Thursday, 29 January 2009

MEYAKINI FIKRAH

Pertama-tama, hendaklah anda meyakini fikrah anda! Yakini fikrah anda sehingga ke tingkatan paling tinggi!


Jika itu anda lakukan, maka orang lain akan meyakini fikrah anda. Jika tidak begitu, maka fikrah anda hanya sekadar redaksi bahasa tanpa roh dan kehidupan.


Fikrah tidak dikatakan hidup selagi tidak menjelma di dalam roh manusia dan tidak menjadi makhluk hidup yang berjalan atas bumi dalam wujud manusia.


Seseorang tidak punya kewujudan jika tidak mengisi hatinya dengan fikrah yang ia yakini dengan hangat dan ikhlas.


Asy-Syahid Sayyid Qutb
Afraahu Ar-Ruuh

KEIKHLASAN

Hammad bin Yazid telah mengatakan dalam riwayatnya bahawa dahulu Ayyub bila menceritakan suatu Hadith, ia langsung tersentuh hatinya hingga air matanya keluar. Bila air matanya keluar, ia memalingkan mukanya seraya bersin dan mengatakan:"maaf, saya sedang selsema." Dia berpura-pura diserang influenza demi menyembunyikan air mata tangisannya.

Al-Hassan Al-Basri telah mengatakan:"Dahulu seorang lelaki (dari kalangan ulama salaf) bila duduk mengajar di majlisnya dan air matanya hendak keluar, dia berusaha untuk menahannya agar tidak sampai keluar. Akan tetapi, jika tidak tertahankan, dia akan bangun dan pergi, lalu menangis diluar majlisnya.

Muhammad bin Wasi' , salah seorang tabi'in, mengatakan bahawa dahulu seseorang menangis (setiap kali melakukan qiyamullail) selama 20 tahun, sedangkan isterinya sendiri tidak mengetahuinya.


Muhammad bin Soleh Al-Munajjid
Silsilah A'mal AlQulub

Wednesday, 28 January 2009

HAWA NAFSU

Sesungguhnya fitrah manusia tidak memungkiri adanya Al-Haq. Namun hawa nafsu menjadi penghalang di antara keduanya.

Hawa nafsulah yang menebar kesuraman, menghalangi penglihatan, dan mengaburkan arah tujuan...

Hawa nafsu tidak dapat disingkirkan dengan dalil-dalil. Dia hanya mampu dihalau dengan taqwa. Dia hanya dapat dinyahkan dengan rasa takut kepada Allah dan terus menerus muraqabah terhadap-Nya baik dalam keadaan sembunyi atau terang-terangan.



Abdullah Nasih Ulwan
Ruhaniyatud-Da'iyah

TUJUAN KEHIDUPAN

Imam Ar-Raghib Al-Ashfihani menyatakan;

Bahawa tujuan utama penciptaan makhluk ada tiga;
  • ibadah - "Dan tidaklah Kami ciptakan jin dan manusia kecuali untuk berubudiyah kepadaKu." (Adz-Dzariyat: 56).
  • khalifah - "...sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.." (Al-Baqarah: 30)
  • imarah - "... Dia yang menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu sebagai pemakmurnya..." (Hud: 61)

UMAT ISLAM

Jika orang-orang Yahudi telah bekerja untuk agama mereka dengan mendirikan negara,
Orang Nasrani telah bekerja untuk agamanya dengan mengadakan misi kristianisasi di mana-mana dengan mengeluarkan dana dalam jumlah yang amat besar,
Orang-orang komunis bekerja untuk ideologinya,
Sekarang tinggal umat Islam, apakah mereka mahu bekerja untuk agamanya ?


Dr. Yusof Al-Qardawi
Permasalahan Umat Islam Masa Kini

Tuesday, 27 January 2009

PETANDA KEBURUKAN

Seseorang datang kepada Al-Hasan Al-Basri, lalu bertanya kepadanya,” Wahai Abu Said, Qiyamullail membuatku keletihan dan aku tidak mampu lagi mengerjakannya.”
Al-Hasan Al-Basri berkata kepada orang itu,
Saudaraku, beristighfarlah kepada Allah dan bertaubatlah kepadanya, kerana sikapmu itu adalah petanda keburukan.”


Al Hasan al Basri
Ibnu Al-Jauzi

TAQWA

Syaidina Ali bin Abi Thalib:
"Taqwa itu takutkan Allah, beramal sesuai dengan wahyu, puas menerima sesuatu yang sedikit, dan bersiap diri menyongsong hari akhirat."

At-taqwa

BENCI KEMATIAN

Sulaiman bin Abdul Malik bertanya kepada Abu Hazim," Kenapa kita benci kematian?".
Abu Hazim menjawab, "Sebab kalian membangun dunia dan merosak akhirat. Akibatnya, anda tidak suka keluar dari pembanItalicgunan/dunia menuju kerosakan/akhirat."
Al-Mishbah Al-Mudhi'

Monday, 26 January 2009

KUALITI

Ketika Panglima Perang Qadisiyah meminta kepada khalifah Omar, 4000 mujahid untuk menguatkan pasukan yang ada di hadapan, beliau mengirimkan 4 orang mujahid.

Kehairanan mereka terjawab dengan surat yang dikirimkan:
"Kukirimkan kepadamu 4 mujahid yang setiap orang menyamai 1000".

Rahmat Abdullah
Dakwah Visioner