Friday, 20 April 2007

TARBIYAH BERKESAN


Tarbiyah hanya berkesan
Pabila tarbiyah bisa mencecah jiwa
Bukan setakat fikiran..
Bukan setakat luaran..

Tarbiyah hanya berkesan
Bila hati direndahkan serendah-rendahnya untuk ditarbiyah
Tiada rasa ego, sombong, bongkak
Tiada rasa lebih dari orang lain
Bila hati dikosongkan dari segala yang menolak Al Haq
Bila hati dipenuhi keikhlasan hakiki
Bahan tarbiyah dirasakan terkena pada dirinya
Bukan terkena pada orang lain

Hati manusia
Ibarat kubu yang kukuh
Tidak dapat ditembusi
Melainkan dengan kehendak sendiri
Selepas izin Allah

Iman itu bersih
Perlukan wadah yang bersih
Islam itu indah
Perlukan penganut yang istiqamah

Jadikan segalanya tarbiyah..

Al Quran
Al Hadith
Al Maksurat
Ziarah Ulama
Nasihat Sahabat
Bacaan Buku fikrah
Halaqah
Majlis Ilmu
Solat Berjamaah
Puasa Sunat
Musafir
Khidmat Masyarakat
Infaq
Menuntut Ilmu
Mencari nafkah
Musibah
Perniagaan
Mesyuarat
Perkhemahan
Penulisan
Laman Web
Blog

Dan segalanya...
Adalah Tarbiyah

Rawasib Al-jahiliyah


Telah sekian lama kita ditarbiyah oleh sistem la-deeniyah
Amalan sekeliling, media massa, kawan rakan, sistem pendidikan
Memberi ransangan
Karat-karatnya telah melekat di hati
Karat-karatnya sekian banyak terendam dalam fikiran
Karat-karatnya telah menguasai tindakan

Setelah menerima tarbiyah
Rawasib jahiliyah ini perlu dibuang
Ia perlu diproses

Jiwa perlu diproses
Fikiran wajib diproses
Amalan fizikal mesti diproses

Kadang-kadang rawasib ini terkeluar
Dari hati kita
Dalam fikiran kita
Dalam amalan kita

Bila ia keluar
Kita perlu sedar
Itu rawasib yang harus dibuang

Kekesalan harus diikuti tindakan
Bertaubat kepada Ilahi
Mohon dipermudahkan oleh Allah
Bantuan doa dari Rabbi

Bukan mudah rawasib dibuang
Sekian lama terpendam dalam hati.. dalam fikiran.. dalam amalan
Jihad perlu diteruskan
Kehidupan di sini singkat lagi melalaikan
Kehidupan akhirat lebih utama

Rawasib perlu dibuang
Bolehkah kalau tanpa tarbiyah?
Mampukah jika tanpa murabbi?
Berjayakah andai.. tanpa biah solehah..tanpa sahabat..tanpa halaqah?

Marilah duduk untuk beriman sebentar
Menyerahkan hati untuk diproses
Membersihkan fikiran
Membetulkan tindakan

Wednesday, 18 April 2007

Hakikat Redha


Rasulullah S.A.W. bersabda: "Jika seseorang Muslim berkata tiga kali pada petang dan pagi hari, 'Aku redha (rela) dengan Allah sebagai Rabb , dan dengan Islam sebagai Deen, dan dengan Muhammad sebagai Nabi dan Rasul', Allah pasti akan redha kepadanya di Hari Kebangkitan." ( Hadith Riwayat Ahmad dan Tirmizi)


Hadith di atas menggambarkan hakikat dari ridha secara comprehensive. Hadith di atas menyebutkan tiga keredhaan yang mana hal tersebut akan menjadikan Allah redha (puas) terhadap kita di akhirat nanti. Pertama, keredhaan (kerelaan) dengan Allah sebagai Rabb (Tuhan/Pencipta) kita. Yang kedua, keredhaan dengan Islam sebagai Deen (agama/jalan hidup) kita. Yang ketiga, keredhaan dengan Nabi Muhammad S.A.W. sebagai Nabi dan Rasul kita. Perkara keempat dari hadith tersebut di atas adalah menyebutkan hasil dari keredhaan kita, iaitu insyaAllah kita akan mendapatkan redha Allah S.W.T. di akhirat nanti.

1. Redha kepada Allah

Redha (rela/puas) dengan Allah sebagai Rabb kita adalah pada dasarnya puas terhadap semua ketetapan Allah (Qada' dan Qadar) dan apa-apa yang telah diciptakannya, baik itu bentuk wajah, bentuk tubuh, jenis kelamin, rezeki, lingkungan, kehidupan dan sebagainya. Satu contoh dari ketidakredhaan kita kepada Allah sebagai Rabb adalah ketika kita kecewa jika kita mendapat anak perempuan. Allah S.W.T. berfirman:

"Dan apabila seseorang dari mereka diberi khabar dengan (kelahiran) anak perempuan, hitamlah (merah padamlah) mukanya, dan dia sangat marah.." (An-Nahl 16:58)

Padahal semua yang Allah tetapkan atau ciptakan adalah mengandungi kebaikan. Boleh jadi kebaikan tersebut tidak mampu kita rasakan atau tidak kita ketahui, tetapi hanya Allah yang mengetahuinya. Allah S.W.T. berfirman: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah 2:216)

2. Redha kepada Islam

Redha terhadap Islam sebagai Deen (agama/jalan hidup) adalah pada hakikatnya redha kepada semua ajaran-ajaran Islam, baik itu merupakan cara beribadah maupun hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. dan menjalankannya dengan senang hati.

Apabila Islam mengajarkan kita untuk berpuasa, maka kita rela untuk berpuasa dengan senang hati. Apabila Islam mengajarkan bahawa hak warisan dari seorang wanita adalah setengah dari yang diberikan kepada lelaki, maka kita puas dengan ajaran tersebut walaupun ajaran tersebut (misalnya) bertentangan dengan keinginan kita. Allah berfirman:

"Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah, walaupun hal tersebut akan menentang (merugikan) dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu." (An-Nisa 4:135)

3. Redha kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Redha dengan Nabi Muhammad S.A.W. sebagai Nabi dan Rasul pada hakikatnya adalah redha bahawa Baginda S.A.W. adalah pembawa ajaran Deen Allah S.W.T dan mengikuti semua perintah, petunjuk, dan keputusan yang diberikan oleh Baginda S.A.W.

Allah S.A.W. berfirman: "Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya." (An-Nisa 4:65)

4. Keredhaan Allah S.W.T.

Perkara keempat dalam hadith yang dikutip di awal tulisan ini adalah tercapainya keredhaan Allah S.W.T. Tujuan semua amalan kita sehari-hari hendaklah ditujukan untuk mencapai redha Allah S.W.T. Dengan mendapatkan ridha Allah, insyaAllah kita akan mendapatkan kebahagian yang tidak terhingga. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: "Berbahagialah orang yang yang telah diberi petunjuk kepada Islam, rezekinya dicukupi dan Dia (Allah) redha kepadanya." (Hadih Riwayat Tirmizi)

Salah satu kebahagiaan yang akan kita dapatkan sebagai balasan dari keredhaan Allah S.W.T. kepada kita adalah syurga. Allah S.W.T. berfirman: "Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah Syurga Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah redha terhadap mereka dan mereka pun redha kepada-Nya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Tuhannya." (Al-Bayyinah 98:8)

Keredhaan Allah itu sendiripun merupakan kenikmatan dan kebahagiaan tersendiri yang akan kita dapatkan dalam syurga nanti, yang mana kenikmatan ini melebihi dari semua kenikmatan dari fasiliti-fasiliti yang ada dalam syurga. Dalam surah At Taubah ayat 72 yang menyebutkan bahawa mendapatkan keredhaan Allah adalah lebih besar dari kenikmatan syurga: "Allah menjanjikan kepada orang-orang yang mukmin lelaki dan perempuan, (akan mendapat) syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, kekal mereka di dalamnya, dan (mendapat) tempat-tempat yang bagus di syurga Adn. Dan keredhaan Allah adalah lebih besar; itu adalah keberuntungan yang besar." (At-Taubah 9:72)

Rasulullah S.A.W. juga menceritakan tentang kenikmatan ini dalam suatu hadith:

Diriwayatkan oleh Abu Said Al Khudri: Rasulullah S.A.W. bersabda, "Allah akan berkata kepada penghuni syurga, 'Wahai penghuni syurga!' Mereka akan berkata, 'Labbaik, wahai Tuhan kami, dan Sa'daik!' Allah akan berkata, 'Apakah engkau bahagia?' Mereka akan berkata, 'Bagaimana mungkin kami tidak bahagia, engkau telah memberikan kepada kami apa-apa yang tidak engkau berikan kepada ciptaanMu yang lain.' Allah akan berkata, 'Aku akan berikan sesuatu yang lebih baik dari (semua) itu.' Mereka menjawab, 'Wahai Tuhan kami, apakah yang lebih baik dari (semua) ini?' Allah akan berkata, 'Akan Aku anugerahkan keredhaanKu kepadamu sehingga Aku tidak akan pernah marah lagi setelah ini untuk selamanya.' " ( Hadith Riwayat Bukhari)

Semoga kita termasuk orang-orang yang selalu mencari keredhaan Allah S.W.T.

"Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya." (Al-Baqarah 2:207)

Yulianti Ismail

Tuesday, 17 April 2007

Bacon...

1. Bacon sandwiches could 'kill'
Monday, April 16, 2007
dari:


Taste of health?

Preservative chemicals in bacon, ham and salami may harm the lungs in the same way as emphysema, say scientists. Preservative chemicals in bacon, ham and salami may harm the lungs in the same way as emphysema, say scientists. Frequent consumption of cured meats can almost double the chances of developing chronic obstructive pulmonary disease (COPD), according to the US study.

The disease, which includes both chronic bronchitis and emphysema, is one of the most common lung conditions in the developed world. It may be the fourth most likely cause of death in middle-aged to elderly men.

In the UK, around 18% of men and 14% of women aged 40 to 68 are believed to have symptoms of COPD. The US researchers studied 7,352 individuals with an average age of 64.5. All had participated in the Third National Health and Nutrition Examination Survey, a major US health investigation conducted between 1988 and 1994.

Those who ate cured meat products 14 times or more a month were 1.93 times more likely to develop COPD as people who consumed none, the researchers found. They also performed more poorly in lung function tests.

Study leader Dr Rui Jiang, from Columbia University Medical Centre in New York, said: "Cured meats, such as bacon, sausage, luncheon meats and cured hams, are high in nitrites, which are added to meat products as a preservative, an anti-microbial agent and a colour fixative."Nitrites ... may cause damage to the lungs, producing structural changes resembling emphysema."

The chemicals are thought to generate reactive molecules that produce structural damage to lung tissue. Researchers found that high consumers of cured meats were also more likely to be male, of lower socio-economic status, to smoke and to have low intakes of fruits, vegetables and vitamins.

However, adjustment for these risk factors did not significantly change the findings, published today in the American Journal of Respiratory and Critical Care Medicine. "The observed association between cured meats and lung function was unlikely to be explained by potential dietary confounding factors reported in previous studies," said Dr Jiang.

Further studies of the link between dietary nitrite and COPD were needed, said the researchers.

2. Too much bacon 'leads to cancer'
Wednesday, November 29, 2006
dari:
http://www.metro.co.uk/news/article.html?in_article_id=27117&in_page_id=34

Bacon cause lead to cancer, claim scientists


Eating too much bacon can lead to bladder cancer, scientists have claimed. A new study suggests that people who ate bacon five times a week or more were nearly 60-percent more likely to become ill.

Those who eat skinless chicken frequently had a 52-percent greater risk of the disease, Dr Dominique S. Michaud of the Harvard School of Public Health reports. Some meat products contain nitrosamines, which are known to cause bladder cancer, Michaud and her team claim in the American Journal of Clinical Nutrition. But the studies that have attempted to investigate the meat-bladder cancer link have been small and most have not separated out the effects of different types of meat.

Michaud and her team looked at data for 47,422 men and 88,471 women participating in the Health Professionals Follow-Up Study and the Nurse's Health Study, respectively. Participants were followed for up to 22 years, during which time 808 developed bladder cancer. People who ate bacon and other processed meats frequently were also more likely to smoke and to take in more fat and fewer vitamins, the researchers found. They were also less likely to exercise.

The association between the total meat consumption and bladder cancer was not statistically significant. But those who ate bacon five or more times per week were 59-percent more likely to develop bladder cancer than those who never did. Also, men and women who ate chicken this often were 52-percent more likely to develop bladder cancer than those who never ate skinless chicken.

Compared with skinless chicken, cooked chicken with skin is known to contain a smaller amount of heterocyclic amines, carcinogenic compounds that form when meat is cooked at high temperatures, the researchers note.

The researchers suggest that nitrosamines, heterocyclic amines, or both are responsible for the health effects of bacon seen in the current study, but they note that their findings must be confirmed by other research teams before any conclusions can be made.


MARAH..


Suatu ketika, ada seorang anak lelaki yang bersifat pemarah. Untuk mengurangi kebiasaan marah sang anak, ayahnya memberikan sekantong paku dan mengatakan pada anak itu untuk memakukan sebatang paku di pagar belakang setiap kali dia marah ...


Hari pertama anak itu telah memakukan 48 paku ke pagar setiap kali dia marah ... Lalu secara bertahap jumlah itu berkurang. Dia mendapati bahawa ternyata lebih mudah menahan amarahnya daripada memakukan paku ke pagar.


Akhirnya tibalah hari di mana anak tersebut merasa sama sekali boleh mengendalikan amarahnya dan tidak cepat kehilangan kesabarannya. Dia memberitahukan hal ini kepada ayahnya, yang kemudian mengusulkan agar dia mencabut satu paku untuk setiap hari di mana dia tidak marah.


Hari-hari berlalu dan anak itu akhirnya memberitahu ayahnya bahawa semua paku telah tercabut olehnya. Lalu sang ayah menuntun anaknya ke pagar. "Hmm, kamu telah berhasil dengan baik anakku, tapi, lihatlah lubang-lubang di pagar ini. Pagar ini tidak akan pernah boleh sama seperti sebelumnya.


"Ketika kamu mengatakan sesuatu dalam kemarahan. Kata-katamu meninggalkan bekas seperti lubang ini ... di hati orang lain. Kamu dapat menusukkan pisau pada seseorang, lalu mencabut pisau itu ... Tetapi tidak peduli beberapa kali kamu minta maaf, luka itu akan tetap ada ... DAN luka kerana kata-kata adalah sama buruknya dengan luka fizikal..."


~Author Unknown

Berjiwa besar..


Suatu ketika, hidup seorang tua yang bijak. Pada suatu pagi, datang seorang anak muda yang sedang dirundung banyak masalah. Langkahnya lemah dan air muka yang ruwet. Tamu itu, memang tampak seperti orang yang tak bahagia. Tanpa membuang waktu, orang itu menceritakan semua masalahnya.

Pak Tua yang bijak, hanya mendengarkannya dengan saksama. Ia lalu mengambil segenggam garam, dan meminta tamunya untuk mengambil segelas air. Ditaburkannya garam itu kedalam gelas, lalu diaduknya perlahan. "Cuba minum ini, dan katakan bagaimana rasanya..", ujar Pak tua itu. "Pahit...Pahit sekali", jawab sang tamu, sambil meludah kesebelahnya.

Pak Tua itu, sedikit tersenyum. Ia lalu mengajak tamunya ini, untuk berjalan ke tepi telaga di dalam hutan dekat tempat tinggalnya. Kedua orang itu berjalan berdampingan, dan akhirnya sampailah mereka ke tepi telaga yang tenang itu. Pak Tua itu, lalu kembali menaburkan segenggam garam, ke dalam telaga itu. Dengan sepotong kayu, dibuatnya gelombang mengaduk-aduk dan tercipta riak air, mengusik ketenangan telaga itu. "Cuba ambil air dari telaga ini, dan minumlah. Saat tamu itu selesai mereguk air itu, Pak Tua berkata lagi, "Bagaimana rasanya?". "Segar.", sahut tamunya. "Apakah kamu merasakan garam di dalam air itu?", tanya Pak Tua lagi. "Tidak", jawab si anak muda.

Dengan bijak, Pak Tua itu menepuk-nepuk belakang si anak muda. Ia lalu mengajaknya duduk berhadapan, bersimpuh di samping telaga itu. "Anak muda, dengarlah. Pahitnya kehidupan, adalah layaknya segenggam garam, tak lebih dan tak kurang. Jumlah dan rasa pahit itu adalah sama, dan memang akan tetap sama.


"Tapi, kepahitan yang kita rasakan, akan sangat tergantung dari wadah yang kita miliki. Kepahitan itu, akan didasarkan dari perasaan tempat kita meletakkan segalanya. Itu semua akan tergantung pada hati kita. Jadi, saat kamu merasakan kepahitan dan kegagalan dalam hidup, hanya ada satu hal yang bisa kamu lakukan. Lapangkanlah dadamu menerima semuanya. Luaskanlah hatimu untuk menampung setiap kepahitan itu."

Pak Tua itu lalu kembali memberikan nasihat. "Hatimu, adalah wadah itu. Perasaanmu adalah tempat itu. Kalbumu, adalah tempat kamu menampung segalanya. Jadi, jangan jadikan hatimu itu seperti gelas, buatlah laksana telaga yang mampu meredam setiap kepahitan itu dan merubahnya menjadi kesegaran dan kebahagiaan." Keduanya lalu beranjak pulang. Mereka sama-sama belajar pada hari itu.

Adaptasi : Irfan Toni Herlambang

Monday, 16 April 2007

Dua Tempat Pemberhentian Hamba



Seorang hamba punya dua tempat
pemberhentian di hadapan Allah SWT.

Pertama, ketika ia salat di hadapan-Nya.

Kedua, ketika ia berdiri di hadapanNya di hari Kiamat.

Barangsiapa menunaikan hak tempat pemberhentian yang pertama
maka ia akan diringankan pada tempat pemberhentian yang kedua.

Dan barangsiapa yang meremehkan tempat pemberhentian ini
dan tidak menunaikan haknya maka Allah akan mempersulitnya
di tempat pemberhentian yang kedua.

Ibnul Qayyim