Thursday, 3 May 2007

SIAPA KITA?


Firman Allah SWT:

"Hai manusia! apakah yang telah memperdayakan kamu (dengan berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang telah menciptakan kamu dan menyempurnakan kejadiaan kamu dan menjadikan (susunan tubuh) kamu seimbang dalam bentuk apa sahaja yang dikehendaki. Dialah yang menyusun tubuhmu.”- Surah al-Infithar: ayat 6-8.

“Wahai manusia! Siapakah kamu?”

Kamu ialah satu penciptaan Allah SWT dan satu tiupan suci dari sisi Allah SWT. Allah SWT menjadikan kamu dengan kekuasaan-Nya. Ditiup-Nya ke dalam diri kamu dengan ruh dari sisi-Nya. Dimuliakan kamu daripada seluruh makhluk-Nya yang lain. Seluruh malaikat telah sujud kepadamu. Allah SWT telah mengajar kepadamu segala sesuatu. Diletakkan di bahu kamu amanah, lantas kamu memikulnya. Dilimpahkan ke atas kamu nikmat-nikmat dari sisi-Nya baik yang zahir mahu pun batin. Dijadikan untuk kamu seluruh isi langit dan bumi. Dimuliakan kamu dengan setinggi-tinggi kemuliaan. Diciptakan kamu dengan sebaik-baik penciptaan. Dipersiapkan kamu dengan sesempurna persiapan. Diberikan kepadamu pendengaran, penglihatan dan hati. Dijelaskan kepadamu dengan dua jalan (yang buruk dan yang baik) dan ditunjukkan kepada kamu dua persimpangan. Dipermudahkan kepada kamu dalam membuat pilihan terhadap jalan-jalan itu. Dengan izin-Nya dan penciptaan-Nya, kamu dapat terapung di air dan terbang di udara bahkan dapat memecahkan atom-atom. Dengan fikiran dan kemampuan kamu, kamu dapat melampaui lapisan-lapisan awan dan langit (serta bumi).

Lantaran itu adakah lagi penciptaan dan kejadian yang lebih mulia, lebih suci dan lebih agung daripada penciptaan Rabbani ini?

Seterusnya hidup kamu yang singkat di dunia tidak akan terhenti setakat ini sahaja. Kamu akan dihidup dan dibangkitkan kembali. Kamu akan dihimpunkan semula. Kamu akan menempuh hidup baru dengan penuh kemuliaan di dalam satu negeri yang penuh dengan kenikmatan dan kebaikan, dengan syarat kamu mengerti rahsia kamu dijadikan dan seterusnya kamu beramal dengan penuh keikhlasan semata-mata kerana Allah SWT, al-Ma’bud, al-Khaliq.

Firman Allah SWT:

“Tidak Aku jadikan jin dan manusia malainkan untuk pengabdian kepada-Ku. Aku tidak mengkehendaki rezki sedikitpun daripada mereka dan Aku tidak mengkehendaki supaya mereka memberi Aku makan.”
- Surah az-Zariyat: ayat 56-57.

Kematian yang kamu bimbang dan takuti itu tidak lain melainkan hanyalah satu perpindahan dari hidup di dunia kepada kehidupan yang satu lagi.

Firman Allah SWT:

“Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan senda gurau dan mainan belaka. Dan sesungguhnya akhirat itulah sebenarnya kehidupan, jika mereka mengetahui.”- Surah al-Ankabut: ayat 64.

Jasad kamu tidak lain adalah seolah-olah satu sangkar dan jiwa kamu terkurung di dalamnya. Seolah-olah ia adalah satu pakaian terhadap jiwa kamu sehingga sampai kepada satu ketika di mana kamu menemui kematian. Semoga Allah S.W.T. merahmati orang-orang ‘Arif yang berkata:

Akulah burung dan inilah sangkarku (jasadku),
Bila ku terbang darinya, tinggallah ia terkatung-katung,
Pakaian adalah masa,
Kini ku merindui pulang,
Dapat ku bertemu Allah dengan sebenarnya,
Jangan kau kira maut itu adalah kesudahan,
Bahkan hanyalah dari sini (dunia) ke sana (akhirat).


Hasan Al Banna

DOSA


Thabit bin Qurrah berkata:
“Kerehatan badan bergantung kepada kurangnya makan. Kerehatan jiwa bergantung kepada kurangnya melakukan dosa. Kerehatan lidah bergantung kepada kurangnya bercakap. Dosa bagi hati umpama racun bagi badan. Justeru itu dosa yang dilakukan seseorang umpama meminum racun. Jika dosa itu tidak membinasakan jiwa secara menyeluruh, maka ia akan melemahkan jiwa. Jiwa yang lemah tidak lagi mampu melawan penyakit, sama seperti badan yang lemah tidak mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik.”


Abdullah bin Mubarak berkata:
“Saya dapati dosa itu mematikan jiwa manakala melakukan dosa hingga sampai ke peringkat ketagih akan mewarisi kehinaan. Meninggalkan dosa bermakna menghidupkan hati. Oleh itu adalah baik bagi kamu agar menderhakai dosa.”

Wednesday, 2 May 2007

MEMBENTUK UMMAH ISLAMIYAH DENGAN KAEDAH YANG SAHIH

Model Pembentukan Ummah

Orang mukmin mempunyai model yang tidak boleh dipertikaikan lagi dalam kerja-kerja pembentukan masyarakat dan pembinaan ummah. Model ini telah dizahirkan oleh Allah SWT pada generasi awal pimpinan Rasulullah SAW atau lebih dikenali sebagai Generasi al-Quran.

Kita perlu melalui jalan yang telah dilalui oleh Rasulullah SAW. Rasulullah SAW memulakan dakwah dengan menyemai ‘Aqidah Tauhid dalam jiwa pengikut-pengikutnya. Rasulullah SAW mendidik mereka di Dar al-Arqam dengan santapan dan hidangan al-Quran. Dari Madrasah Rasulullah SAW ini, lahirlah Rijal ‘Aqidah yang sanggup berjihad dan berkorban demi membina Ummah Islamiyyah.

Rasulullah SAW telah membangunkan Ummah Islamiyyah pertama di atas asas-asas ‘Aqidah Solehah, ‘Ibadah Sohehah dan akhlak yang teguh.

‘Aqidah Melahirkan Wehdah Dan Segala Kekuatan Yang Lain

Setelah terbina kekuatan ‘Aqidah Tauhid maka terbentuklah kekuatan Ukhuwwah dan Wehdah (kesatuan). Rasulullah SAW telah mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar dengan ikatan Ukhuwwah Islamiyyah. Setelah itu Rasulullah SAW mencari punca-punca kekuatan yang lazim dan perlu bagi melancarkan jihad selanjutnya. Dengan itu terbentuklah asas yang kukuh atau tapak yang kuat untuk berdirinya Daulah Islamiyyah di Madinah al-Munawwarah.

Inilah model yang sepatutnya menjadi contoh utama orang-orang mukmin dalam usaha membentuk Ummah Islamiyyah. Firman Allah SWT:
“Adalah bagi diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik bagi mereka yang mengharapkan Allah serta Hari Akhirat dan banyak mengingati Allah.” - Surah Al Ahzab: ayat 21

Perlunya Kepada Jalan Yang Sama

Tiada jalan lain lagi melainkan jalan ‘Aqidah atau Iman untuk membina kembali Ummah Islamiyyah. Jika di permulaan Islam dahulu Iman telah menjadi tenaga pembangunannya, Iman juga mesti menjadi tenaga pembangun di zaman kebelakangan ini

Tuesday, 1 May 2007

HUBUNGAN DENGAN ALLAH


Syeikh Abdurrahman As-Sa’ati, ayah Imam Syahid Hasan Al-Banna mengisahkan kehidupan anaknya ketika berada di rumah:

“Di antara akhlaknya adalah menghindari dari orang banyak dan hanya menyendiri bersama Rabbnya, tidak ada yang tahu selain keluarga dekatnya saja. Di rumahnya – Allah yang menjadi saksi - tidak pernah lepas dari mushaf, tidak berhenti membaca, tidak pernah lalai dari zikir, ia membaca Al-Qur’an, memperdengarkan bacaannya kepada salah seorang hafiz di antara kami. Jika tidak ada seorang hafiz kecuali anak kecil, ia pun muraja’ah hafazannya dengan anak itu.

Rumahnya penuh dengan bacaan Al-Qur’an, sujud, larut dalam zikir, dan mendaki ke ketinggian langit kerohanian. Ketika ia tahu cara Nabi membaca Al-Qur’an maka ia praktikkan, termasuk waqaf-waqaf di mana Rasulullah berhenti, ia pun berhenti. Terkadang badannya bergemetar, hatinya penuh ketakutan, gelisah pada ayat-ayat ancaman, terhadap ayat-ayat gembira ia berbinar-binar, jauh dari suasana di mana ia hidup, jauh terbawa makna ayat-ayat itu.”

HATI YANG LEMBUT (4)


Sesungguhnya di sana ada asbab yang menjadikan hati itu menjadi lembut dan ada asbab yang menyebabkan hati itu keras. Allah SWT telah memberi petunjuk tentang hal ini di dalam KitabNya yang suci.

1. Iman kepada Allah

Tidaklah hati itu menjadi lembut, kecuali dengan sebab yang paling besar iaitu dengan Keimanan kepada Allah SWT. Apabila seseorang hamba itu telah mengenali Tuhannya dengan nama-nama serta sifat yang layak bagiNya, maka hati itu akan menjadi lembut di sisiNya. Dia akan patuh ketika berhadapan dengan hukum Allah SWT. Ketika datang kepadanya ayat-ayat dari kitabullah dan apabila datang kepadanya hadith dari Rasulullah SAW, ia akan mengatakan ‘Kami dengar dan kami patuh, sesungguhnya kami amat mengharapkan keampunanMu, wahai Tuhan kami. Maha Suci Engkau dan kepadaMulah kami akan kembali’.

Apabila seorang hamba itu mengenali Allah SWT dengan segenap namaNyayang baik, dengan sifatNya yang hebat, yang pad tanganNya segenap perbendaharan – kamu akan melihatnya berlumba-lumba kepada kebaikan. Dia merupakan seoang di kalangan manusia yang benar-benar memusuhi jahiliyah.

Maka sebesar-besar sebab yang menyebabkan hati itu lembut kepada Allah SWT dan tunduk dengan kehebatanNya ialah Ma’rifatullah. Apabila hamba itu mengenali Tuhannya dan mengetahui bahawa tiada benda pun di alam ini kecuali semuanya berzikir kepada Allah SWT maka ia akan mengingati Tuhannya pada ketika pagi dan petang. Dia akan mengingati Tuhannya yang Agong, dia akan mengingati nikmat dan rahmat, yang datangnya daripada Al-Halim dan Al-Karim. Dia mengingati tentang kebaikan dan keburukan dan yang mana semua urusannya terletak pada Allah SWT. Maka sesiapa yang mengenali Allah SWT akan lembutlah hatinya kerana takut kepada Allah SWT. Begilah juga sebaliknya.

Apabila kamu mendapati hati yang keras maka kamu akan mendapati bahawa hamba itu adalah sejahil-jahil hamba terhadap Tuhannya. Ia amat jauh daripada merasai kehebatan Allah SWT dan merasai azab Allah SWT yang pedih. Ia merupakan orang yang paling jahil terhadap nikmat Allah SWT dan kasih sayangNya hinggakan kamu akan melihat sebahagian dari manusia yang berhati keras itu mudah berputus asa dari rahmat Tuhannya dan paling jauh denganNya.

Apabila manusia tidak mengenali Tuhannya, dia akan rasa angkuh dengan batasan yang Allah gariskan. Angkuh dengan apa yang diharamkan oleh Allah SWT. Dia tidak tahu sesuatu apa pun pada malam dan siang kecuali kefasikan dan fujur. Inilah yang diketahuinya dalam kehidupan dan inilah sahaja yang dikira olehnya sebagai matlamat kewujudannya dan hari depannya.

Wahai saudaraku, Ma’rifatullah adalah merupakan jalan untuk mendapat hati yang lembut. Oleh itu, setiap ketika kamu melihat manusia yang memanjangkan pengajaran dan memanjangkan berfikir terhadap kekuasaan Allah SWT – kamu akan mendapati dalam hati itu ada kelembutan. Kamu juga akan melihat hati itu padanya ada kekhusyukan dan ada rasa kehambaan terhadap Allah SWT.

Is it what you were created for?

There was Ibrahim Ibn-Adham, who was a shallow young man, whose only concern was to have fun.
One day he bumped into an old man who took hold of his horse’s bridle and said with a reproaching tone, “Ibrahim, is that what you were created for, or is it what you were ordered to do?”

The old man’s words found their way to Ibrahim’s heart; from that moment on, he swore to live for the purpose behind his creation, for as Allah says what can be translated as, “And I (Allah) created not the jinn and mankind except that they should worship Me (Alone).” (Surah 51:56).

Ibrahim eventually became known as Ibrahim Ibn-Adham, the master of the followers of Islam.

Adab Menasihati

Al Imam Asy Syafii berkata dalam syairnya:
Sengajalah engkau memberi nasihat kepadaku ketika aku sendirian
Jauhkanlah memberi nasihat kepadaku di hadapan orang banyak
Kerana sesungguhnya nasihat yang dilakukan di hadapan manusia
Adalah salah satu bentuk memburuk-burukkan
Aku tidak redha mendengarnya
Apabila engkau menyelisihiku dan tidak mengikuti ucapanku
Maka janganlah kesal apabila nasihatmu tidak ditaati