Monday, 16 April 2007

Evening Of Inspiration


Minggu lepas kebetulan semasa singgah di UK sempat menyaksikan konsert Evening Of Inspiration kat Royal Albert Hall, London. Konsert ini dianjurkan oleh Islamic Relief UK dan membariskan beberapa artis dan kumpulan nasyid ternama seperti Dawud Warnsby Ali, Hamza Robertson, Imad Rami, Zain Bikha, Mohammed Amer dan Outlandish. (Kumpulan Raihan dari Malaysia pernah terlibat pada tahun 2005)

Ada beberapa perkara menarik yang sempat dicatatkan:

  • Bilangan penonton sekitar 5000 orang yang hampir memenuhi Royal Albert Hall. Yang tinggal hanya lokasi yang agak terlindung.
  • Alat muzik yang digunakan sangat sederhana tapi mampu membangkitkan kepuasan kepada penonton.
  • Konsert dihentikan apabila masuk waktu maghrib dan dewan menjadi lengang kerana kebanyakan penonton lelaki dan wanita menunaikan solat berjamaah dalam Royal Albert Hall.

  • Persembahan humor bersahaja oleh comedian Mohammed Amer dari USA membuatkan penonton begitu enjoy. (..He said: Allah made me funny!)

  • Kutipan derma yang dikumpulkan pada malam itu melebihi £100,000.

  • Konsert tersebut disiarkan secara langsung melalui siaran TV Islamic Channel.

  • Penonton bukan dari kalangan orang Islam sahaja. Kalangan Non-Muslim turut hadir.

Beberapa link berkaitan:

No comments: