Monday 30 April 2007

HATI YANG LEMBUT (3)


Saudaraku Fillah,

Kelembutan hati merupakan satu nikmat, yang mana tidak terdapat di atas muka bumi ini nikmat yang lebih tinggi dari itu atau yang lebih daripadanya. Sesungguhnya apabila hati diharamkan dari mendapat nikmat kelembutan hati, manusia itu dijanjikan dengan azab Allah SWT.

Allah SWT berfirman (maksudnya): “Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu dia tetap berada dalam cahaya (hidayat petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata." ( سورة الزمر , Az-Zumar, Chapter 39, Verse 22)

Wail azab dan kehinaan yang tidak terhingga kepada hati yang keras daripada mengingati Allah SWT . Kenikmatan dan rahmat serta kebahagian dan kejayaan kepada hati yang tunduk dan khusyuk kepada Allah SWT.

Oleh itu, saudaraku fillah..apabila seseorang itu telah benar-benar beriman, maka ia akan berfikir; ‘Bagaimanakah untuk menjadikan hatiku ini hati yang lembut, apakah jalan untuk aku menjadi orang yang menerima anugerah ini supaya dengan itu aku akan menjadi kekasih Allah, wali dari auliya Allah SWT..yang tidak akan ada kerehatan, kebahagiaan dan keseronokan kecuali telah mengecap kasih dan mentaati Allah SWT.

Ia mengetahui, apabila ia tidak mendapat nikmat ini maka ia akan diharamkan daripada mendapat banyak kebaikan. Oleh itu berapa ramai daripada orang-orang yang melakukan kebaikan, dalam beberapa ketika, ia memerlukan kepada yang dapat melembutan hati mereka.

Keadaan hati amatlah hebat dan pelik..

Dan hati itu, keadaannya amatlah hebat dan sifatnya amatlah pelik. Suatu ketika ia amat sensitif kepada kebaikan. Ketika mana ia amat lembut sekiranya diminta agar ia menginfaqkan segenap hartanya demi kasih Allah SWT maka dia akan mampu melaksanakannya. Sekiranya diminta dirinya untuk berjihad di jalan Allah SWT maka dia akan bersedia untuk melakukannya dalam apa suasana sekalipun. Inilah saat di mana Allah SWT meniupkan ke dalam hati tersebut rahmat dan kasih sayangNya.

Di sana ada pula detik di mana hubungannya dengan Allah teruji..detik yang mana hati itu menjadi keras, jiwanya sakit lagi menderita. Selagimana ia bernama insan ia pasti akan melalui detik seperti ini. Malah ia mungkin menjadi keras sehinggakan lebih keras daripada batu..Na’uzubillahi min zalik !

BANGUN MALAM


Seorang soleh bernama Syeikh ‘Urfi pernah berkata ketika mengejutkan sahabatnya untuk bangun malam:

“Bangunlah. Awak akan tidur lama di akhir hayat nanti. Kita mesti bangun dan sujud di hadapan Allah; memuji-Nya dan mengucap syukur kepada-Nya atas segala ganjaran yang Dia kurniakan kepada kita.”

Kita Dan Masyarakat


Imam Hasan Al Banna:

“Ramai di kalangan saudara kita yang masih tertanya-tanya walaupun mereka adalah orang yang amat kita kasihi sepenuh jiwa raga kita. Malah kita serahkan segala tenaga, harta dan jiwa kita untuk kebaikan mereka. Kita bekerja demi kepentingan dunia dan akhirat mereka. Kita juga korbankan segala harta dan jiwa kita untuk matlamat ini. Matlamat untuk membawa kebahagiaan kepada ummah dan saudara-saudara kita. Kita ketepikan anak isteri kita demi mereka.

Alangkah besarnya harapan saya jika saudara-saudara yang masih tertanya-tanya ini melihat sendiri para pemuda Ikhwan al-Muslimin yang sentiasa berjaga malam ketika semua manusia sedang nyenyak tidur. Mereka bekerja berhempas pulas sedangkan mereka yang hanyut terus membuang masa.

Ada di antara mereka berada di pejabat daripada Asar hingga ke tengah malam bekerja dan berfikir bersungguh-sungguh. Begitulah selama sebulan dan apabila tiba akhir bulan dia menyerahkan pendapatannya untuk jamaah. Segala perbelanjaannya hanya untuk dakwah, hartanya adalah untuk mencapai matlamatnya. Segala geraklakunya seolah berkata kepada masyarakat yang tidak sedar pengorbanan yang dilakukannya itu:
Saya tidak pernah meminta ganjaran daripada kamu kerana pengorbanan ini. Segala ganjaran saya hanyalah daripada Allah.

Mengutamakan Orang Lain


Syaqiq Al-Balkhi bertanya kepada Ibrahim bin Adham, “Apa yang Anda ketahui tentang dunia?”

Ibrahim bertanya balik, “Kalau menurut Anda, bagaimana?”

Syaqiq menjawab, “Jika kami tidak mendapatkanya, maka kami harus bersabar. Dan jika mendapatkannya, maka kami harus bersyukur.”

Ibrahim bin Adham berkata, “Kalau seperti itu, maka anjing Balakh (sebuah kota di Afghanistan) pun melakukannya.”

Syaqiq bertanya, “Lalu, bagaimana menurut pendapat anda?”

Ibrahim menjawab, “Jika tidak mendapatkan dunia, kami bersyukur. Dan jika mendapatnya, kami itsaar (mengutamakannya untuk orang lain).”

HATI YANG LEMBUT (2)

Siapakah yang berkuasa melembutkan hati..?

Siapakah yang memberikan kepada kamu hati yang lembut dan rasa ketundukan kepadaNya? Dan siapakah pula yang memuliakannya dengan menghadirkan kekhusyukan kepadanya..juga sifat pergantungan kepada Tuhannya..? Siapakah pula yang mana sekiranya Dia kehendaki, Dia akan memalingkan hati itu dengan kehendakNya. Ada ketikanya pula dalam suatu masa, hati yang keras akan menjadi selembut-lembut hati apabila berhadapan dengan ayat-ayat dan peringatanNya...? Siapakah Dia?

Maha Suci Tuhan yang tidak ada Tuhan yang disembah melainkan Dia, yang mana hati manusia itu terletak di antara dua jemariNya. Dia berkuasa memalingkannya sebagaimana kemahuanNya. Seorang hamba yang paling keras hatinya, teramat jauh dia dengan rahmat Allah.. tiba-tiba datang suatu detik yang amat hebat, yang didalamnya dikembalikan Iman kepada hati yang hitam tersebut untuk ia memilih dan membersihkan manusia empunya hati tersebut. Siapakah Dia?

Hanya dengan sedetik waktu..

Sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah SWT yang membawa manusia daripada penderitaan kepada kebahagiaan, daripada orang yang mempunyai hati yang keras kepada orang yang mempunyai selembut-lembut hati..selepas keadaan hati itu gersang, yang ketika tersebut hati tidak langsung mengenal makruf dan tidak pernah lari daripada kemungkaran. Hati itu hanya mengambil panduan dari hawa nafsunya..tiba-tiba dia menuju Allah SWT dengan hati yang terbuka.

Hati yang suatu ketikanya merasa angkuh dengan hukum Allah SWT dan anggota tubuhnya mengikuti keangkuhan itu..hanya dengan sedetik waktu, berubah keadaannya menjadi baik. Kebaikan menjadi kesudahan dan tempat kembalinya. Hati itu telah berubah sehingga ia menjadi orang yang dapat melihat kebenaran, tahu kemana ia hendak mengorakkan langkah dalam perjalanan.

Friday 27 April 2007

HATI YANG LEMBUT (1)


Saudaraku fillah,

Sesungguhnya kelembutan dan khusyuknya hati manusia, rasa terhina di hadapan Penciptanya adalah suatu kenikmatan kurniaan Ar-Rahman.. dan anugerah Ad-Dayyan, yang akan membawa kepada kemaafan dan keampunan Tuhan.

Apabila hati itu telah menjadi lembut kepada Allah SWT, tuannya itu adalah orang yang paling bersegera mengerjakan kebaikan, manusia yang paling mengambil berat dalam urusan ketaatan dan keredzaan Tuhan.

Hati itu tidak dikira lembut di sisi Allah SWT dan merasa terhina di hadapanNya kecuali kamu melihat manusia itu merupakan manusia yang paling berjaga-jaga dalam pelaksanaan ketaatan dalam mencapai keredzaanNya. Kamu akan melihat apabila diperingatkan kepadanya, ia akan segera mengambil peringatan. Apabila diperlihatkan kepadanya maka ia akan melihat dengan pandangan yang benar dan hakiki.

Sesungguhnya apabila kelembutan telah memasuki hati, kamu akan melihat manusia itu adalah manusia yang senantiasa tenang dengan mengingati Allah SWT. Bergetarlah lisannya dengan kalimah kesyukuran dan puji-pujian kepada Allah dan hanya untuk Allah.

Apabila hati telah lembut di sisi Allah SWT, kamu akan mendapati tuan kepada hati itu adalah orang yang paling jauh dari kemaksiatan. Ia juga adalah orang yang paling jauh daripada sebab-sebab yang membawa kepada kemaksiatan.

Hati yang lembut itu ialah hati yang apabila menghadap kebesaran Allah SWT dan kehebatanNya, maka ia merasakan kehambaannya. Apabila datangnya hasutan syaitan, akan bertambah ketakutan hamba itu kepada Tuhan. Apabila datang pula panggilan hawa nafsu dan keseronokan, akan bergetar dan bertambah tunduklah hatinya kerana takutnya ia akan kehebatan TuhanNya.

Hati yang lembut..tuannya adalah orang yang siddiq, membenarkan apa sahaja yang datang kepadanya dari Tuhannya, menerima dengan hati yang terbuka dan dengan penuh redza. Ia menerima apa yang dihidangkan kepadanya dengan Iman. Maka dengan itu, hati yang lembut itu..adalah teman , malah ia adalah senikmat-nikmat teman yang ada.

..albakawy

Paksa Diri

Junaid ibn Muhammad terus membaca Al Quran walaupun pada saat kematiannya hampir tiba.
Anak-anaknya berkata: 'Mengapa ayahanda memaksa diri?'

Junaid menjawab:

'Siapa manusia yang lebih berhak memaksaku selain diriku sendiri?'

NIlai Kehidupan

As-Syahid Sayyid Qutb:

"Manakala nilai hidup ini hanya untuk diri kita, maka akan tampak bagi kita bahawa kehidupan ini amat sempit dan singkat...yang dimulai sejak kita memahami erti hidup dan berakhir hingga batas umur kita.

Tetapi apabila kita hidup juga untuk orang lain maka jadilah hidup ini bermakna, luas dan dalam... bermula dari adanya kemanusiaan itu sendiri dan berlanjutan walau kita telah meninggalkan dunia ini.."

Afrah Ar-Ruh















7 petanda kebahagiaan dunia

Tujuh petanda kebahagiaan di dunia menurut Ibn Abbas:

1. Qalbun Syakirun / hati yang sentiasa bersyukur.


2. Al Azwaju Solehah /pasangan hidup yang saleh.


3. Al Auladun Abrar / anak yang saleh (baik).


4. Al Biah as salehah /lingkungan yang kondusif untuk iman kita.



5. Al Malul halal /harta yang halal.



6. Tafaquh fi dien/ kefahaman tentang agama/deen



7. Umur yang barakah.

Thursday 26 April 2007

HOW ARE YOU?


Abu Bakr al-Maruthi said: I visited Ahmad ibn Hanbal one morning and said to him: "How are you?"

He answered: "How is the one whose Rabb requires to perform his duties, whose Prophet requires to flow the Sunnah, the two angels require that he rectifies his deeds, his human self requires him to follow its desires, Satan requires him to commit evil deeds, the angel of death requires him to give his life and his children require him to satisfy their needs."

Interaksi Kita dengan Al-Qur'an


Merasa Bahawa Setiap Ayat itu Ditujukan Kepada Kita ...

lmam al-Ghazali dalam al-Ihya' berkata: "Merasa bahawa kitalah yang dimaksud oleh setiap khitab Al-Quran. Jika Al-Quran memerintah maka kitalah yang diperintah, jika Al-Quran melarang maka kitalah yang dilarang, jika Al-Quran memberi janji maka kitalah yang diberi janji, jika Al-Quran mengancam maka kitalah yang diancam, jika Al-Quran bercerita maka kitalah yang harus mengambil ibrahnya, bahkan jika khitab Al-Quran berbentuk jama' maka kitalah yang paling dimaksudkan (Surah Al An'am, ayat 19: Katakanlah: "Siapakah yang lebih Kuat persaksiannya?" Katakanlah: "Allah". dia menjadi saksi antara Aku dan kamu. dan Al Quran Ini diwahyukan kepadaku supaya dengan dia Aku memberi peringatan kepadamu dan kepada orang-orang yang sampai Al-Quran (kepadanya). Apakah Sesungguhnya kamu mengakui bahawa ada tuhan-tuhan lain di samping Allah?" Katakanlah: "Aku tidak mengakui." Katakanlah: "Sesungguhnya dia adalah Tuhan yang Maha Esa dan Sesungguhnya Aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan (dengan Allah)".)


Bagaikan seorang hamba yang membaca surat dari majikannya, sehingga dengan demikian maka bacaan Al-Quran akan menambah keimanan, iltizam (komitmen), pengamalan dan menjadi rijal Quraniy yang memberikan atsar dan manfaat pada dirinya dan orang lain."

Perbaikilah Amalan Kita



Hasan bin 'Ali bercerita bahawa Fudhail bin Iyadh bertanya kepada seorang lelaki, "Berapa umurmu ?"

" Enam puluh tahun," jawab lelaki itu.

Lalu Fudhail berkata, "Sesungguhnya engkau telah enam puluh tahun menuju Tuhanmu, dan kini kau hampir sampai."

Lelaki itu berkata, "Inna lillaahi wa inna ilaihi raaji'uun ( Sesungguhnya kita ini milik Allah dan kepadaNya lah kita akan kembali )."

"Tahukah engkau apa tafsirannya ?" tanya Fudhail.

"Tafsirkanlah kepada kami, wahai Abu 'Ali ( panggilan Fudhail) !" pinta si lelaki.

"Jika engkau mengatakan 'inna lillaahi' berarti engkau telah mengikrarkan bahawa engkau adalah hamba Allah subhanahu wa ta'ala, dan kepada Allahlah engaku akan kembali. Dan barangsiapa yang mengetahui bahawa dia adalah hamba Allah subhanahu wa ta'ala dan kepada Allah subhanahu wa ta'ala dia akan kembali, maka ketahuilah bahwa ia akan mati. Dan barangsiapa yang mengetahui ia akan mati, maka ketahuilah ia akan ditanya. Dan barangsiapa yang mengetahui bahawa ia akan ditanya, maka bersiap-siaplah untuk menjawabnya."

"Lalu bagaimana cara kami mempersiapkannya ?" tanya lelaki itu lagi.

" Penuhilah !" jawab Fudhail.

" Apa yang harus kupenuhi ? " tanyanya.

Fudhail menjawab, "Perbaikilah amalan-amalanmu yang akan datang, niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu di masa lalu dan yang akan datang. Dan jika engkau memperjelek amalan-amalanmu yang akan datang, niscaya Allah akan menyiksamu lantaran dosa-dosamu yang telah kamu perbuat di masa lalu dan yang akan datang. "

Bangkit Menuju al Jannah


‘Umair bin Al-Humam ra tatkala mendengar sabda Rasulullah saw:
قوموا إلى جنة عرضها السموات والأرض
Bangkitlah menuju surga yang luasnya seluas langit dan bumi

Beliau mengucapkan “bakh-bakh” (ungkapan takjub terhadap kebaikan dan pahala) semata-mata kerana ingin menjadi penghuni syurga, lalu segera membuang beberapa biji kurma yang sedang dikunyahnya sambil berkata:
لإن أنا حييت حتى آكل تمراتي هذه إنها لحياة طويلة
Jika saya hidup sampai selesai memakan kurma ini, oh betapa lamanya (menanti syurga).

Lalu beliau maju hingga syahid di medan Badar.

(Riwayat Muslim - Riyadhus shalihin, Kitab Al-Jihad, hadith no 1314).

Wednesday 25 April 2007

AL-QUR'AN



Dr. Yusuf Al-Qardhawi :

القرآن روح رباني تحيا به القلوب والعقول
“Al-Qur’an adalah kekuatan Rabbani yang akan menghidupkan hati dan fikiran"

Tonggak Dakwah

http://www.haluan.org.my/v2/index.php?show=Cw0CEA5QXkVAB0deAgdXRF5XBgBfBFEBWRNfVl4DUlQ6NDI3MzJhZjI%3D

Kejayaan gerakan dan usaha dakwah amat mengharapkan pemuda-pemuda yang aktif dan sanggup berkorban. Nukilan Imam Hassan al Banna tentang pemuda yang aktif ini sangat menarik iaitu :
"Matanya berjaga ketika orang lain tidur nyenyak. Tekun di pejabat dari asar hingga malam. Di penghujung bulan, sumber pendapatan adalah untuk dakwah. Harta adalah khadam kepada dakwah. Ganjarannya adalah di sisi Allah."

Melaksanakan kerja-kerja dakwah memerlukan kesungguhan dan pengorbanan kerana dakwah adalah sangat berbeza daripada kerja-kerja yang lain. Pengorbanan untuk Allah Swt dengan mengajak orang ramai kepadaNya dan membuat amal bukanlah satu tugas yang mudah seperti duduk bersantai di tepi pantai sambil makan kacang. Malah pergi ke medan masyarakat dan berhadapan dengan pelbagai karenah mereka...


...Kejayaan membentuk pemuda yang sangat iltizam dalam dakwah bertitik tolak daripada latihan yang diterima. Latihan mampu melerai kelemahan dan meningkatkan kekuatan diri. Tanpa latihan yang berkesan, pembinaan sahsiah diri akan terencat dan merosot. Latihan yang mantap pasti bersumberkan Al-Quran dan Sunnah kerana kedua-duanya tidak mempunyai keraguan langsung.
"Kitab itu (Al-Quran) tidak ada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertaqwa. Iaitu orang-orang yang beriman kepada yang ghaib, mendirikan sembahyang dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan orang-orang yang beriman kepada (kitab) yang diturunkan kepada engkau (Ya Muhammad) dan (kitab-kitab) yang diturunkan sebelum engkau, sedang mereka itu yakin akan adanya (hari) akhirat." (Surah Al- Baqarah 2: 2-4)



Sedutan UCAPTAMA OLEH PRESIDEN HALUAN
Prof Madya Dr. Abdullah Sudin Abd. Rahman
SEMPENA SEMINAR & MESYUARAT PERWAKILAN TAHUNAN (MPT) HALUAN 2007

HATI YANG SIHAT



Qalbu yang sihat memiliki beberapa tanda, sebagaimana yang disebutkan oleh al-Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah di dalam kitab Ighatsatul Lahfan min Mashayid asy-Syaithan.


Dan di antara tanda-tanda tersebut adalah mampu memilih segala sesuatu yang bermanfaat dan memberikan kesembuhan. Dia tidak memilih hal-hal yang berbahaya serta menjadikan sakitnya qalbu. Sedangkan tanda qalbu yang sakit adalah sebaliknya.


Santapan qalbu yang paling bermanfaat adalah keimanan dan ubat yang paling mujarab adalah al-Quran.


Selain itu, qalbu yang sihat memiliki ciri-ciri berikut:


1.Mengembara ke Akhirat


Qalbu yang sihat mengembara dari dunia menuju ke akhirat dan seakan-akan telah sampai di sana. Sehingga dia merasa seperti telah menjadi penghuni akhirat dan putera-putera akhirat. Dia datang dan berada di dunia ini seakan-akan sebagai orang asing, yang mengambil sekadar keperluannya, lalu akan segera kembali lagi ke negeri asalnya. Nabi Shallallahu alaihi wasallam bersabda, "Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau (musafir) yang melalui suatu jalan." (al-Bukhari)


Ketika qalbu seseorang sihat, maka dia akan mengembara menuju akhirat dan terus mendekat ke arahnya, sehingga seakan-akan dia telah menjadi penghuninya. Sedangkan bila qalbu tersebut sakit, maka dia terlena mementingkan dunia dan menganggapnya sebagai negeri abadi, sehingga jadilah dia ahli dan hambanya.


2.Mendorong Menuju Allah Subhanahu wataala


Di antara tanda lain sihatnya qalbu adalah selalu mendorong si empunya untuk kembali kepada Allah Subhanahu wataala dan tunduk kepada-Nya. Dia bergantung hanya kepada Allah, mencintai-Nya sebagaimana seseorang mencintai kekasihnya. Tidak ada kehidupan, kebahagiaan, kenikmatan, kesenangan kecuali hanya dengan ridha Allah, kedekatan dan rasa jinak terhadap-Nya. Merasa tenang dan tenteram dengan Allah, berlindung kepadaNya, bahagia bersama-Nya, bertawakkal hanya kepada-Nya, yakin, berharap dan takut kepada Allah semata.


Maka qalbu tersebut akan selalu mengajak dan mendorong pemiliknya untuk menemukan ketenangan dan ketentraman bersama Ilah sembahan nya. Sehingga tatkala itulah ruh benar-benar merasakan kehidupan, kenikmatan dan menjadikan hidup lain daripada yang lain, bukan kehidupan yang penuh kelalaian dan berpaling dari tujuan penciptaan manusia. Untuk tujuan menghamba kepada Allah Subhanahu wataala inilah syurga dan neraka diciptakan, para rasul diutus dan kitab-kitab diturunkan.


Abul Husain al-Warraq berkata, "Hidupnya qalbu adalah dengan mengingat Zat Yang Maha Hidup dan Tak Pernah Mati, dan kehidupan yang nikmat adalah kehidupan bersama Allah, bukan selain-Nya."Oleh kerana itu terputusnya seseorang dari Allah subhanahu wataala lebih dahsyat bagi orang-orang arif yang mengenal Allah daripada kematian, kerana terputus dari Allah adalah terputus dari al-Haq, sedang kematian adalah terputus dari sesama manusia.


3.Tidak Bosan Berdzikir


Di antara sebagian tanda sehatnya qalbu adalah tidak pernah bosan untuk berzikir mengingat Allah Subhanahu wataala. Tidak pernah merasa jemu untuk mengabdi kepadaNya, tidak terlena dan asyik dengan selain-Nya, kecuali kepada orang yang menunjukkan ke jalan-Nya, orang yang mengingatkan dia kepada Allah Subhanahu wataala atau saling mengingatkan dalam kerangka berzikir kepadaNya.


4. Menyesal jika Luput dari Berzikir


Qalbu yang sihat di antara tandanya adalah, jika luput dan ketinggalan dari dzikir dan wirid, maka dia sangat menyesal, merasa sedih dan sakit melebihi sedihnya seorang bakhil yang kehilangan hartanya.


5. Rindu Beribadah


Qalbu yang sihat selalu rindu untuk menghamba dan mengabdi kepada Allah Subhanahu wataala, sebagaimana rindunya seorang yang kelaparan terhadap makanan dan minuman.


6. Khusyuk dalam Salat


Qalbu yang sihat adalah jika dia sedang melakukan salat, maka dia tinggalkan segala keinginan dan sesuatu yang bersifat keduniaan. Sangat memperhatikan masalah salat dan bersegera melakukannya, serta mendapati ketenangan dan kenikmatan di dalam salat tersebut. Baginya salat merupakan kebahagiaan dan penyejuk hati dan jiwa.


7. Kemahuannya Hanya kepada Allah


Qalbu yang sihat hanya satu kemahuannya, iaitu kepada segala sesuatu yang diredhai Allah Subhanahu wataala.


8. Menjaga Waktu


Di antara tanda sihatnya qalbu adalah merasa kikir (sayang) jika waktunya hilang dengan percuma, melebihi kikirnya seorang yang bakhil terhadap hartanya.


9. Muhasabah dan Memperbaiki Diri


Qalbu yang sehat senantiasa menaruh perhatian yang besar untuk terus memperbaiki amal, melebihi perhatian terhadap amal itu sendiri. Dia terus bersemangat untuk meningkat kan keikhlasan dalam beramal, mengharap nasihat, mutaba'ah (mengawal) dan ihsan (seakan-akan melihat Allah Subhanahu wataala dalam beribadah, atau selalu merasa dilihat Allah). Bersamaan dengan itu dia selalu memperhatikan pemberian dan nikmat dari Allah Subhanahu wataala serta kekurangan dirinya di dalam memenuhi hak-hak-Nya.



Sumber: Mawaridul Aman al Muntaqa min Ighatsatil Lahfan fi Mashayid asy-Syaithan, Syaikh Ali bin Hasan bin Ali al-Halabi

Tuesday 24 April 2007

To a non-Muslima



When you look at me
All that u can see
is the scarf that covers my hair
My words you can’t hear
because you’re too full of fear,
Mouth gasping, all you do is stare

You think it’s not my choice
in your own “liberation” rejoice.
You think I’m uneducated,
trapped,oppressed & subjucated,

You’re so thanksful that you’re free
But non-muslim women you’re got it wrong
You’re the weak & I’m the strong.
For i’ve rejected the trap of man.
Fancy clothes - low neck ,short skirt
those are devices for pain & hurt
I’m not falling for that little plan.

I’m a person with ideas & thought.
I’m not for sale I can’t be bought.
I’m me - not a fancy toy.
I won’t decorate anyone’s arm,
nor be promoted for my charms.
There is more to be than playing coy.

Living life as a balancing game - mother,daughter
wife, nurse, cleaner, cook,lover
and still bring home a wage.
Who thought up this modern “freedom”?
Where can love’em & man can leave’em.
This is not free, but life in a cage
Always jumping to a male agenda
competing on his terms.
No job share,
no creche facilitie,
no feeding and nappy changing amenities
no time off for menstrual pain,
“hormones” they laugh “what a shame”
No equal pay equal skill
your job they can always fill
No promotion unless you’re sterilised
No promotion unless you’re sexually terrorised
And this is liberation?

Non-Muslim women you can have your life.
Mine - it has less strife.
I cover & i get respected,
surely that’s to be expected
for I won’t demean the feminine,
I won’t live to male criterion,
I dance to my own tune
and I hope you see this very soon.
For your own sake - wake up and use your sight.
Are you so sure that you are right?


From A muslim Women
Your sister in Islam (*-*) Maryam-Zulaikha

KEIKHLASAN



Tidak seperti biasanya, pengepungan kali ini berjalan begitu lama. Maslamah, sang panglima khalifah tidak dapat menentukan sampai bila pengepungan berhasil. Instinct kepemimpinannya segera menuntunnya ntuk melakukan pengintaian secara rahsia. Ia berniat mencari celah untuk menembus benteng. Maslamah yakin, kemenangan akan diperoleh, jika pasukannya mampu menembus benteng. Setelah mengadakan penelitian dengan saksama, maslamah menyimpulkan terdapat lorong yang dapat ditembus. Dikhemahnya, Maslamah membicarakan hal tersebut dengan beberapa perwira. Maslamah mengajukan siapa di antara mereka yang berani masuk menembus lorong tapi semuanya diam………..


Tiba-tiba datang tentara berkuda dengan wajah tertutup cadar yang menyatakan sanggup melaksanakan tugas menembus lorong saat itu juga kerana waktu itu di nilai saat yang tepat untuk menyusup. Beberapa waktu kemudian terdengar teriakan takbir dari pintu benteng. Dia telah berhasil membuka pintu benteng setelah membunuh penjaganya kemudian bertakbir dengan lantang, suara itu seketika membangkitkan semangat kaum muslimin. Bagaikan air bah, para mujahidin fi sabilillah itu menyerbu ke dalam benteng.


Akhirnya, benteng dikuasai dan musuh dapat dihancurkan. Perang pun selesai, Maslamah memikirkan perajurit bercadar. Ia perintahkan seluruh perwira untuk mencari, siapakah sebenarnya perajurit bercadar itu. Sampai waktu yang lama, tak ada yang mengaku.


Namun tak berselang lama, datanglah orang bercadar dengan berjalan kaki. Setibanya di depan Maslamah, ia bertanya,
”Apakah tuan masih mencari perajurit bercadar?”
”Benar. Kaukah orangnya?”
”Saya dapat menunjukkan orangnya, asal Tuan mau berjanji kepadaku!”
”Baiklah. Apa yang harus kujanjikan untukmu ?”
”Tuan jangan menanyakan siapa namanya. Tuan jangan memberi hadiah apa pun kepadanya. Dan ketiga, Tuan jangan menceritakan kepada seseorang pun! Apakah Tuan mahu berjanji memenuhi tiga syarat itu?


”Ya, saya berjanji. Tak akan aku bertanya siapa namanya, tak akan aku beri hadiah kepadanya, dan tak akan menceritakan hal dirinya kepada siapa pun.”


”Ketahuilah panglima, orang itu adalah adalah yang ada di hadapan Tuan.”


Mendengar itu, Maslamah seketika memeluk erat tentara yang ada didepannya.

Tentara bercadar itu pun berlalu, Maslamah mengangkat tangan dan berdo’a, "Ya Allah kumpulkanlah aku di syurga dengan orang bercadar itu"

Silence is not an option..

Zaujahku...



TRANSLATION- Zawjati (My wife)
(as given in the album Da'ani)

I love you the way you are,
I love you the way you were,
No matter what did or will happen,
You are and will be my darling.

You're my rightful wife, I care not about
Those who like to reproach and irritate me.
It is our destiny to be
Together eternally.

In my heart you instilled love
With grace and good deeds.
Happiness vanishes when you disappear,
Life brightens when you're there.

Hard is my day
Until you return home.
Sadness disappears
When you smile.

Life turns black
When you're upset,
So I work hard
To make your wish come true.

You're my happiness.
May you be happy forever.
Our souls are united
Like soil and plants.

You're my hope, my peace
My good company and inspiration.
Life is good, no matter how hard it is,
When you're fine ( more )

Forgive Me


Today, upon a bus,
I saw a girl with golden hair.
And wished I was as fair.
When suddenly she rose to leave,
I saw her hobble down the aisle.
She had one leg and wore a crutch.
But as she passed, she smiled.
Oh God, forgive me when I whine.
I have two legs the world is mine.

With feet to take me where I `d go.
With eyes to see the sunset's glow.
With ears to hear what I'd know.
Oh God, forgive me when I whine.
I have blessed indeed, the world is mine.

I stopped to buy some candy.
The lad who sold it had such charm.
I talked with him, he seemed so glad.
If I were late, it `d do no harm.
And as I left, he said to me,
"I thank you, you've been so kind.
You see," he said, "I `m blind"
Oh God, forgive me when I whine.
I have two eyes the world is mine.

With feet to take me where I `d go.
With eyes to see the sunset's glow.
With ears to hear what I'd know.
Oh God, forgive me when I whine.
I have blessed indeed, the world is mine.


I saw a child with eyes of blue.
He stood and watched the others play.
He did not know what to do.
I stopped a moment and then I said,
"Why don't you join the others, dear?"
He looked ahead without a word.
And then I knew. He couldn't hear.
Oh God, forgive me when I whine.
I have two ears the world is mine.

With feet to take me where I `d go.
With eyes to see the sunset's glow.
With ears to hear what I'd know.
Oh God, forgive me when I whine.
I have blessed indeed, the world is mine (more)

Allah Knows

Dust Is My Bed

Perjalanan Ke Akhirat Part 4

Perjalanan Ke Akhirat Part 3

Perjalanan Ke Akhirat Part 2

Perjalanan Ke Akhirat Part 1

Monday 23 April 2007

Kenyang..



Imam Syafi’i rahimahullah mengatakan:

“Selama 16 tahun aku hanya pernah kenyang sekali sahaja, yang akhirnya kumuntahkan. Kerana kenyang itu membuat badan terasa berat, hati menjadi keras, kepandaian menjadi hilang, menyebabkan mengantuk dan membuat orang hambar dalam beribadah”.


diwan Imam Syafi’i hal. 14.

Sunday 22 April 2007

Hubungan itu..


Hubungan itu
satu fitrah tertulis sejak perjalanan bermula
dari rahim seorang wanita hingga tanah disekelilingmu
hubungan itu… satu jambatan perjanjian
antaramu dan si Pemilik Arasy
Hubungan itu
menghubung kau dan Dia
hubungan itu
bukti pengabdian kepadaNya
denganNya kau suburi dengan ketaqwaan
denganNya kau basahi air mata keinsafan
lantaran hatimu memungkiri perjanjian
moga harapan mu hanyalah kemaafanNya
********
Bangkitlah dengan nafas baru
moga terlahir jiwa yang baru
jiwa yang hidup
yang terjalin dengan aturanNya
yang selari dengan kehendakNya
Moga gerakmu sentiasa menagih barakah
Hormati hubungan itu
hargai ikatan itu
hargailah… kerana hak Dia menarik apa sahaja nikmatNya..
Hubungan itu..
tali penghubung kau dan makhlukNya
Hubungan itu hanya satu..
kerana Dia yang pasti ada
tiada, setandingNya
JanjiNya… bagi mereka yang mencari
JanjiNya bagi yang mencintaiNya
tiada setanding syurga firdausi..


TQ2: DakwahInfo

Kejatuhan Granada 1491


Pada akhir kurun ke-15, kerajaan Islam di Sepanyol tinggal hanya bandar Granada dan beberapa bandar lain serta beberapa pelabuhan. Kawasan-kawasan lain di Sepanyol telah pun ditawan oleh kerajaan Kristian. Apabila dua orang anak raja, iaitu Ferdinand V, putera raja Aragon berkahwin dengan Isabella puteri raja Castille, kedua-dua kerajaan berpakat untuk menamatkan riwayat Islam di Sepanyol.


Tentera bersekutu kedua-dua kerajaan kemudian datang menyerbu Granada yang pada masa itu dalam keadaan lemah akibat berbagai masalah dalaman. Granada pada waktu itu diperintah oleh Abu Abdullah Muhammad Ibni Sultan Abdul Hassan al-Nasrid. Orang Sepanyol lebih mengenalinya dengan nama Boabdil.


Tentera bersekutu ini kemudiannya mengepung Granada. Kepungan ini berlangsung selama 7 bulan. Dalam masa ini tentera Islam cuba membuat perlawanan beberapa kali. Serangan-serangan ini dipimpin oleh seorang pahlawan Islam, Musa bin Abil Ghassa yang tidak menyerah sehinggalah saat-saat akhir. Tetapi Sultan Abu Abdullah Muhammad alias Boabdil menyerah kepada tentera Kristian selepas tentera Kristian memberikan jaminan akan menghormati hak-hak orang Islam beragama, jiwa, harta dan kehormatan. Ini menyebabkan pahlawan-pahlawan Islam, termasuk Musa bin Abil Ghassan jatuh ketangan tentera Kristian. Akan tetapi mereka lebih rela mati secara terhormat daripada hidup sebagai tawanan.


Granada telah menyerah pada bulan Disember 1491 bersamaan bulan Safar 897H. Kemudian tentera Kristian telah memasuki bandar itu pada 2 Januari 1942 bersamaan 2 Rabiul Awwal 897H. Mereka kemudiannya memasang sepanduk-sepanduk lambang Kristian di Alhambra. Maka berakhirlah kemasyhiran dan kekuasaan Islam di bumi Sepanyol. Serentak dengan ini kebudayaan agung Islam Andalusia hancur berkecai. Walau bagaimana pun Lembah Xenil di mana Granada terletak belum lagi menyaksikan nasib yang lebih buruk.


Hanya selepas beberapa tahun kejatuhan kerajaan Islam di Granada, pemerintah Kristian telah melanggar janji mereka mengenai jaminan keselamatan dan kesejahteraan nyawa, harta, kehormatan serta kepercayaan ummat Islam. Masjid-masjid ditutup dan bahkan dirobohkan. Orang-orang Islam dipaksa menukar agama mereka. Jika enggan mereka akan dihukum dengan hukuman yang berat. Kerajaan Krisitan telah mengeluarkan undang-undang yang memestikan orang-orang Islam memeluk agama Kristian. Siapa yang enggan akan dihalau keluar dari Spanyol. Orang-orang Islam yang lemah telah murtad. Ini berlaku pada tahun 1499. Sebahagian orang-orang Islam memberontak tetapi telah dipadamkan dengan kekerasan. Sebahagian besar daripada mereka terpaksa melarikan diri ke Maghribi, Mauritania, Algeria, Tunisia dan tempat-tempat lain yang selamat.


Apabila Charles V ditabalkan sebagai raja baru, saki baki orang Islam cuba menuntut keadilan dengan membawa kes mereka ke mahkamah. Tetapi mahkamah memutuskan undang-undang yang memaksa mereka menjadi Kristian adalah sah dan memerintahkan saki baki orang Islam ini segera masuk Kristian atau keluar dari bumi Sepanyol dengan serta merta. Jika enggan mereka akan dibakar hidup-hidup dalam upacara pembakaran yang diselenggarakan oleh mahkamah. Upacara pembakaran ini telah diciptakan oleh mahkamah kononnya untuk mengelakkan darah tertumpah.


Kemudian Bishop Seville telah mengeluarkan arahan supaya orang-orang Moriscoes (iaitu gelaran yang diberikan kepada orang-orang Islam yang telah dikristiankan), dalam tempoh sehari menukar cara mereka berpakaian, bahasa mereka, kebiasaan dan perangai mereka. Setiap orang Kristian Sepanyol diberikan kuasa untuk memerhatikan tindak tanduk orang-orang Moriscoes. Berikutan dari arahan ini tempat-tempat hukuman khas telah diadakan di merata tempat di Granada untuk menghukum sesiapa yang gagal mematuhi arahan Bishop ini. Ini telah mengakibatkan pembunuhan kejam dan penyiksaan berleluasa di Granada, Cordova, Seville dan Valencia.


Semasa zaman pemerintahan Philip II, orang-orang Moriscoes yang amat tertekan itu bangun memberontak tetapi dengan tindakan yang kejam pemberontakan ini telah dipadamkan pada tahun 1569.


Philip III pula telah mengeluarkan dikri yang kejam, iaitu menghalau seluruh orang-orang Moriscoes yang kebanyakannya tinggal di Murcia dan Valencia, keluar dari Sepanyol pada tahun 1609. Natijahnya ialah mereka semuanya dikeluarkan dari bumi Sepanyol. Orang-orang Moriscoes yang duduk di bahagian selatan lari ke Afrika Utara manaka yang di utara lari ke Perancis dan menetap di Languedoc dan Guyenne.


Demikianlah tamatnya riwayat tamadun Islam di Sepanyol.


Rujukan:Enam M.A., “Decisive Moment in the History of Islam”: 213-238
Stanley Lane-Poole, “The Moores in Spain” : 25,102,184,217


Prof. Mahmud Brelvi

Saturday 21 April 2007

Tiga Jenis Nafsu


Para pengembara jalan menuju Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan beragam cara dan metode bersepakat bahawa nafsu adalah faktor yang menghalangi hati untuk sampai kepada Allah. Mereka juga bersepakat, tidak ada seorang pun yang dapat masuk dan sampai kepada Allah kecuali jika sudah menundukkan, menyisihkan dan memenangi pertarungan atasnya. Begitulah, manusia itu ada dua kelompok. Pertama, manusia yang dikalahkan, dikuasai dan dihancurkan oleh hawa nafsunya. Ia benar-benar tunduk di bawah perintahnya. Kedua, manusia yang berhasil memenangi pertarungan melawannya. Ia mampu mengekangnya, menundukannya, dan nafsu pun tunduk di bawah perintahnya.

Sebahagian orang arif berkata, "Akhir dari perjalanan para thalibin (orang-orang yang mencari) adalah ketika mereka telah berhasil menundukkan nafsunya. Siapa pun yang demikian keadaannya telah berhasil dan sukses. Sebaliknya siapa saja yang dikalahkan oleh nafsunya telah gagal dan hancur. Allah Subhanahu wa Taala berfirman,"Adapun orang yang derhaka, lagi mengutamakan kehidupan dunia. Maka neraka Jahimlah tempat tinggalnya. Sedangkan orang yang takut akan kebesaran Rabbnya, lagi menahan diri dari hawa nafsunya. Maka syurgalah tempat tinggalnya. (An-Nazi'at: 37-41)

Nafsu itu menyeru kepada sikap derhaka dan mendahulukan dunia. Sedangkan Allah Subhanahu wa Talaa menyeru hamba-Nya agar takut kepada-Nya dan menahan diri dari hawa nafsunya. Jadi, hati manusia itu ada di antara dua penyeru. Kadangkala ia condong kepada yang satu, dan kadang pula condong kepada yang lainnya. Di sinilah ujian dan cubaan.

Di dalam Al-Qur'an Allah Subhanahu wa Ta'ala menyebut nafsu dengan tiga sifat: muthmainnah, lawwaamah dan ammaarah bis suu'. Selanjutnya manusia berbeza pendapat, apakah nafsu itu satu dan yang tiga adalah sifatnya? Ataukah setiap manusia itu memiliki tiga nafsu.

Pendapat pertama adalah pendapat fuqaha' dan para mufassir. Sedangkan pendapat kedua adalah pendapat majoriti ahli tasawuf. Tetapi pada hakikatnya tidak ada pertentangan antara dua pendapat ini. Sebab memang nafsu itu satu jika ditinjau dari sisi dzatnya, dan tiga jika ditinjau dari sisi sifatnya.

NAFSU MUTHMAINNAH

Apabila nafsu tenang dan tenteram dengan zikrullah, tunduk kepada-Nya, rindu akan perjumpaan dengan-Nya, serta jinak kala dekat dengan-Nya, maka kepadanya dikatakan – ketika menemui ajalnya -,"Wahai nafsu muthmainnah! Pulanglah kepada Rabbmu dengan penuh ridla dan diridhai! (QS Al-Fajr: 27-28)

Ibnu Abbas menafsirkan muthmainnah dengan mushaddiqah, membenarkan kebenaran.

Qatadah berkata, iaitu seorang mukmin yang nafsunya tenang dengan apa yang dijanjikan oleh Allah subhanahu wa ta'ala. Tenang di pintu ma'rifah terhadap asma' dan sifat-Nya dengan berdasarkan khabar dari-Nya (al-Qur'an) dan dari Rasul-Nya (as-Sunnah). Tenang atas khabar yang datang tentang apa yang terjadi setelah kematian, alam barzakh, dan kejadian di hari kiamat, seakan-akan melihatnya dengan mata. Tenteram atas takdir Allah, menerima dan meridhainya, tidak benci dan berkeluh kesah, tidak pula tergoncang keimanannya, tidak berputus asa atas sesuatu yang lepas darinya, pun tidak berbangga atas apa yang dimilikinya. Sebab, semua musibah telah ditakdirkan oleh-Nya jauh sebelum musibah itu sampai kepadanya, bahkan sebelum ia diciptakan. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:"Tidak ada musibah yang datang kecuali dengan izin dari Allah. Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya". (At-Taghabun: 11)

Tidak sedikit dari para salaf yang menafsirkannya sebagai seseorang yang ditimpa musibah, ia mengerti bahawa musibah itu datang dari Allah, sehingga ia ridha dan pasrah.

Adapun yang dimaksud dengan thuma'ninah ihsan adalah ketenangan seseorang dalam melaksanakan perintah dengan ikhlas dan setia. Tidak mendahuluinya dengan satu keinginan atau pun hawa nafsu. Juga bukan kerana ia tidak dihinggapi suatu syubahat yang mengaburkan khabar-Nya, atau syahwat yang bertentangan dengan perintah-Nya. Bahkan jika suatu ketika datang, ia akan menganggapnya sebagai gangguan yang baginya lebih baik terjun dari langit ke bumi daripada mengecapnya, walau sesaat. Inilah yang dimaksud oleh Nabi sebagai sharimul iman (iman yang jelas). Juga, ia tenang dari kegelisahan untuk bermaksiat dan gejolaknya menuju taubat dan kenikmatannya.

Bila diri tenang telah berpindah dari keraguan kepada keyakinan, dari kebodohan kepada ilmu, dari kealpaan kepada dzikir, dari khianat kepada taubat, dari riya' kepada ikhlas, dari kedustaan kepada kejujuran, dari kelemahan kepada semangat yang membaja, dari sifat 'ujub kepada ketundukan, dan dari kesesatan kepada ketawadhuan, ketika itulah nafsu telah tenteram, muthmainnah.

Dasrdari itu semua adalah yaqazhah, kesedaran. Kesedaranlah yang menyibak kealpaan dan kelalaian diri. Ia pulalah yang menampakkan baginya taman syurga. Ia bersenandung.

Tahukah kau, duhai nafsu?
Celaka bila… engkau bergembira
Bantu aku dalam pekatnya malam
Moga cita nikmat hidup… dalam menjulang
Sesudah hancur segala

Di bawah cahaya kesadaran, diri akan melihat semua yang diciptakan untuknya. Juga, apa yang akan ditemuinya di alam barzakh, sampai memasuki negeri abadi. Ia juga melihat betapa cepat dunia berlalu, betapa sedikit dunia memberikan kenikmatannya kepada anak-anaknya dan orang-orang yang merindukannya, dan betapa dunia membunuh mereka dengan belati-belatinya. Maka bangkitlah ia seraya berseru:"Duhai, betapa meruginya aku atas keteledoranku di sisi Allah" (Az-Zumar: 56)

Selanjutnya, ia akan menggunakan sisa umurnya untuk melengkapi kekurangan, menghidupkan yang telah ia matikan, membenahi puing-puing masa silam, dan memanfaatkan setiap kesempatan – yang jika terlewat, terlewat pulalah seluruh kebaikan.

Masih di bawah cahaya kesedaran dan cahaya nikmat Rabbnya kepadanya, ia melihat betapa ia tak mampu lagi menghitungnya, betapa ia tak mampu memenuhi haknya, betapa ia penuh dengan aib, juga amal-amalnya yang rusak, kejahatan-kejahatannya, dosa-dosanya, serta kelalaiannya terhadap tugas dan kewajiban yang tidak sedikit.

Akhirnya luluh sudah nafsunya, khusyu' sudah anggota badannya, dan ia pun berjalan menuju Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan kepala tertunduk oleh banyaknya nikmat yang ia saksikan serta kejahatan, aib dan dosa dirinya.

Kini, ia tahu betapa berharga waktu yang dimilikinya. Juga bahawa ia adalah modal utama kejayaannya. Maka bakhillah ia terhadapnya jika bukan untuk usaha mendekatkan diri kepada Rabbnya. Sungguh, membuang-buang waktu adalah kerugian, sedangkan menjaganya adalah kemenangan dan keberuntungan.

Inilah buah dari yaqazhah dan implikasinya, yang merupakan langkah awal dari nafsu muthmainnah dalam perjalanannya menuju Allah dan kampung akhirat.

NAFSU LAWWAMAH

Ia adalah nafsu yang selalu berubah keadaan. Ia sering berbalik, berubah warna. Kadang ia ingat, kadang alpa. Kadang ia sedar, kadang berpaling. Kadang ia cinta, kadang benci, kadang ia gembira, kadang sedih. Kadang ia ridha, kadang murka. Kadang ia taat, dan kadang ia khianat.

Sebagian orang mendefinisikannya sebagai nafsu seorang mukmin. Al-Hasan al-Bashri berkata, "Seorang mukmin itu selalu mencela (lawwamah artinya banyak mencela) dirinya. Ia terus berkata: Apa yang kau inginkan dari semua ini? Mengapa kau lakukan ini? Sungguh ini lebih baik daripada yang ini! Atau yang semisalnya."

Ada juga yang mengertikannya dengan celaan pada hari kiamat. Pada hari itu setiap peribadi akan mencela dirinya sendiri. Jika ia pendurhaka, atas kedurhakaannya, dan jika ia seorang yang taat, atas kelalaian dan kekurangannya. Ibnul Qoyyim berkata, "Semua pengertian di atas benar."

Lawwamah itu ada dua. Lawwamah yang tercela dan lawwamah yang sebaliknya.Yang pertama adalah nafsu yang dungu dan menganiaya diri sendiri. Ia dicela oleh Allah dan para malaikat. Sedangkan yang kedua adalah nafsu yang selalu mencela pemiliknya karena kekurangannya dalam ketaatan kepada Allah Subhanahu wa ta'ala – padahal ia sudah berusaha sekuatnya – Nafsu ini tidak dicela. Bahkan nafsu yang paling utama adalah nafsu yang mencela diri atas kekurangtaatannya kepada Allah, dan ia siap menerima celaan dalam menggapai ridha-Nya. Demikianlah ia terbebas dari celaan Allah. Berbeza dengan orang yang puas atas amal yang dikerjakannya, dan ia tidak dicela oleh nafsunya, lalu tidak siap menerima celaan dalam menggapai ridha-Nya. Dialah yang dicela oleh Allah.

NAFSU AMMARAH BIS SUU'

Inilah nafsu yang tercela. Ia selalu mengajak kepada keburukan, dan itu memang tabiatnya. Tidak ada seorang pun yang dapat selamat dari kejahatannya selain orang-orang yang mendapatkan taufiq dari Allah subhanahu wa ta'ala. Allah mengisahkan tentang isteri menteri al-Aziz,"Dan aku tidak berlepas tangan dari nafsuku. Sesungguhnya nafsu itu selalu menyeru kepada kejahatan. Kecuali yang diberi rahmat oleh Rabbku. Sesungguhnya Rabbku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (Yusuf: 53)

Dan firman-Nya,"Sekiranya bukan kerana kurnia dan rahmat Allah kepada kalian, niscaya tidak ada seorangpun dari kalian yang bersih-suci, selamat-lamanya." (An-Nur: 21)

Rasulullah Shalalallahu alaihi wa salam mengajarkan kepada para sahabat khutbah hajah, "Segala puji bagi Allah. Kita memuji-Nya, memohon pertolongan-Nya, dan memohon ampunan kepada-Nya. Kita juga berlindung kepada Allah dari kejahatan nafsu kita dan keburukan amal-amal kita."

Kejahatan itu tersimpan di dalam nafsu. Ia akan mengajak kepada amal-amal yang buruk. Apabila Allah membiarkan seorang hamba bersama nafsunya, ia akan binasa di tengah-tengah kejahatan nafsu dan amal buruknya. Apabila Allah memberikan taufiq dan memberikan pertolongan kepadanya, nescaya selamatlah ia dari semuanya. Oleh kerananya kita memohon kepada Allah yang maha Agung untuk melindungi kita dari kejahatan nafsu dan amal buruk kita.

Ringkas kata, nafsu itu satu saja. Ia bisa menjadi ammarah, lawwamah atau muthmainnah, yang merupakan puncak kebaikan dan kesempurnaannya.

Diambil dari buku Tazkiyah An-Nafs, Konsep Penyucian Jiwa Menurut Para Salaf, Ibnu Qoyyim Al-Jauziyah, Ibnu Rajab al-Hambali, dan Imam Ghazali, ditahqiq oleh Dr. Ahmad Farid.

Written by MT Aminudin

Red Cosmic Square: Another of the Amazing Signs of Allah

Near-Perfect Symmetry Revealed in Red Cosmic Square

Verily! In the creation of the heavens and the earth, and in the alternation of night and day, and the ships which sail through the sea with that which is of use to mankind, and the water (rain) which Allah sends down from the sky and makes the earth alive therewith after its death, and the moving (living) creatures of all kinds that He has scattered therein, and in the veering of winds and clouds which are held between the sky and the earth, are indeed Ayat (proofs, evidences, signs, etc.) for people of understanding. (2:164)

If symmetry is a sign of splendor, then the newly discovered Red Square nebula is one of the most beautiful objects in the universe.

Seen in the infrared, the nebula resembles a giant, glowing red box in the sky, with a bright white inner core. A dying star called MWC 922 is located at the system’s center and spewing its innards from opposite poles into space. (A nebula is an interstellar cloud of gas, dust and plasma where stars can both emerge and die.)

‘This spectacular event is the death of a star,’ said study team member James Lloyd of Cornell University.

After MWC 922 ejects most of its material into space, it will contract into a dense stellar corpse known as a white dwarf, shrouded by clouds of its own remains.

The Red Square nebula discovery is detailed in the April 13 issue of the journal Science.

Almost perfect

What is particularly astonishing about the Red Square, the researchers say, is the degree of symmetry seen in lines, or ‘rungs,’ that bisect its surface. The rungs appear as shadows, and their makeup is uncertain.

‘The high degree of regularity in this case may point to the intriguing possibility that these bands are shadows cast by periodic ripples or waves on the surface of an inner disk close to the star at the heart of the system,” Lloyd said.

The Red Square ranks among the most symmetrical objects ever observed by scientists. ‘If you fold things across the principle diagonal axis, you get an almost perfect reflection symmetry,’ said study leader Peter Tuthill from the University of Sydney in Australia. ‘This makes the Red Square nebula the most symmetrical object of comparable complexity ever imaged.’

The Red Square’s extreme symmetry suggests the star’s surroundings are extremely still and not buffeted by external stellar winds or other turbulence.

The researchers propose that similar conditions are contributing to the extreme symmetry of another system, the Red Rectangle, whose central star is cooler than that of the Red Square.

‘The Red Rectangle is mostly symmetrical, but it has some asymmetries,’ Lloyd told SPACE.com. ‘It wasn’t clear whether it was because the outflow was very symmetrical or whether material in the outflow was encountering some other material’ which introduced the symmetry.

The new findings suggest the system’s perfect form results from an even outflow of gas. ‘The reason the Red Square remains so symmetrical is that there is no material that has interfered with the outflow, so it has preserved the symmetry it was born with,’ Lloyd said.

Adaptive optics

Tuthill and Lloyd spotted the Red Square using the 200-inch Hale Telescope at Caltech’s Palomar Observatory and the Keck-2 Telescope in Hawaii.

Both telescopes utilize a relatively new type of imaging called adaptive optics, which uses a laser guide star as a reference and a rapidly deforming mirror to correct image distortions from the Earth’s atmosphere in real time.

Adaptive optics ‘acts like a myopia cure for a telescope,’ Lloyd said.

Mystery of Red Space Glow Solved Skulls, Tornadoes and Insects - The Bizarre Sightings of Modern Astronomy Vote Now: The Strangest Things in Space Original Story: Near-Perfect Symmetry Revealed in Red Cosmic Square

Virginia Tech Memorial

Al-Mu'allim


Al-Mu'allim

We once had a Teacher
The Teacher of teachers,
He changed the world for the better
And made us better creatures,
Oh Allah we've shamed ourselves
We've strayed from Al-Mu'allim,
Surely we've wronged ourselves
What will we say in front him?
Oh Mu'allim...

Chorus
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
Teacher of all Mankind.
Abal Qasim [one of the names of the Prophet]
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad
(The best of Allah's creation is Muhammad)
Ya Mustafa ya Imamal Mursalina
(O Chosen One, O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina
(O Chosen One, O intercessor of the worlds)
He prayed while others slept
While others ate he'd fast,
While they would laugh he wept
Until he breathed his last,
His only wish was for us to be
Among the ones who prosper,
Ya Mu'allim peace be upon you,
Truly you are our Teacher,
Oh Mu'allim..

Chorus
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Ya Rasuli ya Muhammad
(O My Messenger O Muhammad)
Ya Bashiri ya Muhammad
(O bearer of good news O Muhammad)
Ya Nadhiri ya Muhammad
(O warner O Muhammad)
'Ishqu Qalbi ya Muhammad
(The love of my heart O Muhammad)
Nuru 'Ayni ya Muhammad
(Light of my eye O Muhammad)
He taught us to be just and kind
And to feed the poor and hungry,
Help the wayfarer and the orphan child
And to not be cruel and miserly,
His speech was soft and gentle,
Like a mother stroking her child,
His mercy and compassion,
Were most radiant when he smiled

Chorus
Abal Qasim [one of the names of the Prophet]
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad
(The best of Allah's creation is Muhammad)
Ya Mustafa Ya Imamal Mursalina
(O Chosen One O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina
(O Chosen One O intercessor of the worlds)

Developing Consciousness of Allāh


Studying the Names and Attributes of Allāh helps the individual to heighten his consciousness of Allāh (سبحانه وتعالى). If he develops an awareness that Allāh sees him at all times, he will feel shy to do anything that he would not like Allāh to see. Because Allāh hears all things, he will feel shy to say anything except that which is pleasing to Allāh. When he realizes that Allāh knows what is concealed in the chests, He will purify his actions and his intentions for Allāh.

As one’s awareness of Allāh increases, He will witness Allāh’s Mercy, Allāh’s Generosity, His Kindness, His Justice, His Wisdom, and all His Lofty Attributes in everything and in every facet of his life. Developing this awareness of Allāh by contemplating His Names is the key to attaining the level of Ihsān.

`Umar and Abū Hurayrah have reported that when Jibrīl asked the Prophet (صلى الله عليه وسلم) about Ihsān, the Prophet (صلى الله عليه وسلم) replied, “It is to worship Allāh as if you see Him, for if you do not see Him, surely He sees you.”


As for his statement “It is to worship Allāh as if you see Him,” it indicates that a person should worship Allāh with a consciousness that He is Near and that he, the worshipper, is standing before Him. This will result in feelings of awe, fear, and reverence as mentioned in the narration of Abū Hurayrah, “To fear Allāh as though you see Him.” This also leads to sincerity in worship and expending one’s full efforts in beautifying and perfecting one’s act of worship.

As for his statement, “for if you do not see Him, surely He sees you,” many scholars have interpreted this to be referring to a level beneath the level mentioned in the first statement. The worshipper may find it difficult to develop the first level of consciousness of Allāh. In that case, he should seek assistance in worshipping Allāh from his belief that Allāh sees him, that He is aware of his exterior and interior, that nothing is hidden from Him. When he attains this station, it will then become easy for him to arrive at the second station, which is to develop a continual consciousness of Allāh’s Nearness to Him.

In his commentary on this hadīth, ibn Rajab quotes one of the pious ladies of the Salaf as saying,
“Whoever performs works for Allāh based upon witnessing (mushāhadah), then he is a pious sage (`ārif), and whosoever performs works for Allāh based on the realization that Allāh is witnessing him, then he is a sincere worshipper (mukhlis).”

Ibn Rajab comments on this, saying,
“She has mentioned the two stations already alluded to.
The first of them is the station of al-ikhlās. It is for the servant to perform deeds while conscious that Allāh is witnessing him, watching him, and Near to him. If the servant maintains an awareness of this while doing his deeds, he will be sincere to Allāh (mukhlis lillāh), because his awareness of this during the course of his deeds will prevent him from turning to anyone other than Allāh or intending anyone else by his deed.

The second of them is the station of al-mushāhadah. It is for the servant to perform deeds based upon his witnessing Allāh (تعالى) with his heart. It is for his heart to be illuminated with faith and for his insight to penetrate knowledge until the unseen becomes like the seen.”

This station of ihsān is only attainable by knowledge of Allāh which is gained by studying and understanding His Names, His Attributes, and His Actions.


Posted by: Abu Bakr

Waleed Shaalan- A Tribute to a Muslim Hero at Virginia Tech

Br. Waleed Shaalan, a student at VA Tech, died in the shooting rampage that occurred there.

Waleed Shaalan, a 32-year-old graduate student, came to the United States from northern Egypt last year to study engineering. He lived among other Egyptian students in Blacksburg, Va., and was planning on bringing his wife and one-and-a-half-year-old son to America in May to live with him.

He was gunned down on Monday while he was studying in Norris Hall, but witnesses say he died a hero.

According to Randy Dymond, a civil engineering professor at Virginia Tech, Mr. Shaalan was in a classroom with another student when the gunman entered and opened fire.

Mr. Shaalan was badly wounded and lay beside the other student, who was not shot but played dead, as the gunman returned two times searching for signs of life. Just as the gunman noticed the student, Mr. Shaalan made a move to distract him, at which point he was shot a second time and died. The student believed that Mr. Shaalan purposefully distracted the shooter to save him, Mr. Dymond said.

"Waleed was bright, energetic and caring," Mr. Dymond said. "The reason we are in higher education is because there are students who are the bright light to the future. Waleed was one of them."

Equally social and studious, Mr. Shaalan was active in the Muslim Student Association at Virginia Tech, and he especially enjoyed participating in the group's community activities.


http://topics.nytimes.com/top/reference/timestopics/people/s/waleed_shaalan/index.html

http://www.islamonline.net/discussione/thread.jspa?threadID=6984

Friday 20 April 2007

Akhirnya Kebaikan Yang Kujadikan Teman


Hatim Al-Asham mengungkapkan: “Aku lihat setiap orang itu memiliki teman tempat membuka rahsia dan berbagi rasa. Aku bertanya pada diriku sendiri: “ Siapa temanku ? “. Setiap teman dan saudara sudah kulihat sebelum mati. Aku ingin mencari teman yang akan kubawa sesudah mati. Maka aku mengambil kebajikan sebagai teman untuk menemaniku hingga hari kiamat nanti, turut bersamaku meniti titian Ash-Shirath, lalu menegakkan tubuhku di hadapan Allah SWT.

Alangkah bagusnya teman yang dipilih oleh Hatim, beliau memandang bahawa semua teman di dunia ini adalah teman semasa hidup, semasa kaya dan semasa memilki kemudahan. Setelah itu, mereka tidak bisa menjadi teman lagi dan tidak diperlukan lagi.


Sebahagian orang boleh mencari teman sebanyak-banyaknya dengan anggapan akan berguna bagi mereka dan akan menolong mereka. Tetapi semua itu akan terhenti dengan habisnya masa hidup. Setelah itu manusia akan kembali hidup sendiri, dipertanggungjawabkan apa yang telah diperbuat, dihisab terhadap dosa yang telah ia lakukan. Bahkan teman-teman yang dulunya akrab, masing-masing menjadi musuh yang lainnya di hari kiamat. Mereka saling mencaci dan saling melemparkan tuduhan kepada yang lain.


Terkecuali orang-orang yang bertaqwa dan berhati bersih, sebagaimana yang difirman oleh Allah SWT, yang ertinya: “ Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa “ (Az Zukhruf: 67 ).


Kerana itulah Hatim memilih teman yang abadi, yang tidak akan pernah berlari meninggalkannya dan tidak pernah binasa, serta tidak pernah berbalik haluan menjadi musuhnya, yang ternyata adalah amal kebajikan.


Itulah teman yang selalu memberikan manfaat kepada kita sesudah mati. Yang akan mengiringi kita diwaktu hisab, bahkan bisa menolong kita kala meniti Ash Shirath, untuk kemudian memberi ketetapan hati kita untuk menjawab pertanyan di hadapan Yang Maha Bijaksana.


MediaMuslim

TARBIYAH BERKESAN


Tarbiyah hanya berkesan
Pabila tarbiyah bisa mencecah jiwa
Bukan setakat fikiran..
Bukan setakat luaran..

Tarbiyah hanya berkesan
Bila hati direndahkan serendah-rendahnya untuk ditarbiyah
Tiada rasa ego, sombong, bongkak
Tiada rasa lebih dari orang lain
Bila hati dikosongkan dari segala yang menolak Al Haq
Bila hati dipenuhi keikhlasan hakiki
Bahan tarbiyah dirasakan terkena pada dirinya
Bukan terkena pada orang lain

Hati manusia
Ibarat kubu yang kukuh
Tidak dapat ditembusi
Melainkan dengan kehendak sendiri
Selepas izin Allah

Iman itu bersih
Perlukan wadah yang bersih
Islam itu indah
Perlukan penganut yang istiqamah

Jadikan segalanya tarbiyah..

Al Quran
Al Hadith
Al Maksurat
Ziarah Ulama
Nasihat Sahabat
Bacaan Buku fikrah
Halaqah
Majlis Ilmu
Solat Berjamaah
Puasa Sunat
Musafir
Khidmat Masyarakat
Infaq
Menuntut Ilmu
Mencari nafkah
Musibah
Perniagaan
Mesyuarat
Perkhemahan
Penulisan
Laman Web
Blog

Dan segalanya...
Adalah Tarbiyah

Rawasib Al-jahiliyah


Telah sekian lama kita ditarbiyah oleh sistem la-deeniyah
Amalan sekeliling, media massa, kawan rakan, sistem pendidikan
Memberi ransangan
Karat-karatnya telah melekat di hati
Karat-karatnya sekian banyak terendam dalam fikiran
Karat-karatnya telah menguasai tindakan

Setelah menerima tarbiyah
Rawasib jahiliyah ini perlu dibuang
Ia perlu diproses

Jiwa perlu diproses
Fikiran wajib diproses
Amalan fizikal mesti diproses

Kadang-kadang rawasib ini terkeluar
Dari hati kita
Dalam fikiran kita
Dalam amalan kita

Bila ia keluar
Kita perlu sedar
Itu rawasib yang harus dibuang

Kekesalan harus diikuti tindakan
Bertaubat kepada Ilahi
Mohon dipermudahkan oleh Allah
Bantuan doa dari Rabbi

Bukan mudah rawasib dibuang
Sekian lama terpendam dalam hati.. dalam fikiran.. dalam amalan
Jihad perlu diteruskan
Kehidupan di sini singkat lagi melalaikan
Kehidupan akhirat lebih utama

Rawasib perlu dibuang
Bolehkah kalau tanpa tarbiyah?
Mampukah jika tanpa murabbi?
Berjayakah andai.. tanpa biah solehah..tanpa sahabat..tanpa halaqah?

Marilah duduk untuk beriman sebentar
Menyerahkan hati untuk diproses
Membersihkan fikiran
Membetulkan tindakan

Wednesday 18 April 2007

Hakikat Redha


Rasulullah S.A.W. bersabda: "Jika seseorang Muslim berkata tiga kali pada petang dan pagi hari, 'Aku redha (rela) dengan Allah sebagai Rabb , dan dengan Islam sebagai Deen, dan dengan Muhammad sebagai Nabi dan Rasul', Allah pasti akan redha kepadanya di Hari Kebangkitan." ( Hadith Riwayat Ahmad dan Tirmizi)


Hadith di atas menggambarkan hakikat dari ridha secara comprehensive. Hadith di atas menyebutkan tiga keredhaan yang mana hal tersebut akan menjadikan Allah redha (puas) terhadap kita di akhirat nanti. Pertama, keredhaan (kerelaan) dengan Allah sebagai Rabb (Tuhan/Pencipta) kita. Yang kedua, keredhaan dengan Islam sebagai Deen (agama/jalan hidup) kita. Yang ketiga, keredhaan dengan Nabi Muhammad S.A.W. sebagai Nabi dan Rasul kita. Perkara keempat dari hadith tersebut di atas adalah menyebutkan hasil dari keredhaan kita, iaitu insyaAllah kita akan mendapatkan redha Allah S.W.T. di akhirat nanti.

1. Redha kepada Allah

Redha (rela/puas) dengan Allah sebagai Rabb kita adalah pada dasarnya puas terhadap semua ketetapan Allah (Qada' dan Qadar) dan apa-apa yang telah diciptakannya, baik itu bentuk wajah, bentuk tubuh, jenis kelamin, rezeki, lingkungan, kehidupan dan sebagainya. Satu contoh dari ketidakredhaan kita kepada Allah sebagai Rabb adalah ketika kita kecewa jika kita mendapat anak perempuan. Allah S.W.T. berfirman:

"Dan apabila seseorang dari mereka diberi khabar dengan (kelahiran) anak perempuan, hitamlah (merah padamlah) mukanya, dan dia sangat marah.." (An-Nahl 16:58)

Padahal semua yang Allah tetapkan atau ciptakan adalah mengandungi kebaikan. Boleh jadi kebaikan tersebut tidak mampu kita rasakan atau tidak kita ketahui, tetapi hanya Allah yang mengetahuinya. Allah S.W.T. berfirman: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah 2:216)

2. Redha kepada Islam

Redha terhadap Islam sebagai Deen (agama/jalan hidup) adalah pada hakikatnya redha kepada semua ajaran-ajaran Islam, baik itu merupakan cara beribadah maupun hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. dan menjalankannya dengan senang hati.

Apabila Islam mengajarkan kita untuk berpuasa, maka kita rela untuk berpuasa dengan senang hati. Apabila Islam mengajarkan bahawa hak warisan dari seorang wanita adalah setengah dari yang diberikan kepada lelaki, maka kita puas dengan ajaran tersebut walaupun ajaran tersebut (misalnya) bertentangan dengan keinginan kita. Allah berfirman:

"Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah, walaupun hal tersebut akan menentang (merugikan) dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu." (An-Nisa 4:135)

3. Redha kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Redha dengan Nabi Muhammad S.A.W. sebagai Nabi dan Rasul pada hakikatnya adalah redha bahawa Baginda S.A.W. adalah pembawa ajaran Deen Allah S.W.T dan mengikuti semua perintah, petunjuk, dan keputusan yang diberikan oleh Baginda S.A.W.

Allah S.A.W. berfirman: "Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya." (An-Nisa 4:65)

4. Keredhaan Allah S.W.T.

Perkara keempat dalam hadith yang dikutip di awal tulisan ini adalah tercapainya keredhaan Allah S.W.T. Tujuan semua amalan kita sehari-hari hendaklah ditujukan untuk mencapai redha Allah S.W.T. Dengan mendapatkan ridha Allah, insyaAllah kita akan mendapatkan kebahagian yang tidak terhingga. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: "Berbahagialah orang yang yang telah diberi petunjuk kepada Islam, rezekinya dicukupi dan Dia (Allah) redha kepadanya." (Hadih Riwayat Tirmizi)

Salah satu kebahagiaan yang akan kita dapatkan sebagai balasan dari keredhaan Allah S.W.T. kepada kita adalah syurga. Allah S.W.T. berfirman: "Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah Syurga Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah redha terhadap mereka dan mereka pun redha kepada-Nya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Tuhannya." (Al-Bayyinah 98:8)

Keredhaan Allah itu sendiripun merupakan kenikmatan dan kebahagiaan tersendiri yang akan kita dapatkan dalam syurga nanti, yang mana kenikmatan ini melebihi dari semua kenikmatan dari fasiliti-fasiliti yang ada dalam syurga. Dalam surah At Taubah ayat 72 yang menyebutkan bahawa mendapatkan keredhaan Allah adalah lebih besar dari kenikmatan syurga: "Allah menjanjikan kepada orang-orang yang mukmin lelaki dan perempuan, (akan mendapat) syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, kekal mereka di dalamnya, dan (mendapat) tempat-tempat yang bagus di syurga Adn. Dan keredhaan Allah adalah lebih besar; itu adalah keberuntungan yang besar." (At-Taubah 9:72)

Rasulullah S.A.W. juga menceritakan tentang kenikmatan ini dalam suatu hadith:

Diriwayatkan oleh Abu Said Al Khudri: Rasulullah S.A.W. bersabda, "Allah akan berkata kepada penghuni syurga, 'Wahai penghuni syurga!' Mereka akan berkata, 'Labbaik, wahai Tuhan kami, dan Sa'daik!' Allah akan berkata, 'Apakah engkau bahagia?' Mereka akan berkata, 'Bagaimana mungkin kami tidak bahagia, engkau telah memberikan kepada kami apa-apa yang tidak engkau berikan kepada ciptaanMu yang lain.' Allah akan berkata, 'Aku akan berikan sesuatu yang lebih baik dari (semua) itu.' Mereka menjawab, 'Wahai Tuhan kami, apakah yang lebih baik dari (semua) ini?' Allah akan berkata, 'Akan Aku anugerahkan keredhaanKu kepadamu sehingga Aku tidak akan pernah marah lagi setelah ini untuk selamanya.' " ( Hadith Riwayat Bukhari)

Semoga kita termasuk orang-orang yang selalu mencari keredhaan Allah S.W.T.

"Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya." (Al-Baqarah 2:207)

Yulianti Ismail