Tuesday, 1 May 2007

Is it what you were created for?

There was Ibrahim Ibn-Adham, who was a shallow young man, whose only concern was to have fun.
One day he bumped into an old man who took hold of his horse’s bridle and said with a reproaching tone, “Ibrahim, is that what you were created for, or is it what you were ordered to do?”

The old man’s words found their way to Ibrahim’s heart; from that moment on, he swore to live for the purpose behind his creation, for as Allah says what can be translated as, “And I (Allah) created not the jinn and mankind except that they should worship Me (Alone).” (Surah 51:56).

Ibrahim eventually became known as Ibrahim Ibn-Adham, the master of the followers of Islam.

Adab Menasihati

Al Imam Asy Syafii berkata dalam syairnya:
Sengajalah engkau memberi nasihat kepadaku ketika aku sendirian
Jauhkanlah memberi nasihat kepadaku di hadapan orang banyak
Kerana sesungguhnya nasihat yang dilakukan di hadapan manusia
Adalah salah satu bentuk memburuk-burukkan
Aku tidak redha mendengarnya
Apabila engkau menyelisihiku dan tidak mengikuti ucapanku
Maka janganlah kesal apabila nasihatmu tidak ditaati

Monday, 30 April 2007

HATI YANG LEMBUT (3)


Saudaraku Fillah,

Kelembutan hati merupakan satu nikmat, yang mana tidak terdapat di atas muka bumi ini nikmat yang lebih tinggi dari itu atau yang lebih daripadanya. Sesungguhnya apabila hati diharamkan dari mendapat nikmat kelembutan hati, manusia itu dijanjikan dengan azab Allah SWT.

Allah SWT berfirman (maksudnya): “Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu dia tetap berada dalam cahaya (hidayat petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata." ( سورة الزمر , Az-Zumar, Chapter 39, Verse 22)

Wail azab dan kehinaan yang tidak terhingga kepada hati yang keras daripada mengingati Allah SWT . Kenikmatan dan rahmat serta kebahagian dan kejayaan kepada hati yang tunduk dan khusyuk kepada Allah SWT.

Oleh itu, saudaraku fillah..apabila seseorang itu telah benar-benar beriman, maka ia akan berfikir; ‘Bagaimanakah untuk menjadikan hatiku ini hati yang lembut, apakah jalan untuk aku menjadi orang yang menerima anugerah ini supaya dengan itu aku akan menjadi kekasih Allah, wali dari auliya Allah SWT..yang tidak akan ada kerehatan, kebahagiaan dan keseronokan kecuali telah mengecap kasih dan mentaati Allah SWT.

Ia mengetahui, apabila ia tidak mendapat nikmat ini maka ia akan diharamkan daripada mendapat banyak kebaikan. Oleh itu berapa ramai daripada orang-orang yang melakukan kebaikan, dalam beberapa ketika, ia memerlukan kepada yang dapat melembutan hati mereka.

Keadaan hati amatlah hebat dan pelik..

Dan hati itu, keadaannya amatlah hebat dan sifatnya amatlah pelik. Suatu ketika ia amat sensitif kepada kebaikan. Ketika mana ia amat lembut sekiranya diminta agar ia menginfaqkan segenap hartanya demi kasih Allah SWT maka dia akan mampu melaksanakannya. Sekiranya diminta dirinya untuk berjihad di jalan Allah SWT maka dia akan bersedia untuk melakukannya dalam apa suasana sekalipun. Inilah saat di mana Allah SWT meniupkan ke dalam hati tersebut rahmat dan kasih sayangNya.

Di sana ada pula detik di mana hubungannya dengan Allah teruji..detik yang mana hati itu menjadi keras, jiwanya sakit lagi menderita. Selagimana ia bernama insan ia pasti akan melalui detik seperti ini. Malah ia mungkin menjadi keras sehinggakan lebih keras daripada batu..Na’uzubillahi min zalik !

BANGUN MALAM


Seorang soleh bernama Syeikh ‘Urfi pernah berkata ketika mengejutkan sahabatnya untuk bangun malam:

“Bangunlah. Awak akan tidur lama di akhir hayat nanti. Kita mesti bangun dan sujud di hadapan Allah; memuji-Nya dan mengucap syukur kepada-Nya atas segala ganjaran yang Dia kurniakan kepada kita.”

Kita Dan Masyarakat


Imam Hasan Al Banna:

“Ramai di kalangan saudara kita yang masih tertanya-tanya walaupun mereka adalah orang yang amat kita kasihi sepenuh jiwa raga kita. Malah kita serahkan segala tenaga, harta dan jiwa kita untuk kebaikan mereka. Kita bekerja demi kepentingan dunia dan akhirat mereka. Kita juga korbankan segala harta dan jiwa kita untuk matlamat ini. Matlamat untuk membawa kebahagiaan kepada ummah dan saudara-saudara kita. Kita ketepikan anak isteri kita demi mereka.

Alangkah besarnya harapan saya jika saudara-saudara yang masih tertanya-tanya ini melihat sendiri para pemuda Ikhwan al-Muslimin yang sentiasa berjaga malam ketika semua manusia sedang nyenyak tidur. Mereka bekerja berhempas pulas sedangkan mereka yang hanyut terus membuang masa.

Ada di antara mereka berada di pejabat daripada Asar hingga ke tengah malam bekerja dan berfikir bersungguh-sungguh. Begitulah selama sebulan dan apabila tiba akhir bulan dia menyerahkan pendapatannya untuk jamaah. Segala perbelanjaannya hanya untuk dakwah, hartanya adalah untuk mencapai matlamatnya. Segala geraklakunya seolah berkata kepada masyarakat yang tidak sedar pengorbanan yang dilakukannya itu:
Saya tidak pernah meminta ganjaran daripada kamu kerana pengorbanan ini. Segala ganjaran saya hanyalah daripada Allah.

Mengutamakan Orang Lain


Syaqiq Al-Balkhi bertanya kepada Ibrahim bin Adham, “Apa yang Anda ketahui tentang dunia?”

Ibrahim bertanya balik, “Kalau menurut Anda, bagaimana?”

Syaqiq menjawab, “Jika kami tidak mendapatkanya, maka kami harus bersabar. Dan jika mendapatkannya, maka kami harus bersyukur.”

Ibrahim bin Adham berkata, “Kalau seperti itu, maka anjing Balakh (sebuah kota di Afghanistan) pun melakukannya.”

Syaqiq bertanya, “Lalu, bagaimana menurut pendapat anda?”

Ibrahim menjawab, “Jika tidak mendapatkan dunia, kami bersyukur. Dan jika mendapatnya, kami itsaar (mengutamakannya untuk orang lain).”

HATI YANG LEMBUT (2)

Siapakah yang berkuasa melembutkan hati..?

Siapakah yang memberikan kepada kamu hati yang lembut dan rasa ketundukan kepadaNya? Dan siapakah pula yang memuliakannya dengan menghadirkan kekhusyukan kepadanya..juga sifat pergantungan kepada Tuhannya..? Siapakah pula yang mana sekiranya Dia kehendaki, Dia akan memalingkan hati itu dengan kehendakNya. Ada ketikanya pula dalam suatu masa, hati yang keras akan menjadi selembut-lembut hati apabila berhadapan dengan ayat-ayat dan peringatanNya...? Siapakah Dia?

Maha Suci Tuhan yang tidak ada Tuhan yang disembah melainkan Dia, yang mana hati manusia itu terletak di antara dua jemariNya. Dia berkuasa memalingkannya sebagaimana kemahuanNya. Seorang hamba yang paling keras hatinya, teramat jauh dia dengan rahmat Allah.. tiba-tiba datang suatu detik yang amat hebat, yang didalamnya dikembalikan Iman kepada hati yang hitam tersebut untuk ia memilih dan membersihkan manusia empunya hati tersebut. Siapakah Dia?

Hanya dengan sedetik waktu..

Sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah SWT yang membawa manusia daripada penderitaan kepada kebahagiaan, daripada orang yang mempunyai hati yang keras kepada orang yang mempunyai selembut-lembut hati..selepas keadaan hati itu gersang, yang ketika tersebut hati tidak langsung mengenal makruf dan tidak pernah lari daripada kemungkaran. Hati itu hanya mengambil panduan dari hawa nafsunya..tiba-tiba dia menuju Allah SWT dengan hati yang terbuka.

Hati yang suatu ketikanya merasa angkuh dengan hukum Allah SWT dan anggota tubuhnya mengikuti keangkuhan itu..hanya dengan sedetik waktu, berubah keadaannya menjadi baik. Kebaikan menjadi kesudahan dan tempat kembalinya. Hati itu telah berubah sehingga ia menjadi orang yang dapat melihat kebenaran, tahu kemana ia hendak mengorakkan langkah dalam perjalanan.