarakan hak-hak orang lain kecuali dengan baik kerana anda mencari mereka untuk da’wah.

Firman Allah Taala :
“Maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah teman yang sangat setia”. (Fusshilat : 34)

Semuanya itu anak kuncinya adalah kebersihan hati.

Inilah rahsia kejayaan. Sesungguhnya kita ini tidak lama lagi akan berangkat dari dunia, oleh itu kita suka mengucapkan selamat tinggal kepada hidup ini, apabila kita telah menumpangkan da’wah ini (menyerahkannya) kepada para pemuda yang bersih hatinya.

Abbas Assisi

Wednesday 28 March 2007

Jangan jadi doktor kejar glamor..KHIDMAT LILLAH !




Setuju benar dengan saranan Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Zaininah Mohd. Zain bahawa kerjaya sebagai doktor bukan untuk mengejar glamor atau mencari kekayaan tetapi bagi membantu pesakit yang memerlukan rawatan. Beliau berkata, kerjaya sebagai doktor banyak terdedah kepada cerita sedih tentang kesakitan yang dihadapi oleh seseorang tetapi doktor menerima kepuasan apabila melihat pesakit pulang selepas semakin pulih.

‘‘Tiada kehidupan sosial yang aktif dan tidak tidur lebih 24 jam adalah satu kebiasaan bagi seorang doktor.

‘‘Pelajar yang ingin menceburi bidang ini perlu bersedia dari segi mental dan fizikal serta tidak sepatutnya memilih bidang perubatan jika langkah itu hanya untuk memenuhi kemahuan ibu bapa,” kata Zaininah ketika berucap kepada 152 pelajar yang mengikuti Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor di HKL di sini hari ini.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0328&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_09.htm

Ikhlaslah dalam apa saja bidang amal yang kita lakukan.. Amal yang ikhlas adalah manakala amal dikerjakan hanya dalam rangka mendapat ridza Allah, tidak untuk mendapat ridza sesiapa pun dari makhlukNya.

Amal yang ikhlas dapat mententeramkan hati, sekaligus menjadikan amal kita di terima Allah SWT.

Ibrahim Ibnu Adham berkata:

“Adalah tidak benar jika ada orang yang menuju kepada Allah, tapi masih ada rasa keinginan untuk dikenali”.

Suatu Hadith yang bersumber dari Mu’az bin Jabal, Nabi saw bersabda:

“Sesungguhnya sedikitnya riya itu, sudah termasuk syirik. Dan siapa yang memusuhi seorang wali Allah, bererti telah berperang dengan Allah. Dan Allah kasih pada hamba yang takwa, yang tersembunyi (tidak dikenal), yang bila tidak ada, tidak dicari, dan bila hadir tidak dipanggil dan tidak dikenal. Hati mereka bagai pelita hidayah, mereka terhindar dari segala kegelapan kesukaran”.

Abu Hurairah r.a berkata: Ketika kami di majlis Rasulullah saw. tiba-tiba beliau berkata: “Besok pagi akan ada seorang ahli syurga yang salat bersama kamu”. Kata Abu Hurairah: Aku berharap semoga akulah orang yang ditunjuk oleh Rasulullah saw.. Maka pagi-pagi aku salat di belakang Rasulullah saw. dan tetap tinggal di majlis setelah orang-orang pulang. Tiba-tiba ada seorang hamba hitam berkain compang-camping datang berjabat tangan dengan Rasulullah saw. sambil berkata: Ya Nabi Allah, doakan semoga aku mati syahid. Maka Rasulullah saw. berdoa, sedang kami mencium bau kesturi dari badannya.

Kemudian aku bertanya: Siapakah orang itu ,ya Rasulullah? Jawab Nabi: “Ya benar. Ia hamba sahaya dari bani fulan”. Abu Hurairah bertanya: Mengapa tidak kau beli, dan kau merdekakan dia, ya Nabi Allah?

Jawab Nabi saw.: “Bagaimana aku akan dapat berbuat demikian, bila Allah akan menjadikannya seorang raja di syurga. wahai Abu Hurairah, sesungguhnya di syurga itu ada raja dan orang-orang terkemuka. Dia adalah salah seorang raja dan terkemuka. wahai Abu Hurairah, sesungguhnya Allah kasih kepada makhluknya yang suci hati, yang samar, yang bersih, yang terurai rambut, yang kosong perut kecuali dari hasil yang halal, yang bila akan masuk ke dalam istana raja tidak diizinkan, bila meminang wanita bangsawan tidak diterima, bila tidak ada tidak dicari, bila hadir tidak dihirau, bila sakit tidak dijenguk, bahkan bila mati tidak dihadiri jenazahnya”.

Ketika sahabat bertanya: Tunjukkan kepada kami seorang dari mereka? Jawab Nabi saw.: “Iaitu Uwais Al Qarny, seorang berkulit coklat, lebar kedua bahunya, sedang tingginya, selalu menundukkan kepalanya sambil membaca AlQur’an, tidak terkenal di bumi, tetapi terkenal di langit, andaikan ia bersungguh-sungguh minta sesuatu kepada Allah pasti diberinya. Di bawah bahu kirinya ada bekas belang sedikit. wahai Umar dan Ali jika kamu bertemu dengannya, maka mintalah kepadanya supaya membacakan istighfar untukmu”.



DOCTORS ... Just for fun! Jangan ambik hati..




Why do surgeons wear masks in the operating theatre?

>'So that if they make a mistake no one will know who did it'.



"Doctor, doctor, I'm nervous, this is the first brain operation I've had."

>"Don't worry, it's the first I've performed."



A doctor visited his patient in hospital ward after operation. "I've got some bad news - we amputated the wrong leg. Now the good news - the man in the next bed wants to buy your slippers."


"Doctor, doctor, I keep losing my memory."

>"When did you first notice that?"

"When did I first notice what?



"Doctor, doctor, I keep seeing double."

>"Take a seat, please."

"Which one?"

http://www.youtube.com/watch?v=z274EqsECSA

Dakwah bukan satu jurusan sahaja...



Anakku,

Dakwah bukan di dalam satu jurusan sahaja. Jadi siapa merasakan lemah di dalam satu medan, maka di sana ada lagi berbagai-bagai medan lain yang memerlukannya.

Al Imam al Syahid Hassan al Banna telah berkata:
“Pak tani yang menanam kapas mengetahui bahawa kapas itu memerlukan masa enam bulan untuk berbuah, adakah dia menunggu enam bulan tanpa usaha? Tidak. Dia menanam di sekitar kapas itu, timun, lobak, jagung, kobis, dan lain-lain sementara menunggu waktu kapas itu berbuah.”

Kita hendaklah menyempurnakan hak dakwah dengan amal (usaha) yang berterusan di segala medan. Sekurang-kurangnya medan dakwah fardiah (dakwah individu) itulah medan yang paling berfaedah di dalam situasi ini.

Sesungguhnya dakwah kita adalah dakwah alamiyah (dakwah sejagat) yang tidak boleh di berhentikan oleh kerana sesuatu kesulitan dan tidak boleh ditahan oleh satu kekuatan.

Dia mesti bergerak terus dengan mempergunakan apa cara yang silih berganti dengan mengutamakan apa yang patut diutamakan dan didahulukan menurut kemampuan dan kemungkinan suasana.

Abbas Assisi

CLAIM itu..CLAIM ini !!




Sekarang ini dunia penuh dengan 'Claim itu... Claim ini !' tapi banyak yang tak betul.

Kita macamana ? Pernahkah kita 'claim' sesuatu yang tak betul?

Sebenarnya 'Syahadah' yang kita lafazkan adalah suatu bentuk claim. Apabila kta mengucap syahadah, kita telah claim bahawa Tiada Ilah melainkan Allah, Nabi Muhammad Rasul Allah. Apa maknanya? Apa syarat-syaratnya agar syahadah kita bukan merupakan claim yang tidak benar?


Apakah Syahadah kita benar?

Syaikh Wahhab bin Munabbih pernah ditanya, “Bukankah syahadah lailahailallah itu merupakan kunci jannah? Beliau menjawab, “Benar, tetapi tidak ada kunci melainkan ia pasti memiliki gerigi. Apabila engkau datang membawa kunci yang ada geriginya, maka jannah itu akan terbuka bagimu. Namun jika tidak, maka ia akan tetap tertutup bagimu.”


Gerigi yang dimaksudkan itu ialah syarat-syarat sah syahadah.


Untuk membuktikan claim syahadah kita benar, harus melengkapi syarat beriku:


  • Al Ilmu, iaitu mengetahui makna syahadah dengan sebenarnya . (Muhammad 47:19)

  • Al Yaqin, iaitu yakin tanpa ragu-ragu semua yang terkandung dalam syahadah tersebut. (Al Hujurat 49:15)

  • Al Qabul, iaitu menerima seluruh kandungan syahadah dengan hati dan lisan tanpa meninggalkan sesuatu tuntutan pun. (As Saffat 37:35-36)

  • Al Inqiyad, iaitu tunduk dan patuh dalam mengaplikasikan keseluruhan tuntutan syahadah tanpa keberatan sedikitpun. (An Nisa’ 4:65; An Nisa’ 4:125; Luqman 31:22)

  • As Sidqu, iaitu mengucapkan syahadah dari lubuk hati yang benar-benar jujur dan benar. (Al Ankabut 29:1-3)

  • Al Ikhlas, iaitu mengikhlaskan amal dan niat hanya untuk Allah sahaja tanpa dicemari oleh kotoran-kotoran syirik. (Al Bayyinah 98:5)

  • Al Mahabbah, iaitu menyintai seluruh kandungan syahadah dan apa sahaja yang menjadi tuntutannya serta menyintai orang-orang yang beriltizam dan komited dengan kalimah syahadah serta membenci hal-hal yang membatalkan syahadah. (Al Baqarah 2:165)

Tuesday 27 March 2007

CCTV vs MURAQABAH

Muraqabah is knowing that Allah is watching over us.

Allah, subhanahu wa ta'ala, says, "And know that Allah knows what is in your minds, so fear Him." [2:235]

"And Allah is Ever a Watcher over all things." [33:52] "

"And He is with you wherever you may be." [57:4]

There are many other similar verses stating the same concept.In the hadeeth of Jibreel, when he asked the Prophet (s) about ihsan (goodness and excellence), the Prophet (s) replied, "Ihsan is to worship Allah as if you see Him, but since we do not see Him we should know that He sees us at all times." (Bukhari and Muslim)

The meaning of this hadeeth is the definition of muraqabah. Namely, the endurance of the servant's knowledge and his conviction and certainty that Allah is watching over his internal and external affairs. To have this knowledge and certainty at all times is called muraqabah. It is the fruit of the servant's knowledge that Allah is his Watcher, Over-seeing him, Hearing his utterances, and Observing all of his deeds at all times.

Al-Junaid said, "The one firm in muraqabah fears the waste of even a moment for other than his Lord." Dhun-Nun said: "The sign of muraqabah is to favor what Allah has sent down (of the revelation), to glorify what Allah has glorified, and to despise what Allah has despised."

Ibraheem Al-Khawass said: "Muraqabah is the sincerity of both the internal and external to Allah." It has been said that "The best that man may cling to on this road to Allah is muhasabah (reckoning of the self), muraqabah, and governing his conduct with knowledge."


Muraqabah ialah merasakan keagungan Allah azza wa jalla di setiap waktu dan keadaan serta merasakan kebersamaan-Nya di kala sepi ataupun ramai.

Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW ditanya oleh Malaikat Jibril tentang ihsan, beliau bersabda, "Hendaklah kamu beribadah kepada Allah seolah-seolah kamu melihat-Nya, dan jika memang kamu tidak melihat-Nya maka sesungguhnya Allah melihat kamu."

Menjaga niat agar selalu dalam niat yang benar, terbebas dari niat yang ditunggangi syahwat duniawi, adalah sebuah cara dalam melakukan muraqabah.

Beberapa jenis muraqabah yang harus kita fahami:
  • Muraqabah dalam melaksanakan ketaatan adalah dengan ikhlas kepada-Nya.
  • Muraqabah dalam kemaksiatan adalah dengan taubat, penyesalan dan meninggalkannya secara total.
  • Muraqabah dalam hal-hal yang mubah adalah dengan menjaga adab-adab terhadap Allah dan bersyukur atas segala nikmat-Nya.
  • Dan muraqabah dalam musibah adalah dengan ridha terhadap ketentuan Allah, dan memohon pertolongan kepada-Nya dengan penuh kesabaran


As Syahid Sayyid Qutb dalam Tafsir fi Dzhilalil Qur'an menjelaskan bahawa taqwa merupakan kepekaan batin, kelembutan perasaan, rasa takut terus-menerus, selalu waspada dan hati-hati terhadap duri yang bertebaran di sepanjang jalan kehidupan. Taqwa merupakan sumber segala kebaikan kehidupan masyarakat, satu-satunya cara untuk mencegah kejahatan, kerosakan dan perbuatan dosa. Taqwa merupakan tunggak utama dalam pembinaan jiwa dan akhlak seseorang untuk menghadapi berbagai pancaroba kehidupan.

ISLAM SEBAGAI PENYELESAIAN


Akhbar metro UK hari ini (27 mac 2007) membangkitkan masalah masalah arak dikalangan penduduknya, selepas beberapa minggu lalu membangkitkan masalah sosial mereka.

Apa yang termuat dalam risalah ini, sebahagian besarnya, adalah petikan daripada pendapat ulamak-ulamak muktabar yang jelas fikrah serta iltizam dan intizam dengan kehidupan Islam. Tulisan ini hanya sekadar menyambung lidah, menyampaikan buah fikiran dan pengalaman mereka di sepanjang hidup dalam berbagai-bagai waqi’.

Sepatutnya tajuk “Islam Sebagai Penyelesaian” menghuraikan skop dan ruang lingkup yang luas meliputi berbagai aspek kehidupan manusia. Tetapi apa yang akan diketengahkan di sini menyentuh perkara asas yang menjadi dasar kepada penyelesaian masalah hidup manusia dari semasa ke semasa hingga alam ini diwarisi kembali oleh Allah SWT.

Konsep penyelesaian tersendiri

Persoalan penting, apakah yang hendak diselesaikan oleh Islam? Apakah masalah sebenar manusia yang tidak mampu diselesaikan oleh mana-mana sistem atau peraturan kecuali Islam?
Sebelum persoalan ini dijawab, perlulah difahami bahawa Islam tidak boleh dipisahkan daripada realiti hidup manusia. Kerana manusialah Islam ditanzilkan (diturunkan). Firman Allah SWT:
“Dan tidak Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk seluruh manusia, untuk menyampaikan berita gembira dan peringatan.” - Surah Saba’: ayat 28

Risalah Muhammad Rasulullah SAW adalah untuk kepentingan manusia. Manusia mempunyai sifat dan tabiat yang unik. Manusia terdiri daripada tiga fakulti iaitu rohi, ‘aqli dan jasmani. Ketiga-tiga fakulti ini perlu dipandu dan dikawal oleh satu sistem yang lengkap dan bersepadu untuk melahirkan manusia atau insan yang dapat berperanan sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi mengikut nilai Rabbani, sekali gus memperlihatkan kematangan serta kedewasaannya dalam kehidupan di dunia dan layak mengecapi kebahagiaan di akhirat kelak.
Kita mengetahui bahawa setiap undang-undang atau peraturan mempunyai falsafah dan konsep tersendiri. Undang-undang dan peraturan-peraturan itu, dalam perlaksanaannya, tetap akan menghadapi masalah dan mempunyai cara-cara penyelesaian tersendiri pula.

Adalah tidak logik dan tidak adil seseorang menuntut undang-undang tertentu untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul akibat daripada perlaksanaan undang-undang yang lain.

Islam adalah undang-undang dan peraturan hidup yang lengkap. Setiap juzuk berkaitan dan berhubungan secara bersepadu membentuk kesatuan hakiki mencakup seluruh aspek kehidupan. Sekiranya Islam diberikan peluang agar tau’iyah dan tarbiyyahnya ditegakkan berdasarkan prinsip-prinsip da’wah Islamiyyah sebenar, berqudwahkan Rasulullah SAW dan berpandukan sumber wahyu Allah SWT. sehingga lahir masyarakat yang rela melaksanakan undang-undang dan peraturan Islam, maka dikala itu logik dan adillah Islam dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul. Lihatlah apakah Islam mampu atau tidak?

Cara Islam Menyelesaikan Permasalahan Hidup

Untuk mengetahui cara Islam menyelesaikan permasalahan hidup manusia, seseorang perlu kembali meneliti dan memahami Fiqh Da’wah Rasulullah SAW. Yakni da’wah yang dibimbing oleh wahyu Allah SWT, al-Quran al-Karim. Di waktu yang sama seseorang perlulah melihat realiti masyarakat sewaktu Rasulullah SAW. diutuskan dari segi politik, ekonomi dan sosial kerana dalam bidang-bidang inilah sering timbul masalah-masalah yang dihadapi oleh sesuatu masyarakat, bangsa atau negara.

Ketika mana Muhammad Rasulullah SAW diutuskan, negeri Arab seperti Syam dan Yaman yang subur dan kaya dengan hasil mahsul dikuasai oleh Romawi dan Parsi. Tinggallah Hijaz, Tihamah dan Najd yang kering kontang, dilitupi padang pasir dan dimiliki secara bebas oleh orang-orang Arab yang berpuak dan berqabilah.

Kalau difikirkan secara biasa, tanpa meyakini bahawa setiap tindakan baginda bersabit dengan konsep Da’wah Islamiyyah sebenar dan metod penyampaian baginda adalah bimbingan wahyu Allah SWT, maka sudah tentu seseorang akan membuat andaian-andaian bahawa:

1. Dalam kesempatan Muhammad Rasulullah SAW yang memiliki sifat-sifat kepimpinan, kewibawaan dan pernah diberi kepercayaan oleh pembesar-pembesar Quraisy untuk menyelesaikan masalah-masalah tertentu, maka sebelum baginda menjalankan Da’wah Islamiyyah kepada masyarakat, sudah tentu dengan senang baginda dapat menyatupadukan umat Arab yang berpuak dan berqabilah di bawah slogan Qaumiyyah ‘Arabiyyah demi membebaskan bumi Arab dari dijajah oleh Romawi serta Parsi dan mengembalikan kuasa politik ke tangan umat Arab.
Setelah umat Arab bersatu, buminya dirampas kembali dari tangan Rumawi dan Parsi dengan semangat Qaumiyyah ‘Arabiyyah dan setelah kedudukan Muhammad sebagai pemimpin kukuh maka dapatlah baginda, dengan kuasa dan kedudukan yang dimiliki, memantapkan ‘Aqidah Tauhid untuk dianuti oleh masyarakat dan seterusnya mewartakan Islam sebagai cara hidup mereka. Dengan cara ini, tentulah pada andaian seseorang yang hanya menggunakan aqal, Muhammad Rasulullah SAW tidak akan menghadapi berbagai-bagai halangan, rintangan, siksaan dan tentangan yang keras daripada Kafir Qura’isy selama 13 tahun dalam usaha untuk menanamkan ‘Aqidah Tauhid ke dalam hati masyarakat dan menegakkan Islam sebagai ad-Din (sistem hidup). Tetapi andaian ini bukanlah jalan yang sebenar.

2. Kesempatan yang lain, realiti ekonomi dan sumber kekayaan di zaman Rasulullah SAW dikuasai oleh segolongan kecil dari masyarakat jahiliyyah. Mereka menguasai aktiviti perniagaan berasaskan riba’. Majoriti rakyat hidup miskin dan melarat. Berdasarkan kesempatan ini, mungkin seseorang mengandaikan jika Muhammad Rasulullah SAW berusaha mengajak majoriti masyarakat yang miskin dan melarat, lalu menyatupadukan mereka dalam satu saf bagi melepaskan diri daripada cengkaman golongan feudal dan meningkatkan taraf hidup mereka, nescaya Rasulullah SAW dengan senang dapat mempengaruhi dan menyatukan mereka.
Selepas itu bolehlah Rasulullah SAW menegakkan ‘Aqidah Tauhid dan seterusnya mentatbiqkan undang-undang Islam dalam kehidupan masyarakat, tanpa bersusah payah menghadapi tentangan masyarakat Quraisy yang agresif hingga ke tahap ingin membunuh baginda. Tetapi andaian ini bukanlah jalan yang sebenar.

3. Kesempatan yang lain pula, realiti sosial dari sudut moral dan akhlak orang-orang Arab ketika itu amatlah menyedihkan. Sesiapa yang kuat dialah berkuasa. Permusuhan, kezaliman dan pergeseran sesama sendiri sering berlaku. Anak gadis ditanam hidup-hidup. Kemabukan arak, perjudian, amalan pelacuran dan seumpamanya berleluasa.
Mungkin seseorang mengandaikan sekiranya Muhammad Rasulullah SAW mengisytihar dari awal-awal lagi suatu bentuk Da’wah Islamiyyah yang bertujuan membaiki moral, membentuk disiplin dan membangunkan akhlak tanpa menekankan permasalahan iman, nescaya Rasulullah SAW akan mendapat sambutan dan sokongan majoriti penduduk tanah Arab. Lebih-lebih lagi pada ketika itu masih terdapat di kalangan orang-orang ‘Arab yang mempunyai sifat-sifat dan `basic morality’ yang baik. Tidak perlu Rasulullah SAW bersusah payah selama 13 tahun berda’wah mengajak manusia supaya beriman kepada Allah SWT dan mentauhidkan-Nya. Tetapi andaian ini bukanlah jalan yang sebenar.

Allah SWT Maha Mengetahui

Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui bahawa semua andaian di atas bukan jalan yang betul untuk menyelesaikan masalah hidup manusia. Allah SWT Maha Mengetahui bahawa masalah hidup manusia tidak dapat diselesaikan tanpa melalui proses pembentukan jiwa berasaskan ‘aqidah yang sahih. ‘Aqidah yang akan menentukan sikap dan nilai sebenar.
Apabila ‘aqidah tauhid mengambil tempat dalam hati dan jiwa para sahabat Rasulullah SAW, dalam suasana mereka menghadapi berbagai halangan dan tentangan yang keras, maka terbentuklah ‘Aqidah Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah Allah SWT. Aqidah tauhid menjadi keyakinan dalam jiwa mereka. Syari’ah dan peraturan Islam menjadi praktik hidup mereka.

Pencetus Dan Pengawas Yang Kuat

Apabila manusia mengenal Ilah, beribadah kepada-Nya semata-mata, membebaskan diri daripada kesultanan manusia serta hawa nafsu dan apabila kalimah Lailaha Illallah menguasai jiwa manusia, pada ketika itu Allah SWT akan menyempurnakan untuk mereka segala sesuatu termasuklah andaian-andaian seperti tersebut di atas tadi. Dalam masa lebih kurang suku abad sahaja, bumi Arab yang terdahulu dijajah oleh Romawi dan Parsi telah dapat dikuasai oleh generasi yang dibentuk oleh Rasulullah SAW melalui proses keimanan kepada Allah SWT dan prinsip-prinsip keimanan yang lain.

Bersihlah masyarakat ‘Arab daripada sebarang bentuk kezaliman. Tertegaklah peraturan Islam pilihan Allah SWT yang adil dan saksama untuk manusia. Bersihlah jiwa dan moral masyarakat daripada saki baki jahiliyyah hingga jarang sekali hukum hudud, qisas dan ta’zir dijalankan pada generasi yang unik ini.

Inilah pencetus dan pengawas yang kuat dan rapi bertapak di dalam hati dan jiwa mereka. Pencetus dan pengawas dalaman bukan luaran semata-mata. Mereka melaku atau meninggalkan sesuatu kerana Allah SWT dan inginkan balasan yang baik daripada-Nya. Inilah rahsia sebenar yang mungkin tidak terfikir dan difikir oleh orang ramai ketika ini.

Realiti Umat Islam Kini

Sering terdengar percakapan-percakapan dan perbincangan-perbincangan di kalangan pemuda-pemuda dan ahli-ahli fikir Islam dewasa ini mengenai keperluan umat Islam terhadap kekuatan harta benda, ilmu pengetahuan dan pelbagai bidang ikhtisas untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi umat Islam dan membangunkan hidup mereka agar lebih maju dan makmur. Namun, amat sedikit didapati perbicaraan dan tindakan yang serius tentang keperluan umat Islam terhadap keimanan sebenar, perhubungan hati dengan Allah SWT, kepatuhan kepada titah perintah-Nya dan mencari keredhaan-Nya dalam semua amalan.
Tegasnya, seseorang perlulah faham dan sedar bahawa setiap amalan yang lakukan dan wasilah yang dimiliki, tanpa bersandarkan kepada dasar keimanan terhadap Allah SWT, akan sia-sialah segala amalan dan wasilah itu di sisi Allah SWT. Begitu banyak harta yang menjadi milik orang-orang Islam tetapi tidak menguntungkan Islam. Begitu juga halnya dalam bidang-bidang lain.

Rahsia Kejayaan Generasi Awal

Kejayaan generasi para sahabat yang dibentuk Rasulullah SAW dalam mengejar matlamat hidup bukanlah kerana mereka memiliki pelbagai wasilah dan alat kelengkapan yang cukup. Rahsia kejayaan mereka ialah keimanan sejati, kepatuhan maksimum terhadap titah perintah Allah SWT dan cita-cita mendalam untuk mendapat keredhaan serta pahala daripada-Nya. Inilah rahsia menyebabkan mereka bersedia penuh menyahut setiap hajat dan keperluan Islam dari masa ke semasa. Juga rahsia yang mendorong mereka berkorban dan bangun melaksanakan setiap tuntutan Islam tanpa rasa berat walaupun menghadapi pelbagai kesukaran.

Islam berhajatkan kerja-kerja da’wah. Maka tampillah para du’at yang jujur, berani dan sabar menyampaikan risalah Allah SWT melalui lisan dan contoh teladan meskipun menghadapi berbagai halangan dan tentangan daripada musuh. Mereka tetap meneruskan kerja-kerja da’wah tanpa takut atau mundur ke belakang.

Islam memerlukan pengorbanan harta benda. Maka tampillah mereka yang memiliki harta benda dan kekayaan, lalu menginfaq kepada Rasulullah SAW dengan penuh rela tanpa rasa bakhil atau sayang kepada harta benda itu. Hinggalah terdapat di kalangan mereka yang berkata kepada Rasulullah SAW, “Apa yang tuan ambil daripada kami adalah lebih baik daripada apa yang tuan tinggalkan.”

Islam berkehendakkan pengorbanan jiwa untuk mempertahankan kesuciannya daripada dicemari musuh. Maka berlumba-lumbalah mujahid-mujahid dan pejuang-pejuang Islam memberi khidmat suci demi menyahut panggilan Allah SWT. Sungguh banyak pengorbanan, sumbangan dan khidmat bakti mereka untuk kepentingan Islam semata-mata.

Islam Bermula Dengan Usul, Tidak Dengan Furu’

Islam tidak memulakan da’wah dengan mengenengahkan permasalahan furu’ tetapi memulakannya dengan perkara usul (perkara asas atau dasar). Islam di peringkat awal, di zaman Rasulullah SAW, tidak meminta manusia agar bangun berjihad di medan peperangan, berpuasa, berzakat, meninggalkan arak, menjauhkan judi dan sebagainya. Tetapi Islam di peringkat awal meminta dan menuntut supaya beriman kepada Allah SWT semata-mata.
Tegasnya Islam bermula dengan ‘aqidah, tidak bermula dengan taklif atau kewajipan. Aqidahlah yang menjadi asas dalam perlaksanaan taklif (kewajipan). Islam bermula dengan batin , hati dan fikiran manusia sebelum sesuatu yang lain. Dari titik tolak aqidah yang bertempat di hati akan berlakulah perubahan dan pembangunan yang hakiki, yakni pembangunan insan di tengah-tengah alam kebendaan.

Apabila perkara dasar ini menguasai hati dan fikiran mereka yang dibentuk oleh Rasulullah SAW, lahirlah keperibadian ummah yang berorientasikan iman. Keperibadian itu menjadi kenyataan. Mereka iltizam dan intizam kepada titah perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW dalam berbagai aktiviti hidup pada setiap masa tanpa berhajatkan pengawasan luar. Segala sesuatu yang terdahulu menjadi masalah dalam kehidupan mereka dapat diatasi dan diselesaikan dengan senang.

Lihatlah bagaimana Rasulullah SAW menyelesaikan permasalahan arak hanya melalui tiga potong ayat al-Quran al-Karim. Firman Allah SWT:
“Mereka bertanyakan engkau (Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah bahawa kedua-duanya dosa besar dan ada manfaat-manfaat kepada manusia, dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya.” - Surah al-Baqarah: ayat 219

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghampiri solah ketika kamu mabuk hingga kamu tidak ketahui apa yang kamu katakan.” - Surah an-Nisa’: ayat 43

“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, berhala dan tenung nasib adalah kotor dari amalan syaitan, maka hendaklah kamu menjauhinya agar kamu mendapat kejayaan.” - Surah al-Maidah: ayat 90


Dengan tiga potong ayat tersebut permasalahan arak dapat diselesaikan oleh Rasulullah SAW. Sebaliknya, kerajaan Amerika suatu ketika dahulu pernah melarang rakyatnya meminum arak. Dijalankan dia’yah (kempen) kepada masyarakat umum menentang minuman arak. Media massa kerajaan digunakan untuk tujuan tersebut. Hinggalah undang-undang pengharaman arak dikuatkuasakan di Amerika. Kerajaan Amerika menanggung beban perbelanjaan bagi melaksanakan undang-undang tersebut sebanyak 250 juta dollar. Akibat daripada pengharaman undang-undang arak itu, seramai 300 orang dikenakan hukuman mati bersabit kesalahan arak dan 500,000 orang dipenjarakan. Denda yang dikumpulkan sebanyak 400 juta dollar. Namun akhirnya, pada tahun 1933, kerajaan Amerika terpaksa memansuhkan undang-undang pengharaman arak.

Perhatian

Setiap Muslim dan Muslimah perlu memahami secara sedar bahawa Islam sebagai peraturan hidup manusia merupakan Qadhiyyah Ilahiyyah (Permasalahan Uluhiyyah) yang bersifat samawi, tidak layak disamakan dengan peraturan-peraturan hidup ciptaan manusia. Umat Islam yang memahami hakikat ini sekali-kali tidak akan menyamakan Islam dengan mana-mana peruntukan hasil pemikiran makhluk.

Setiap Muslim dan Muslimah perlu meyakini bahawa Islam merupakan Din Allah SWT untuk manusia sejagat. Mereka perlu yakin bahawa Islam sahaja mampu menyelesaikan masalah manusia lantaran Islam ditanzilkan oleh Pencipta manusia. Sesiapa yang memilih din yang lain maka dia menempa kerugian seperti mana yang diperingatkan Allah SWT dalam Firman-Nya:
“Dan sesiapa yang mencari selain Islam sebagai Din (peraturan hidup) maka sesekali tidak diterima dan ia di akhirat kelak dari golongan mereka yang rugi.” - Surah Ali Imran: Ayat 85
Abu Muhammad

Monday 26 March 2007

FOOTBALL, CHARITY AND ABDUR RAHMAN IBNU AUF




Baru-baru ni semasa pergi ke Manchester, saja-saja pi melawat Manchester United kat Old Trafford.

Manchester United dan kelab-kelab bolasepak yang lain rupanya bukan sekadar pasukan bolasepak untuk merebut juara sesuatu kejohanan. Kelab-kelab ini adalah merupakan suatu badan perniagaan yang besar.

Apa yang menarik, sebahagian daripada pendapatan mereka diperuntukkan untuk kebajikan. Di bawah disertakan jumlah turnover perniagaan beberapa kelab ternama kat UK dan jumlah yang didonate oleh mereka...

Hati ini menaruh harapan agar muncul lebih ramai ummat Islam yang mencebur diri dan berjaya dalam perniagaan. Semoga akan muncul pewaris-pewaris Abdur Rahman Bin Auf...yang berjaya dalam perniagaan, yang didorong dan dipandu dengan Iman dan Islam.

Mengingati Abdur Rahman Bin Auf...ia adalah satu dari sepuluh sahabat yang disebut Rasulullah sebagai Ahli Syurga.

Abdul Rahman Bin Auf adalah salah seorang sahabat Rasulullah yang terkaya sebagaimana juga halnya dengan Saiyidina Uthman Bin Affan r.a. Menurut ahli sejarah, Abdul Rahman Bin Auf dilahirkan 10 tahun sesudah tahun gajah dan beliau hidup sebagai seorang pemuda Quraisy di kota Mekah yang ketika itu penuh dengan bermacam-macam kemaksiatan jahiliah berupa penyembahan berhala maupun kejahatan-kejahatan lainnya. Namun demikian Abdul Rahman terhindar dan bermacam-macam kejahatan yang berleluasa ketika itu. Bahkan sebelum memeluk agama Islam lagi, Abdul Rahman Bin Auf telah mempunyai anggapan bahawa minuman arak itu adalah terlarang.

Abdul Rahman Bin Auf telah memeluk Islam sebelum Rasulullah s.a.w memasuki Darul Arqam lagi. Dengan hal demikian nyatalah bahawa beliau tergolong orang-orang Islam yang permulaan dan menurut riwayat beliau adalah orang yang ke 8 memeluk Islam.

Sebagai seorang Islam yang awal, Abdul Rahman Bin Auf juga telah mengalami berbagai penderitaan dan penyiksaan dari masyarakat Quraish di Mekah. Oleh kerana memandangkan keadaan kaum Muslimin yang sangat sedikit itu sementelahan pula mengalami berbagai macam ancaman maka Rasulullah s.a.w akhirnya telah memerintahkan para pengikutnya supaya melakukan hijrah ke negeri Abbysinia kerana menurut Rasul di sana ada sebuah kerajaan yang tidak berlaku zalim terhadap rakyatnya.
Tidak lama kemudian maka berangkatlah rombongan pertama yang melakukan hijrah yang terdiri dan 10 orang lelaki dan 4 orang wanita dan 17 wanita serta anak-anak. Dan diantara yang melakukan hijrah yang terdiri dan 10 orang lelaki dan 4 orang wanita lalu disusul dengan rombongan kedua yang terdiri dan 83 lelaki dan 17 wanita serta anak-anak. Dan di antara yang melakukan hijrah tersebut termasuklah Abdul Rahman Bin Auf.

Tidak lama kemudian Abdul Rahman Bin Auf dan beberapa temannya telah kembali ke kota Mekah sehingga sampai pada waktu Allah s.w.t memerintahkan kepada Rasulullah s.a.w untuk melakukan hijrah keYathrib( Madinah) dilakukan Rasulullah sendiri dan para sahabatnya dan diantaranya termasuk juga Abdul Rahman Bin Auf.

Setiba di Madinah sebagaimana yang diperlakukan oleh Rasul terhadap lain-lain sahabat dalam rangka memberikan bantuan, maka Abdul Rahman Bin Auf telah dipersaudarakan oleh Baginda dengan Sa'ad Bin Rabi' seorang daripada golongan Ansar.

Demi kecintaan Saad Bin Rabi' kepada saudaranya dan golongan Muhajirin, beliau telah mengatakan kepada Abdul Rahman demikian antara lainnya, "Saudara, ketahuilah bahawa saya adalah seorang Ansar yang banyak harta, dan kiranya saudara sudi ambillah separuh dan kekayaan saya itu. Saya juga mempunyai dua orang isteri dan kiranya Saudara sudi mana satu antaranya, saya sedia mencaraikannya supaya boleh saudara mengahwininya. Mendengarkan kata-kata sahabatnya itu Abdul Rahman Bin Auf seraya menjawab, "Saudaraku, semoga Allah akan memberikan berkat terhadap keluarga dan hartabenda saudara. Janganlah disusahkan tentang din saya ini, yang penting bagi saya ialah kiranya saudara sudi menunjukkan saya jalan menuju ke pasar."

Sungguh beliau memang seorang pedagang yang berbakat dan pintar. Dalam sekejap masa saja beliau berjaya menunjukkan keahliannya dalam berdagang hingga berjaya memperoleh harta yang banyak. Beliau mempunyai 100 ekor kuda yang dapat dipergunakan dalam peperangan 100 ekor unta dan 10,000 ekor kambing sehingga diwaktu beliau meninggal, tatkala dihitung seperempat dan kekayaannya menyamai jumlah 84 ribu dinar. Akan tetapi disamping kekayaannya yang melimpah-limpah itu, bellau termasuk orang yang paling dermawan dan paling pemurah juga merupakan seorang tokoh sahabat yang paling banyak berbuat kebajikan terhadap kaum fakir miskin.

Pada zaman Rasulullah S.A.W, beliau pernah membahagikan seluruh kekayaannya dan menyerahkan yang sebahagian itu kepada orang-orang yang memerlukannya. Pernah terjadi dalam satu peristiwa, Abdul Rahman Bin Auf mengeluarkan sedekah sekali duduk sebesar 40 ribu dinar, dan pernah ia membiayai peperangan dengan menyediakan perlengkapan sebanyak 500 ekor kuda tempur lengkap dengan senjatanya pakaian makanan untuk dipergunakan oleh para perajurit dan juga dalam waktu yang sama membawa konvoi perbekalan yang diangkut oleh 500 unta.

Memandangkan jasa dan pengorbanan menegakkan Islam dengan harta kekayaannya Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Abdul Rahman Bin Auf adalah saudagar Tuhan " sebagai memujinya atas peranannya menegakkan Din ALlah dengan harta kekayaan.
Dalam satu riwayat lain pula Rasulullah pernah bersabda, "Sesungguhnya mereka yang memelihara keluarga saya setelah saya meninggal dunia adalah manusia yang benar dan manusia yang mempunyai kebajikan."
Dalam hal ini Abdul Rahmanlah salah seorang sahabat yang menyahut seruan Rasulullah s.a.w kerana beliaulah yang menyiapkan kemudahan untuk Ummul Mu'minin dalam melakukan ibadah haji dibawah lindungan beliau.

Disamping memiliki kekayaan yang melimpah-limpah beliau adalah seorang yang takut dan benci kepada harta kekayaan dan selalu menghindarkan din dan penganuh kekayaannya.
Adalah diriwayatkan bahawa pada suatu hari Abdul Rahman Bin Auf menangis tersedu-sedu lalu ia ditanyai orang apakah yang menyebabkan beliau menangis itu, lalu dijawabnya, "Sesungguhnya Mas'ab adalah lebih baik daripadaku kerana ia meninggal dunia di zaman Rasul dan di waktu meninggal dunia ia tidak memiliki sepotong kain yang dapat dijadikan kafan untuk membungkusnya. Sesungguhnya Hamzah Bin Muttalib adalah manusia yang lebih utama daripada saya padahal ia tidak mempunyai kain yang dapat dijadikan kafan untuk memakamkannya. Saya khuatir saya ini termasuk di antara orang-orang yang dipercepat untuk menikmati kebahgiaan dunia fana ini dan saya khuatir bahawa saya akan tersisih daripada para sahabat Nabi di Akhirat kelak disebabkan kerana saya mempunyai banyak harta.
Dalam satu riwayat yang lain pula diceritakan orang bahawa tatkala Abdul Rahman Bin Auf memberikan makanan kepada tamunya beliau tiba-tiba menangis lalu ditanyai orang, "Mengapakah engkau menangis hai Ibnu Auf ?" Ia lalu menjawab, "Nabi telah wafat, sedangkan ia dan keluarganya tidak pernah kenyang oleh roti gandum.

Demikianlah jiwa Abdul Rahman Bin Auf salah seorang sahabat besar Rasulullah.

Di zaman Khalifah Umar Al Khattab, Abdul Rahman Bin Auf telah memperoleh kehormatan dan keutamaan di sisi Khalifah. Di zaman Khalifah, beliau pernah dilantik oleh Khalifah Umar untuk memimpin rombongan haji pada tahun pertama setelah Saiyidina Umar dipilih sebagai khalifah. Malah beliau jugalah salah seorang yang telah diwasiatkan oleh Khalifah Umar Al Khattab sebelum kewafatan beliau menjadi salah seorang ahli dalam majlis jawatankuasa di antara enam orang anggota bagi memilih calon khalifah yang akan menggantikan baginda. Beliaulah juga tokoh yang mengetuai tugas untuk menentukan siapakah yang bakal menggantikan Khalifah Umar Al Khattab sebagai khalifah ketiga umat Islam iaitu Saiyidina Uthman Bin Affan r.a.

Pada tahun 31 Hijrah, setelah menempuh hidup di dunia yang fana ini selama 74 tahun, berpulanglah tokoh sahabat besar ini ke rahmatullah. Dan sebelum meninggalnya, Ummul Mu'minin Aisyah telah menawarkan bahawa jika ia menghendakinya akan ditempatkan kuburannya nanti di sisi kuburan Nabi, Abu Bakar dan Umar r.a.
Dengan suara yang merendah diri ia menjawab bahawa ia malu jika diberi kedudukan yang sedemikian tingginya untuk berkubur di samping Rasul. Dan ia juga menyatakan bahawa dirinya telah terikat janji dengan Uthman Bin Mazh'un bahawa jika salah satu di antara mereka berdua meninggal dunia lebih dahulu, maka ia akan berkubur di samping kuburan kawannya yang lain. Jenazah beliau telah dikebumikan di Baqi dan disembahyangkan oleh Saiyidina Uthman Bin Affan, Zubair Ibnul Awwam dan lain-lain tokoh sahabat

Sunday 25 March 2007

Puisi Perkahwinan

Untuk Suamiku

Pernikahan atau perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia.
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Apalagi secantik Zulaikha.
Justeru Isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi Solehah....

Pernikahan atau perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, Kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil, Kamu tempat bermanjanya.
Saat Isteri menjadi bisa, Kamulah penawarnya,
Seandainya isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya.

Pernikahan atau perkawinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.
Untuk belajar meniti sabar dari ridha Allah SWT.
Kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana,
Justeru ......
Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasullulah,
Pun bukan pula sayyidina Ali Karamallahhuwajhah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh...

Amin.


Untuk Isteriku

Pernikahan atau perkawinan,
Menyingkap tabir rahsia.
Suami yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Muhammad saw,
Tidaklah setaqwa Ibrahim as,
Pun tidak setabah Ayub as,
Ataupun segagah Musa as,
Apalagi setampan Yusuf as.
Justeru suami hanyalah lelaki akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Membangun keturunan yang saleh....

Pernikahan atau perkawinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Suami menjadi pelindung,
Kamu penghuninya,
Suami adalah nahkoda kapal,
Kamu navigatornya,
Suami bagaikan anak yang nakal,
Kamu adalah penuntun kenakalannya,
Saat suami menjadi raja,
Kamu nikmati anggur singgasananya,
Seketika suami menjadi bisa,
Kamulah penawar ubatnya,
Seandainya suami mulutnya lancang,
Sabarlah memperingatkannya.

Pernikahan atau perkawinan,
Mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa.
Untuk belajar meniti sabar dari ridha Allah SWT.
Kerana memiliki isteri yang tidak segagah mana,
Justeru ......
Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Khadijah, yang begitu sempurna di dalam menjaga,
Pun bukan pula Hajar, yang begitu setia dalam sengsara.
Cuma wanita akhir zaman,
Yang berusaha menjadi solehah...

Amin.

Harapan Cinta

Tuhanku...

Aku berdoa untnk seorang lelaki yang akan menjadi sebahagian dari hidupku
Seseorang yang sungguh mencintaiMu lebih dari segala sesuatu
Seorang lelaki yang akan meletakkanku pada posisi di hatinya tidak mengatasi Engkau dan RasulMu
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untukMu

Wajah tampan dan daya tarik luaran bukan ukuran
Yang penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintai dan dekat dengan Engkau
dan berusaha menjadikan sifat-sifatMu ada pada dirinya
Dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup sehingga hidupnya tidaklah sia-sia..
Seseorang yang memiliki hati yang bijak tidak hanya otak yang cerdas
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tapi juga menghormatiku
Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi dapat menasihatiku ketika aku berbuat salah
Seseorang yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tapi kerana hatiku
Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan situasi
Seseorang yang dapat membuatku merasa sebagai seorang wanita ketika aku di sisinya

Tuhanku...

Aku tidak meminta seseorang yang sempurna namun aku meminta seseorang dapat bantu membantu ke arah kesempurnaan di mataMu
Seorang lelaki yang memerlukan dukunganku sebagai peneguhnya
Seorang lelaki yang memerlukan doaku untuk kehidupannya
Seseorang yang memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya
Seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna

Tuhanku...

Aku juga meminta,
Jadikanlah aku menjadi wanita yang dapat membuatnya bangga
Berikan aku hati yang sungguh mencintaiMu sehingga aku dapat mencintainya dengan sekadar cintaku
Berikanlah sifat yang lembut sehingga kecantikanku datang dariMu
Berikanlah aku rasa hati sehingga aku selalu berdoa untuknya
Berikanlah aku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dalam dirinya
Berikanlah aku lisan yang penuh dengan kata-kata bijaksana, mampu memberikan semangat serta mendokongnya setiap saat dan tersenyum untuk dirinya setiap pagi
Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan:

"Betapa Maha Besarnya Engkau kerana telah memberikan kepadaku pasangan yang dapat membuat hidupku menjadi lebih sempurna."

Aku mengetahui bahawa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat
Dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang telah Engkau tentukan.

Amin....

Unta Itu Mengadu Kepada Rasulullah

Suatu hari untuk suatu tujuan Rasulullah keluar rumah dengan menunggangi untanya. Abdullah bin Ja’far ikut membonceng di belakang. Ketika mereka sampai di pagar salah salah seorang kalangan Ansar, tiba-tiba terdengar lenguhan seekor unta.

Unta itu menjulurkan lehernya ke arah Rasulullah saw. Ia merintih. Air matanya jatuh berderai. Rasulullah saw. mendatanginya. Beliau mengusap belakang telinga unta itu. Unta itu pun tenang. Diam.

Kemudian dengan wajah penuh kemarahan, Rasulullah saw. bertanya, “Siapakah pemilik unta ini, siapakah pemilik unta ini?”

Pemiliknya pun bergegas datang. Ternyata, ia seorang pemuda Ansar.
“Itu adalah milikku, ya Rasulullah,” katanya.

Rasulullah saw. berkata, “Tidakkah engkau takut kepada Allah kerana unta yang Allah amanahkan kepadamu ini? Ketahuilah, ia telah mengadukan nasibnya kepadaku, bahawa engkau membuatnya kelaparan dan keletihan.”

Subhanallah! Unta itu ternyata mengadu kepada Rasulullah saw. bahawa tuannya tidak memberinya makan yang cukup sementara tenaganya diperah habis dengan pekerjaan yang sangat berat.

Kisah ini bersumber dari Hadis no. 2186 yang diriwayatkan Abu Dawud dalam Kitab Jihad

Perjalanan Hidup Manusia

Kehidupan manusia merupakan perjalanan panjang, melelahkan, penuh liku-liku, dan melalui tahapan demi tahapan. Bermula dari alam arwah, alam rahim, alam dunia, alam barzakh, sampai pada alam akhirat yang hujungnya pada tempat persinggahan terakhir bagi manusia, syurga atau neraka. Al-Qur’an dan Sunnah telah menceritakan setiap fasa dari perjalanan panjang manusia itu.

Al-Qur’an diturunkan Allah swt. kepada Nabi Muhammad saw. berfungsi untuk memberikan pedoman bagi umat manusia tentang perjalanan (rehlah) tersebut. Suatu rehlah panjang yang akan dilalui oleh setiap manusia, tanpa kecuali. Manusia yang diciptakan Allah swt. dari tidak ada menjadi ada akan terus mengalami proses panjang sesuai dengan perencanaan yang telah ditetapkan Allah swt.

Ketika ini ada dua teori yang menyesatkan banyak orang. Al-Qur’an dengan tegas membantah teori itu. Pertama, teori yang mengatakan manusia ada dengan sendirinya. Dibantah Al-Qur’an dengan hujjah yang kuat, bahawa manusia ada kerana diciptakan oleh Allah swt. Kedua, teori yang mengatakan manusia wujud dari proses evolusi panjang, yang bermula dari bangsa kera kemudian berubah menjadi manusia. Teori ini pun dibantah dengan sangat pasti bahawa manusia pertama adalah Adam as. Kemudian selanjutkannya anak cucu Adam as. diciptakan Allah swt. dari jenis manusia itu sendiri yang berasal dari percampuran antara sperma lelaki dengan sel telur wanita, maka lahirlah manusia.

Rasulullah saw. Jelas menggambarkan tentang kisah rehlatul insan. Disebutkan dalam beberapa hadisnya. “Jadilah kamu di dunia seperti orang asing atau orang yang sedang musafir” (Bukhari). Dalam hadis lain: ”Untuk apa dunia itu bagiku? Aku di dunia tidak lebih dari seorang pengendara yang berteduh di bawah pohon, kemudian pergi dan meninggalkannya” (At-Tirmizi).

Alam Arwah
Manusia merupakan makhluk terakhir yang diciptakan Allah swt. setelah sebelumnya Allah telah menciptakan makhluk lain seperti malaikat, jin, bumi, langit dan seisinya. Allah menciptakan manusia dengan dipersiapkan untuk menjadi makhluk yang paling sempurna. Kerana, manusia diciptakan untuk menjadi khalifah (pemimpin) di muka bumi dan memakmurkannya.

Persiapan pertama, Allah mengambil perjanjian dan kesaksian dari calun manusia, iaitu ruh-ruh manusia yang berada di alam arwah. Allah mengambil sumpah kepada mereka sebagaimana disebutkan dalam Al-Qur’an: Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): “Bukankah Aku ini Tuhanmu?” Mereka menjawab: “Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi.” (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: “Sesungguhnya kami (Bani Adam) adalah orang-orang yang lalai terhadap ini (keesaan Tuhan).” (Al A’raf: 172).

Dengan kesaksian dan perjanjian ini maka seluruh manusia lahir ke dunia sudah memiliki nilai, iaitu nilai fitrah beriman kepada Allah dan agama yang lurus. Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Ar-Ruum: 30). Rasulullah saw. bersabda: “Setiap anak dilahirkan secara fitrah. Maka kedua orang tuannya yang menjadikan Yahudi atau Nashrani atau Majusi.” ( Bukhari)

Alam Rahim
Rehlah pertama yang akan dilalui manusia adalah kehidupan di alam rahim: 40 hari berupa nutfah, 40 hari berupa ‘alaqah (gumpalan darah), dan 40 hari berupa mudghah (gumpalan daging), kemudian ditiupkan ruh dan jadilah janin yang sempurna. Setelah kurang lebih sembilan bulan, maka lahirlah manusia ke dunia.

Allah swt. berfirman: “Wahai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan beransur-ansur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (ada pula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah.” (Al-Hajj: 5)

Rasulullah saw. bersabda: “Sesungguhnya seseorang dari kalian dikumpulkan penciptaannya di perut ibunya 40 hari nutfah, kemudian ‘alaqoh selama hari yang sama, kemudian mudghoh selama hari yang sama. Kemudian diutus baginya malaikat untuk meniupkan ruh dan ditetapkan 4 kalimat; ketetapan rezeki, ajal, amal, dan sengsara atau bahagia.” (Bukhari dan Muslim)

Seluruh manusia di dunia apapun status sosialnya diingatkan tentang awal kejadiannya yang berasal dari benda yang hina, iaitu sperma lelaki dan sel telur wanita. Manusia sebelumnya belum dikenal, belum memiliki kemuliaan dan kehormatan. Lalu apakah manusia akan bangga, congkak, dan sombong dengan status sosial yang dialami sekarang jika mengetahui asal muasal mereka?

Setelah mencapai 6 bulan sampai 9 bulan atau lebih, dan persyaratan untuk hidup normal sudah lengkap, seperti indera, akal, dan hati, maka lahirlah manusia ke dunia dalam keadaan bogel. Belum boleh berbuat apa-apa dan tidak memiliki apa-apa.

Alam Dunia
Di dunia perjalanan manusia melalui proses panjang. Dari mulai bayi yang hanya minum air susu ibu lalu tubuh menjadi anak-anak, remaja dan baligh. Selanjutnya menjadi dewasa, tua dan diakhiri dengan meninggal. Proses ini tidak berjalan sama antara satu orang dengan yang lainnya. Kematian akan datang bila saja menjemput manusia dan tidak mengenal usia. Sebagian meninggal saat masih bayi, sebagian lagi saat masa anak-anak, sebagian yang lain ketika sudah remaja dan dewasa, sebagian lainnya ketika sudah tua bahkan pikun.

Di dunia inilah manusia bersama dengan jin mendapat taklif (tugas) dari Allah, iaitu ibadah. Dan dalam menjalani taklifnya di dunia, manusia dibatasi oleh empat dimensi; dimensi tempat, iaitu bumi sebagai tempat beribadah; dimensi waktu, iaitu umur sebagai sebuah kesempatan atau target waktu beribadah; dimensi potensi diri sebagai modal dalam beribadah; dan dimensi pedoman hidup, iaitu ajaran Islam yang menjadi landasan amal.

Allah SWT telah melengkapi manusia dengan pedoman hidup agar dalam menjalani hidupnya di muka bumi tidak tersesat. Allah telah mengutus RasulNya, menurunkan wahyu Al-Qur’an dan hadis sebagai panduan, agar manusia dapat mengaplikasikan pedoman itu secara jelas tanpa keraguan. Sayangnya, banyak yang menolak dan ingkar terhadap pedoman hidup tersebut. Banyak manusia lebih menuruti hawa nafsunya ketimbang menjadikan Al-Qur’an sebagai petunjuk hidup, akhirnya mereka sesat dan menyesatkan.

Maka, orang yang bijak adalah orang yang senantiasa mengukur keterbatasan-keterbatasan dirinya untuk sebuah produktiviti yang tinggi dan hasil yang membahagiakan. Orang-orang yang beriman adalah orang-orang yang senantiasa sedar bahawa detik-detik hidupnya adalah usaha dan amal saleh. Kehidupannya di dunia sangat terbatas sehingga tidak menyia-nyiakannya untuk hal-hal yang rendah, remeh apalagi perbuatan yang dibenci (makruh) dan haram.

Dunia dengan segala kesenangannya merupakan tempat ujian bagi manusia. Apakah yang dimakan, dipakai, dan dinikmati sesuai dengan aturan Allah swt. atau menyimpang dari ajaran-Nya? Apakah segala kemudahan yang diperoleh manusia dimanfaatkan sesuai perintah Allah atau tidak? Dunia merupakan medan ujian bagi manusia, bukan medan untuk kepuasan kesenangan sesaat. Rasulullah saw. memberikan contoh bagaimana hidup di dunia. Ibnu Mas’ud menceritakan bahawa Rasulullah saw. tidur di atas tikar, ketika bangun ada bekasnya. Maka kami bertanya: “Wahai Rasulullah saw., bagaimana kalau kami sediakan untukmu tilam.” Rasululah saw. bersabda: “Untuk apa (kesenangan) dunia itu? Hidup saya di dunia seperti seorang pengembara yang berteduh di bawah pohon, kemudian pergi dan meninggalkannya.” (At-Tirmizi)

Perjalanan hidup manusia di dunia akan berakhir dengan kematian. Semuanya akan mati, apakah ia pahlawan ataukah selebriti, orang beriman atau kafir, pemimpin atau rakyat, kaya atau miskin, tua atau muda, lelaki atau perempuan. Mereka akan meninggalkan segala sesuatu yang telah dikumpulkannya. Semua yang dikumpulkan oleh manusia tidak akan berguna, kecuali amal salehnya berupa sedekah yang mengalir, ilmu yang bermanfaat, dan anak yang saleh. Kematian adalah penghancur kelazatan dan gemerlapnya kehidupan dunia. Kematian bukanlah akhir kesudahan manusia, bukan pula tempat istirahat yang panjang. Tetapi, kematian adalah akhir dari kehidupannya di dunia dengan segala yang telah dipersembahkannya dari amal perbuatan untuk kemudian melakukan rehlah atau perjalanan hidup berikutnya.

Bagi orang beriman, kematian merupakan salah satu fasa dalam kehidupan yang panjang. Batas akhir dari kehidupan dunia yang pendek, sementara, melelahkan, dan menyusahkan untuk menuju akhirat yang panjang, kekal, menyenangkan, dan membahagiakan. Di syurga penuh dengan kenikmatan yang belum pernah dilihat oleh mata, didengar oleh telinga, dan belum terlintas oleh fikiran manusia. Sementara bagi orang kafir, berusaha menghindar dari kematian dan ingin hidup di dunia 1.000 tahun lagi. Tetapi, sikap itu adalah sia-sia. Utopia belaka. Kerana, kematian pasti datang menjemputnya. Suka atau tidak.

Alam Barzakh
Fasa berikutnya manusia akan memasuki alam kubur atau alam barzakh. Di sana mereka tinggal bersendirian. Yang akan menemaninya adalah amal mereka sendiri. Kubur adalah taman dari taman-taman syurga atau lembah dari lembah-lembah neraka. Manusia sudah akan mengetahui nasibnya ketika mereka berada di alam barzakh. Apakah termasuk ahli syurga atau ahli neraka. Jika seseorang menjadi penghuni surga, maka dibukakan baginya pintu syurga setiap pagi dan petang. Hawa syurga akan mereka rasakan. Sebaliknya jika menjadi penghuni neraka, pintu neraka pun akan dibukakan untuknya setiap pagi dan petang dan dia akan merasakan hawa panasnya neraka.

Al-Barra bin ’Azib menceritakan hadis yang panjang yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad tentang perjalanan seseorang setelah kematian. Seorang mukmin yang akan meninggal dunia disambut ceria oleh malaikat dengan membawa kafan syurga. Kemudian datang malaikat maut duduk di atas kepalanya dan memerintahkan ruh yang baik untuk keluar dari jasadnya. Selanjutnya disambut oleh malaikat dan ditempatkan di kain kafan syurga dan diangkat ke langit. Penduduk langit dari kalangan malaikat menyambutnya, sampai di langit terakhir bertemu Allah dan Allah memerintahkan pada malaikat: “Catatlah kitab hambaku ke dalam ’illiyiin dan kembalikan ke dunia.” Maka dikembalikan lagi ruh itu ke jasadnya dan datanglah dua malaikat yang bertanya: Siapa Tuhanmu? Apa agamamu? Siapa lelaki yang diutus kepadamu? Siapa yang mengajarimu? Hamba yang beriman itu dapat menjawab dengan baik. Maka kemudian diberi alas dari surga, mendapat kenikmatan di kubur dengan selalu dibukakan baginya pintu syurga, dilapangkan kuburnya, dan mendapat teman yang baik dengan wajah yang baik, pakaian yang baik, dan aroma yang baik. Lelaki itu adalah amal perbuatannya.

Alam Akhirat (Hari Akhir)
Dan rehlah berikutnya adalah kehidupan di hari akhirat dengan segala rinciannya. Kehidupan hari akhirat didahului dengan terjadinya Kiamat, berupa kerosakan total seluruh alam semesta. Peristiwa setelah kiamat adalah mahsyar, iaitu seluruh manusia dari mulai nabi Adam as. sampai manusia terakhir dikumpulkan dalam satu tempat. Di sana manusia dikumpulkan dalam keadaan tidak beralas kaki, telanjang, dan belum dikhitan. Saat itu matahari sangat dekat jaraknya sekitar satu mile (1 batu), sehingga mengalirlah keringat dari tubuh manusia sesuai dengan amalnya. Ada yang sampai pergelangan kaki, ada yang sampai lutut, ada yang sampai pusat, ada yang sampai dada, bahkan banyak yang tenggelam dengan keringatnya.

Dalam keadaan yang berat ini manusia berbondong-bondong mendatangi para nabi untuk meminta pertolongan dari kesulitan yang maha berat itu. Tetapi semuanya tidak ada yang dapat menolong. Dan terakhir, hanya Rasulullah saw. yang dapat menolong mereka dari kesulitan mahsyar. Rasulullah saw. sujud di haribaan Allah swt. di bawah Arasy dengan memuji-muji-Nya. Kemudian Allah swt. berfirman: “Tegakkan kepalamu, mintalah niscaya dikabulkan. Mintalah syafaat, pasti diberikan.” Kemudian Rasululullah saw. mengangkat kepalanya dan berkata: “Ya Rabb, umatku.” Dan dikabulkanlah pertolongan tersebut dan selesailah mahsyar untuk kemudian melalui proses berikutnya.

Peristiwa berikutnya adalah hisab (perhitungan amal) dan mizan (timbangan amal) bagi manusia. Ada yang mendapatkan proses hisab dengan cara susah-payah kerana dilakukan dengan sangat teliti dan terperinci. Sebahagian yang lain mendapatkan hisab yang mudah dan hanya sekadar formaliti. Bahkan sebahagian kecil dari orang beriman bebas hisab.

Di antara pertanyaan yang akan diberikan pada manusia di hari Hisab berkait dengan masalah prinsip dalam hidupnya. Rasulullah saw. bersabda: “Tidak akan melangkah kaki anak Adam di hari kiamat sehingga ditanya 5 perkara di sisi Allah: tentang umurnya untuk apa dihabiskan, tentang masa mudanya untuk apa digunakan, tentang hartanya dari mana diperolehinya, dan ke mana diinfakkannya, dan apa yang diamalkan dari ilmunya.” (At-Tirmizi). Di masa ini juga dilakukan proses qishash, orang yang dizalimi meng-qishash orang yang menzalimi.

Kejadian selanjutnya manusia harus melalui shirath, iaitu sebuah jambatan yang sangat halus dan mengerikan kerana di bawahnya neraka jahanam. Semua manusia akan melalui jambatan ini dari mulai yang awal sampai yang akhir. Shirath ini lebih halus dari rambut, lebih tajam dari pedang, dan terdapat banyak kalajengking. Kemampuan manusia melalui jambatan itu sesuai dengan amalnya di dunia. Ada yang lalui dengan cepat seperti cepatnya kilat, ada yang lalui seperti kelajuan angin, ada yang lalui seperti kepantasan burung, tetapi banyak juga yang berjalan merangkak, bahkan majoriti manusia jatuh ke neraka jahanam.

Bagi orang-orang yang beriman, akan minum telaga Rasulullah saw. yang disebut Al-Kautsar. Rasulullah saw. bersabda: “Telagaku seluas perjalanan sebulan, airnya lebih putih dari susu, aromanya lebih wangi dari misik, dan gayungnya sebanyak bintang di langit. Siapa yang meminumnya, maka tidak akan pernah haus selamanya.” (Muttafaqun ‘alaihi)

Surga dan Neraka
Pada fasa yang terakhir dari rehlah manusia di hari akhirat adalah sebahagian mereka masuk syurga dan sebahagian masuk neraka. Syurga tempat orang-orang bertakwa dan neraka tempat orang-orang kafir. Kedua tempat tersebut sekarang sudah ada dan disediakan. Bahkan, syurga sudah rindu pada penghuninya untuk siap menyambut dengan sebaik-baiknya sambutan. Neraka pun sudah rindu dengan penghuninya dan siap menyambut dengan hidangan neraka. Al-Qur’an dan Sunnah telah menceritakan syurga dan neraka secara detail. Penyebutan ini agar menjadi pelajaran bagi kehidupan manusia tentang persinggahan akhir yang akan mereka diami.

Orang-orang kafir, baik dari kalangan Yahudi, Nasrani maupun orang-orang musyrik, jika meninggal dunia dan tidak bertaubat, maka tempatnya adalah neraka. Neraka yang penuh dengan siksaan. Percikan apinya jika ditaruh di dunia dapat membakar semua penghuni dunia. Minuman penghuni neraka adalah nanah dan makanannya zaqum (buah berduri). Manusia di sana tidak hidup kerana penderitaan yang luar biasa, dan juga tidak mati kerana jika mati akan hilang penderitaannya. Di neraka manusia itu kekal abadi.

Orang-orang beriman akan mendapatkan syurga dan kain sutera kerana kesabaran mereka. Dalam syurga mereka duduk-duduk bersandar di atas dipan, tidak merasakan panas teriknya matahari dan dingin yang sangat. Mereka dinaungi pohon-pohon syurga dan buahnya sangat mudah untuk dipetik. Mereka juga mendapatkan bejana-bejana dari perak dan piala-piala minuman yang sangat bening. Mereka akan minum minuman surga yang rasanya sangat nikmat minuman yang didatangkan dari mata air surga bernama Salsabila. Di syurga juga ada banyak sungai yang berisi beranika macam minuman, sungai mata air yang jernih, sungai susu, sungai khamr, dan sungai madu.

Penghuni syurga akan dilayani oleh anak-anak muda yang jika dilihat sangat indah bagaikan mutiara yang bertaburan. Syurga yang penuh dengan kenikmatan dan kerajaan yang besar. Orang beriman di syurga memakai pakaian sutera halus berwarna hijau dan sutera tebal, juga memakai gelang terbuat dari perak dan emas. Allah swt. memberikan minuman kepada mereka minuman yang bersih.

Dan yang tidak kalah nikmatnya iaitu isteri-isteri dan bidadari syurga. Mereka berwarna putih bersih berseri, bermata bulat, pandangannya pendek, selalu gadis sebaya belum pernah disentuh manusia dan jin. Buah dadanya montok dan segar, tidak mengalami haid, nifas, dan buang kotoran.

Puncak dari semua kenikmatan di syurga adalah melihat sang pencipta Allah yang Maha Indah, Maha Sempurna, dan Maha Perkasa. Sebagaimana manusia dapat melihat bulan secara serentak, begitu juga manusia akan memandang Allah secara serentak. Indah, mempesona, takzim dan suci. Allah Akbar !

Allah akan memasukkan hamba–Nya ke dalam syurga dengan rahmat-Nya, dan syurga adalah puncak dari rahmat-Nya. Allah SWT akan memasukkan hamba-Nya ke dalam rahmat (syurga) berdasarkan rahmat-Nya juga. Disebutkan dalam hadis sahih: “Sesungguhnya Allah memiliki 100 rahmat. Diturunkan (ke dunia) satu rahmat untuk jin, manusia, dan binatang. Dengan itu mereka saling simpati dan kasih sayang. Dengan satu rahmat itu pula binatang buas menyayangi anaknya. Dan Allah SWT. menyimpan 99 rahmat bagi hamba-Nya di hari kiamat.” (Muttafaqun alaihi) .

Maka, sejatinya nikmat syurga itu jauh dari apa yang dibayangkan manusia. Rasulullah saw. bersabda: “Allah SWT. berkata, “Aku telah siapkan bagi hambaKu yang saleh sesuatu yang belum dilihat mata, belum didengar telinga, dan belum terlintas pada hati manusia” (Muttafaqun ‘alaihi).

Apakah akan kita hanya berpuas diri dengan mengejar satu rahmat Allah yang dibahagi-bahagi untuk seluruh penduduk dunia, sementara kita melalaikan 99 rahmat yang tersisa?

Semoga kita termasuk dari kalangan orang-orang yang berfikir. Amin.

Saturday 24 March 2007

Ulul Albab: Kebenaran hadis dalam senario Iraq moden

Dari http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Agama/20070324231826/Article/

Oleh Abdulrrahman Haqq

Kejatuhan Baghdad 772 tahun lalu berulang akibat kerakusan kejar keduniaan.

MINGGU lalu ialah tahun keempat pencerobohan pimpinan Amerika Syarikat (Amerika) ke atas tanah dan negara Islam, Iraq. Minggu itu juga ialah tahun keempat di mana umat manusia sejagat sudah kehilangan akal sama ada disebabkan kerana takut, tidak kisah, tiada kuasa atau sebab lain dalam menghadapi kerenah pentadbiran Amerika yang dipercayai oleh rakyatnya sekarang sebagai perbuatan gila.

Minggu sama ialah tahun keempat di mana sejarah Islam berulang kembali kekelamannya di hadapan mata kita sendiri, bukan dalam buku, kitab atau cerita dan dongeng. Sehubungan itu, penulis ingin mengambil perhatian pembaca kepada dua berita berikut:

Pertama: "Hampir tiba suatu masa pelbagai bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi Muhammad SAW menjawab, "(Tidak) bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih pada waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu daripada hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan". Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".

Kedua: Selepas empat tahun pencerobohan pimpinan Amerika Syarikat ke atas Iraq masih ada sekitar 155,000 tentera di negara itu dengan Amerika membabitkan seramai 141,000 tentera dan 23,900 tentera tambahan sehingga bulan ini seperti dimohon Presiden Amerika, George W Bush pada Januari lalu. Britain pula membabitkan 7,100 tentera; Korea Selatan (2,300); Australia (1,400); Poland (900); Georgia (869) bahkan akan bertambah kepada 2,000 tentera; Romania (605), Denmark (460); El Salvador (380); Bulgaria (155); Azerbaijan (150); Albania (120); Latvia (120); Mongolia (100); Republik Czech (97); Lithuania (50); Armenia (46); Estonia (40); Macedonia (40); Bosnia-Herzegovina (36); dan Kazakhstan (29).

Ada 18 negara lain yang ikut menceroboh pada 2003 tetapi menarik balik tenteranya. Negara terbabit ialah Nicaragua, Sepanyol, Dominika, Honduras, Filipina; Thailand, New Zealand, Tonga, Portugal, Belanda, Hungary, Singapura, Norway, Ukraine, Jepun, Itali, Slovakia dan Moldova.

Adakah persamaan di antara kedua-dua berita di atas setelah kita mengetahui bahawa berita pertama diriwayatkan Imam Abu Daud 1,000 tahun lalu manakala berita kedua dilaporkan oleh agensi berita Perancis, AFP Isnin lalu. Gambaran yang jelas dan nyata daripada kedua-dua berita itu ialah ada satu kelompok manusia yang dijadikan makanan dan ada sekelompok manusia yang mengerumuni untuk memakannya.

Sebab terjadinya tidak disebutkan dalam berita kedua, tetapi disebutkan dengan jelas dalam berita pertama. Kedua-dua berita ini ada hubung kait yang mana salah satunya adalah satu gambaran masa hadapan dan yang lainnya adalah satu bukti kebenarannya. Yang satu adalah wahyu dan yang lainnya adalah suatu bukti kebenarannya. Iraq (baca: umat Islam) dijadikan makanan oleh sekumpulan kelompok manusia 39 negara dunia moden pimpinan Amerika yang pada kenyataannya bukan negara Islam. Mereka adalah penceroboh tetapi mereka bangga dan tidak berasa gerun terhadap umat Islam, bahkan memperkecilkan mereka.

Umat Islam adalah kelompok yang kalah sehingga mereka dijadikan makanan yang dihidangkan untuk dicabik, dikoyak, dicampuradukkan dan dipisahkan oleh penyantap hidangan. Mereka seperti disebutkan dengan jelas juga oleh hadis, terkena jangkitan penyakit wahan yakni cinta pada dunia dan takut pada mati.Penyakit wahan yang menjadi penyebab utama kekalahan dalam setiap perjuangan menimpa umat sebelum Islam bahkan ia dijadikan sunnatullah oleh Yang Maha Kuasa.

Dalam sebuah hadis, baginda bersabda maksudnya: “Umatku akan ditimpa penyakit yang pernah menimpa umat terdahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit umat terdahulu itu?" Nabi SAW menjawab "Penyakit itu ialah terlalu banyak seronok, terlalu mewah, menghimpun harta sebanyak mungkin, tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, saling memarahi, hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalimi." – (Hadis riwayat al-Hakim)

Penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah SAW ini telah banyak kita lihat di kalangan muslimin hari ini. Di sana sini kita melihat penyakit ini merebak dan menjalar dalam masyarakat dengan ganasnya. Dunia Islam dilanda krisis rohani yang sangat tajam dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka terpaksa mencari dan menimbun harta benda sebanyak-banyaknya untuk memuaskan hawa nafsu. Maka apabila hawa nafsu diperturutkan tentunya mereka terpaksa menggunakan segala macam cara dan tipu helah.Pada saat itu, hilanglah nilai akhlak dan yang wujud hanyalah kecurangan, khianat, hasut-menghasut dan sebagainya.

Apa yang menimpa Iraq hari ini adalah sama dengan apa yang menimpanya 772 tahun lalu. Pada 656H, Baghdad jatuh ke tangan penceroboh Hulagu dari Mongol, cucu Genghis Khan. Ibnu Katsir menulis, “Saya memasuki kota Baghdad pada 656H. Pada tahun itu saya melihat bala tentera Tatar telah mengepung kota Baghdad...kemudian pasukan Tatar mengepung istana khalifah lalu menghujani dengan anak panah dari setiap penjuru sehingga akhirnya mengenai seorang sahaya wanita yang sedang bermain dengan khalifah.Sahaya yang bernama Arfah itu termasuk salah seorang gundik khalifah. Ketika anak panah itu mengenainya dia sedang menari di hadapan khalifah. Khalifah pun terkejut dan ketakutan. – (al-Bidayah wal-Nihayah, 13/200)

Dari segi sebab, strategi, metod dan akibatnya adalah lebih kurang sama hanya pelaku, alat dan masa yang berbeza. Pada masa pencerobohan itu 1.8 juta orang terbunuh seperti dilaporkan Ibn Katsir. Bandingkan dengan jumlah 655,000 rakyat Iraq yang terbunuh hingga Oktober tahun lalu selepas tiga tahun lebih pencerobohan seperti dilaporkan AFP Isnin lalu.

Di antara sebab kejatuhan Baghdad dulu adalah jatuhnya Turkestan dan peristiwa Utrar; jatuhnya Khurasan; hedonisme khalifah, memburu harta, meminum minuman keras dan seks; kekikiran khalifah; perselisihan dan pertempuran antara penganut mazhab; dan ketidakserasian antara khalifah, wazir dan jeneral Turki.

Di antara sebab kejatuhan Baghdad hari ini adalah jatuhnya kota besar Iraq bermula dari selatan, Basra hingga utara, Kurdistan; hedonisme pemimpin Parti Baath yang memerintah Iraq pimpinan Saddam Hussein; perselisihan mazhab yang membakar dan ketidakserasian jentera kerajaan sehingga diakui seorang jeneral Iraq. Kementerian Pertahanan yang seharusnya memegang peranan dalam peperangan itu tidak dibenarkan untuk berbuat demikian malah diserahkan kepada Pengawal Republik pimpinan anak Saddam, Qusai yang tidak berpengalaman dalam strategik peperangan.

Dalam kejatuhan Baghdad pertama, nampak sangat jelas perpecahan serius di antara umat Islam yang berbilang bangsa ketika itu di mana ia mengundang kelemahan yang membunuh kerajaan Abbasiyah. Namun, kemunculan Hulagu ke Baghdad itu adalah peristiwa yang paling bersejarah. Pada zaman Bani Buwaih, mazhab Khilafah Abbasiyah adalah Syiah. Selepas berpindah kepada Seljuk, mazhab kerajaan kembali kepada Sunni. Akan tetapi, khalifah pada akhir era kerajaan Abbasiyah masih terus percaya kepada tokoh Syiah seperti Mu'ayyid ad-Deen bin al-Alqami. Atas perbalahan yang berlaku di antara Sunni dan Syiah, Mu'ayyid telah menjemput Hulagu mengisi cita-citanya menawan Baghdad. Beliau yang sepatutnya menjalankan tugas mewakili khalifah untuk berbincang dengan Hulagu berpaling tadah dan membuka laluan kepada Hulagu menyerang Baghdad hingga ke akar umbi pada 656H. Suatu kejadian hitam di dalam sejarah kemanusiaan.

Senario Iraq moden termasuk di dalamnya minyak bukanlah senario Iraq dan Barat pimpinan Amerika saja tetapi ia sebenarnya senario kebenaran dan kebatilan, Islam dan jahiliah. Ini telah diterangkan Rasulullah dalam sebuah hadis bermaksud: “Tidak terjadi hari kiamat kecuali Sungai Euphrates menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutnya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terbabit berkata, "mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu". Di dalam riwayat lain ada disebutkan; "Sudah dekat suatu masa di mana Sungai Euphrates akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu". (Muttafaq alaihi)

Kebenaran hadis inilah yang sedang kita lihat di Iraq sama ada kita imani atau tidak dan sama ada orang Barat percaya atau tidak kepada hadis sebagai sumber ajaran Islam.

Oleh itu, penyelesaian yang mesti diambil adalah penyelesaian Islam menyeluruh bukan separuh-separuh. Bukanlah tugas Islam untuk berkompromi dengan konsep dan realiti jahiliah yang sedang mempengaruhi dunia sekarang. Bukan ini yang menjadi tugasnya ketika konsep ini mula lahir, dan bukan itu juga tugasnya sekarang ini dan masa akan datang kerana jahiliah itu ialah jahiliah. Ia bererti penyelewengan dan pemesongan daripada ubudiah kepada Allah semata-mata, juga penyelewengan daripada peraturan Ilahi mengenai kehidupan. Jahiliah itu juga bererti menimba dan mencedok segala panduan hidup yang berbentuk peraturan dan undang-undang, adat resam dan nilai-nilai, daripada sumber yang bukan sumber Ilahi, sedangkan Islam itu tetap Islam;

Tugas pokoknya ialah memindahkan umat manusia keluar daripada jahiliah kepada Islam