Monday, 16 April 2007

Fakta survey: hanya 10% ke gereja setiap minggu di UK

The number of people in Britain going to church is falling rapidly and only one in 10 adults attends church weekly even though 53 percent of adults or 26.2 million people in the United Kingdom identify themselves as Christian.

A survey, “Churchgoing in the UK Today,” by Christian relief and development agency Tearfund, said this reflects a drop of 20 percent in weekly church attendance from a similar survey conducted six years ago. The survey shows that 7.6 million adults go to church each month. One in four (12.6 million) attend at least once a year.

+ Ecumenical News International, PO Box 2100, CH - 1211 Geneva 2, Switzerland

Berikut dipaparkan gambar sebuah gereja yang kini adalah sebuah masjid di Dixon Avenue, Glasgow, Scotland. Gambar-gambar ini diambil semasa mengunjungi seorang sahabat di sana baru-baru ni..

Menasihati dengan Penuh Kasih Sayang

Diriwayatkan oleh Sufyan As-Sauri r.h bahawa Abu Dzar r.a berdiri di sisi Kaabah seraya berkata : '' Wahai Manusia, saya adalah Jundab Al-Ghifary Sahabat Rasulullah saw, kemarilah kalian untuk menemui saudara kalian yang menasihati dengan penuh kasih sayang.''

Maka tatkala mereka berkumpul disekelilingnya, Abu Dzar bertanya: ''Bukankah kalian tahu bahawa jika salah satu di antara kalian ingin berpergian maka dia akan mempersiapkan bekal yang layak baginya dan menyampaikannya ke tempat yang ia tuju?''

Mereka menjawab: ''Benar, memang demikian seharusnya wahai Abu Dzar.''

Abu Dzar pun berkata: ''Jika demikian, maka ketahuilah bahawa perjalanan di hari kiamat lebih jauh dari apa yang kalian tuju di dunia ini, maka ambillah bekal yang dapat menyelamatkan kalian.''

Mereka bertanya: ''Apakah bekal yang layak kami persiapkan untuk perjalanan tersebut wahai sahabat Rasulullah saw?''

Beliau menjawab: ''Berhajilah kalian untuk menghadapi urusan yang agung, berpuasalah kalian di hari yang panas untuk menghadapi lamanya berdiri di padang Mahsyar dan salatlah dua rakaat di kegelapan malam kerana kubur itu menakutkan.''

Mereka berkata: ''Semoga Allah membalas kebaikanmu wahai Abu Dzar, tambahkanlah nasihat anda untuk kami.''

Lalu beliau menambahkan: ''Berkatalah dengan ucapan yang baik dan jangan keluarkan ucapan buruk untuk menghadapi saat bersendirian di padang Mahsyar, bersedekahlah dengan hartamu, agar kalian selamat dari kesusahan di hari tersebut.''

Mereka berkata: ''Alangkah bagusnya nasihat anda wahai sahabat Rasulullah, teruskanlah nasihat ini!''

Beliau melanjutkan: ''Jadikan dunia untuk majlis dua perkara, majlis untuk memburu akhirat dan majlis untuk mencari yang halal. Adapun yang ketiga, akan mendatangkan kemudharatan dan tiada memberikan manfaat bagimu. Jadikan harta milikmu menjadi dua bahagian. Bahagian pertama sebagai nafkah yang halal bagi keluargamu dan bahagian kedua untuk bekal akhiratmu, selain itu akan mendatangkan mudharat bagimu dan tidak akan memberikan manfaat padamu.'' Wahai manusia, boleh jadi rasa tamak dapat membunuhmu sedangkan kamu tidak mampu mencegahnya.''

Haakadza.. Tahaddatsas Salaf , Dr. Musthafa Abdul Wahid

Senyumlah ...

Dari : MediaMuslim.Info

Tertawa sewajarnya merupakan ubat kecemasan dan pelipur kesedihan. Dalam senyum terdapat kekuatan yang menakjubkan dalam menggembirakan jiwa dan menyenangkan hati, sehingga Abu Darda berkata: "Sesungguhnya aku akan tertawa hingga hatiku akan terhibur."

Tertawa merupakan puncak keceriaan, kelegaan dan keriangan, asalkan tidak berlebihan, dengan sewajarnya, dan tidak di maksudkan mengejek atau mencemuh: "Jangan terlalu banyak tertawa, kerana terlalu banyak tertawa akan mematikan hati."

Hakikatnya, Islam adalah agama yang dibangun atas dasar keseimbangan dan keadilan, baik dalam hal akidah, ibadah, akhlak, maupun tingkah laku. Oleh kerana itu, janganlah anda masamkan raut muka anda sehingga menakutkan orang yang melihat. Jangan pula anda tertawa terbahak – bahak. Akan tetapi, tampilkanlah wajah yang tenang, selalu berseri dan enak dipandang, sehingga menyenangkan orang yang memandang.

Kalau kita diminta memilih antara harta yang banyak atau jawatan terhormat atau jiwa yang tenang penuh keceriaan, tentu anda akan memilih yang ketiga. Apa ertinya harta jika jiwa penuh kemuraman? Apa ertinya pangkat dan jawatan jika jiwa terkekang? Apa ertinya kecantikan isteri bila ia selalu masam dan menjadikan suasana rumah seperti neraka? Sungguh lebih baik seribu kali ganda isteri yang tidak terlalu cantik tetapi mampu menciptakan suasana rumah bagai syurga.

Senyum yang tampak secara lahir tidak akan bernilai bila muncul dengan pura – pura dan untuk menutupi seseorang yang berperangai menyimpang. Lihatlah bunga juga tersenyum; hutan tersenyum; dan lautan, sungai, langit, bintang, burung, semuanya tersenyum. Senyum mereka itulah senyum yang tulus.

Jiwa yang senantiasa tersenyum akan melihat kesulitan dengan nyaman sambil berusaha mengatasinya. Jika mereka melihat sebuah persoalan, mereka tersenyum dan tetap tersenyum ketika mampu mengatasinya. Sebaliknya, jiwa yang muram akan akan melihat kesulitan dengan kesedihan. Bila menemui kesulitan, ia akan menghindar atau membesar-besarkannya, semangatnya melemah dan berandai andai dengan kata-kata "kalau", "bila", dan "jika".

Betapa kita amat memerlukan senyuman, keceriaan wajah, kelapangan dada, kemurahan hati, kelemahlembutan, dan keramahan. "Sesungguhnya Allah SWT telah mewahyukan kepadaku (Rasulullah SAW) agar kalian bersikap tawadhu' hingga tidak ada seorang pun yang berbuat zalim terhadap orang lain."

Evening Of Inspiration


Minggu lepas kebetulan semasa singgah di UK sempat menyaksikan konsert Evening Of Inspiration kat Royal Albert Hall, London. Konsert ini dianjurkan oleh Islamic Relief UK dan membariskan beberapa artis dan kumpulan nasyid ternama seperti Dawud Warnsby Ali, Hamza Robertson, Imad Rami, Zain Bikha, Mohammed Amer dan Outlandish. (Kumpulan Raihan dari Malaysia pernah terlibat pada tahun 2005)

Ada beberapa perkara menarik yang sempat dicatatkan:

  • Bilangan penonton sekitar 5000 orang yang hampir memenuhi Royal Albert Hall. Yang tinggal hanya lokasi yang agak terlindung.
  • Alat muzik yang digunakan sangat sederhana tapi mampu membangkitkan kepuasan kepada penonton.
  • Konsert dihentikan apabila masuk waktu maghrib dan dewan menjadi lengang kerana kebanyakan penonton lelaki dan wanita menunaikan solat berjamaah dalam Royal Albert Hall.

  • Persembahan humor bersahaja oleh comedian Mohammed Amer dari USA membuatkan penonton begitu enjoy. (..He said: Allah made me funny!)

  • Kutipan derma yang dikumpulkan pada malam itu melebihi £100,000.

  • Konsert tersebut disiarkan secara langsung melalui siaran TV Islamic Channel.

  • Penonton bukan dari kalangan orang Islam sahaja. Kalangan Non-Muslim turut hadir.

Beberapa link berkaitan:

Thursday, 5 April 2007

Aku dan Peta



Aku dan Peta
Berbekal sebuah peta
Hajatku ke Mosquee De Paris

Peta tanpa destinasi
Apalah diri


Mulanya perlu kutentukan locationku
Baruku tahu arah perjalanan
Dibelakangku Centre Cultural Pompidu
Mengadap jauh ke Musee Du Louvre


Peta tanpa lokasi
Tiada erti



Kucari Rue Saint-Martin
Akhirnya kutemui
Baru kutahu
Arah tujuan

Kiri kanannya
Pelbagai kedai le souvenir
Menambat hati
Kusinggah seketika
Kedai milik asalnya Kemboja
Buat hadiah
Rakan dan kerabat



Kulintasi jambatan R. De La Cite
Diriku menjadi keliru
Landmark yang kucari tidak ditemui
Cuba kusoal
English...tidak dilayani
Excusez-moi, s’il vous plait.. Excuse me, please !
Ou est Quai Aux Fleus?..Where is Quai Aux Fleus Street?
Pouves-vous me montrer sur la carte?.. Can you show me on the map?
Continuez tout droit..tournez a gouche.. keep going straight ahead..then turn left
Merci beaucoup..thanks very much
De rien.. don't mention it

Peta tak difahami
Tiada makna

Kutelusuri Quai Aux Fleus
Kutemui di kananku Notre Dame
Kulihat di kiriku Pt St Louis
Kini aku yakini

Peta tanpa landmark
Penuh keliru




Kubeluk kiri
Melalui Quai De La Tournelle
Terus ke Quai Saint Bernard
Menyusuri Seine
Melalui Universite de Paris


Kutilik waktu
Masa yang ada sudah tidak berbaki
Hajatku ke Mosquee De Paris
Tidak kesampaian

Peta tanpa masa
Leburlah destinasi

Hari ini
Baru kuinsafi
Harga peta
Bagi kehidupan


"Dan inilah jalanKu yang lurus maka ikutilah ia. Janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain kerana jalan-jalan itu memisahkankan kamu dari jalanNya".

Wednesday, 4 April 2007

Dr.Ang Swee Chai


Dr Ang Swee Chai talking at a London Mosque.
(Out of respect for Islam she wore a head scarf in the Mosque)


Doakan semoga Allah beri hidayah. Rasulullah saw pernah berdoa supaya omarain (dua omar) dikurnia hidayah oleh Allah yang akhirnya Syaidina Omar r.a menerima Islam walaupun mulanya sangat membenci Islam.


FROM BEIRUT TO JERUSALEM

EYE-WITNESS TO SABRA-SHATILA MASSACRE

"The slaughter of unarmed children, women, the aged and the infirm was shocking. For me, I was doubly outraged that I had to discover the truth about a brave and generous people only through their deaths. Until then, I never knew Palestinian refugees existed. As a fundamentalist Christian, I had been a supporter of Israel, hated Arabs and saw the Palestinian Liberation Organisation as terrorists to be loathed and feared."


Extract from the back cover of her book "From Beirut To Jerusalem"




Dr Ang Swee Chai grew up supporting Israel. Arabs, she was told, were terrorists. But in 1982, on the television she saw the relentless bombing of Beirut by Israeli planes. Shocked, her view of Israel began to change. It was then that she heard of an international appeal for an orthopaedic surgeon to treat war victims in Beirut. The petit woman - she was just under 1.5 meters - resigned her job in London, bade her husband farewell and set out on a journey to civil war Beirut, there she was to eye-witness the Sabra-Shatila massacres*.


With her husband Francis Khoo, and some friends, Dr Ang Swee Chai helped to form the British charity, Medical Aid for Palestinians (MAP), following the 1982 Sabra-Shatila massacres. In 1987, PLO chairman Yasser Arafat awarded Dr Ang Swee Chai the "Star of Palestine" the highest award for service to the Palestinian people.


In her talk, given at a West London Mosque on 10th December 2004, she shares with us some of her experiences of Lebanon and Palestine. Many of the slides she uses in her talk are reproduced below with relevant captions and a time code so that you may follow the slides with the audio.


We thank Dr Ang Swee Chai for her talk, all slides are copyright Dr Ang Swee Chai as are the extracts we have quoted from her book 'From Beirut To Jerusalem', we also like to thank Mehfil-E-Ali for their help. Any additional images used that were not part of the original presentation are marked [+] . Any additional reporting is ours and we alone are responsible for it.

* Sabra-Shatila Massacre: In September 1982, just a few weeks after the Palestinian men had surrendered their weapons under an internationally brokered peace deal, and were deported from Beirut leaving their families under the protection of an international peace keeping force, the Israeli army invaded Beirut, violating the peace treaty, and some 3000 defenceless Palestinian women and children were rounded up in the refugee camps of Sabra and Shatila and systematically murdered in cold blood. (For a repeat of this tragedy see Srebrenica in 1995 - only that time it was 8000 Muslim men who were slaughtered after they had handed their weapons to the UN forces who had guaranteed them a "safe haven").

Tuesday, 3 April 2007

Mencari Sebuah Masjid




Aku baru balik dari perantauan. Semasa di sana, aku cuba mencari sebuah masjid. Namun tidak berjumpa akibat kesuntukan masa. Sebagai penyejuk hati, kuperturunkan sebuah puisi nukilan
Taufik Ismail

Mencari Sebuah Masjid

Aku diberitahu tentang sebuah masjid
yang tiang-tiangnya pepohonan di hutan
fondasinya batu karang dan pualam pilihan
atapnya menjulang tempat tersangkutnya awan
dan kubahnya tembus pandang, berkilauan
digosok topan kutub utara dan selatan

Aku rindu dan mengembara mencarinya

Aku diberitahu tentang sepenuh dindingnya yang transparan
dihiasi dengan ukiran kaligrafi Quran
dengan warna platina dan keemasan
berbentuk daun-daunan sangat beraturan

serta sarang lebah demikian geometriknya
ranting dan tunas jalin berjalin
bergaris-garis gambar putaran angin

Aku rindu dan mengembara mencarinya

Aku diberitahu tentang masjid yang menara-menaranya
menyentuh lapisan ozon
dan menyeru azan tak habis-habisnya
membuat lingkaran mengikat pinggang dunia
kemudian nadanya yang lepas-lepas
disulam malaikat menjadi renda-renda benang emas
yang memperindah ratusan juta sajadah
di setiap rumah tempatnya singgah

Aku rindu dan mengembara mencarinya

Aku diberitahu tentasng sebuah masjid yang letaknya di mana
bila waktu azan lohor engkau masuk ke dalamnya
engkau berjalan sampai waktu asar
tak bisa kau capai saf pertama
sehingga bila engkau tak mau kehilangan waktu
bershalatlah di mana saja
di lantai masjid ini, yang luas luar biasa

Aku diberitahu tentang ruangan di sisi mihrabnya
yaitu sebuah perpustakaan tak terkata besarnya
dan orang-orang dengan tenang membaca di dalamnya
di bawah gantungan lampu-lampu kristal terbuat dari berlian
yang menyimpan cahaya matahari
kau lihat bermilyar huruf dan kata masuk beraturan
ke susunan syaraf pusat manusia dan jadi ilmu yang berguna
di sebuah pustaka yang bukunya berjuta-juta
terletak di sebelah menyebelah mihrab masjid kita

Aku rindu dan mengembara mencarinya

Aku diberitahu tentang masjid yang beranda dan ruang dalamnya
tempat orang-orang bersila bersama
dan bermusyawarah tentang dunia dengan hati terbuka
dan pendapat bisa berlainan namun tanpa pertikaian
dan kalau pun ada pertikaian bisalah itu diuraikan
dalam simpul persaudaraan yang sejati
dalam hangat sajadah yang itu juga
terbentang di sebuah masjid yang mana
Tumpas aku dalam rinduMengembara mencarinya
Di manakah dia gerangan letaknya

Pada suatu hari aku mengikuti matahari
ketika di puncak tergelincir dia sempat
lewat seperempat kuadran turun ke barat
dan terdengar merdunya azan di pegunungan
dan aku pun melayangkan pandangan
mencari masjid itu ke kiri dan ke kanan
ketika seorang tak kukenal membawa sebuah gulungan
dia berkata
'Inilah masjid yang dalam pencarian Tuan'
dia menunjuk ke tanah ladang itu
dan di atas lahan pertanian dia bentangkan
secarik tikar pandan
kemudian dituntunnya aku ke sebuah pancuran
airnya bening dan dingin mengalir beraturan
tanpa kata dia berwudhu duluan
aku pun di bawah air itu menampungkan tangan
ketika kuusap mukaku, kali ketiga secara perlahan
hangat air yang terasa, bukan dingin kiranya
demikian air pancuran
bercampur dengan air mataku
yang bercucuran