Saturday, 24 March 2007

KHILAFIAH…

"Pada suatu malam saya merasakan adanya suatu perasaan yang anih di dada peserta pengajian, iaitu perasaan perpecahan. Saya melihat bahawa para peserta pengajian telah mulai berkelompok dengan sesamanya, sehinggakan dalam mengambil tempat pun sendiri-sendiri. Belum sempat pengajian bermula, tiba-tiba saya dikejutkan dengan sebuah pertanyaan,"Bagaimana pendapat Ustaz mengenai tawassul?"

Saya katakan kepadanya, "Wahai akhi, saya yakin bahawa engkau tidak hanya ingin bertanya tentang ini saja, kan? Engkau juga ingin bertanya tentang membaca salawat setelah azan, bacaan surah al-Kahfi pada hari Jumaat, kata sayyidina untuk Rasulullah SAW dalam doa tasyahud, tentang bacaan Al-Quran, apakah pahalanya sampai kepada mayat atau tidak, juga tentang halaqah-halaqah yang diadakan oleh ahli tarikat,apakah hal itu merupakan bentuk kemaksiatan ataukah taqarrub kepada Allah."

Saya sengaja mengungkapkan kepada mereka tentang berbagai masalah khilafiyah yang menjadi sebab terjadinya fitnah dan perselisihan keras di antara mereka. Ia pun hairan terhadap apa yang baru saya kemukakan. Dia menjawab, "Ya, benar. Saya memang ingin jawapan mengenai itu semua."

Saya katakan kepadanya, "Wahai Akhi, saya ini bukan ulama. Saya hanyalah seorang guru biasa yang hafal sebahagian dari ayat-ayat Al-Qur'an, sebahagian hadis Nabi, serta sebahagian dari hukum-hukum agama yang kubaca dari beberapa kitab, lalu saya berupaya mengajarkannya kepada orang lain. Jika engkau membawaku keluar dari lingkungan ini, bererti engkau telah membuatku mengalami kesulitan. Oleh kerananya, jika apa yang akan saya katakan dapat memuaskanmu, itulah yang saya inginkan dan silakan dengar. Namun jika engkau menginginkan jawapan dan pengetahuan yang lebih luas, maka tanyakanlah kepada selainku. Tanyakan kepada para ulama yang ahli. Merekalah yang mampu memberikan fatwa kepadamu mengenai apa yang engkau inginkan itu. Adapun saya, hanya inilah keilmuan yang kumiliki. Allah tidak membebani seorang hamba melainkan setakat kesanggupannya."

Saya sengaja mengambil cara seperti ini untuk memudahkan sahaja, sekalipun sebenarnya saya tahu bahawa si penyoal itu tidak memperolehi sesuatu jawapan. Para hadirin, atau paling tidak sebahagian besar dari mereka, merasa lega dengan penyelesaian seperti ini.

Namun saya juga tidak ingin kehilangan kesempatan. Kerana itulah saya katakan kepada mereka, "Wahai ikhwan sekalian, saya sebenarnya tahu betul bahawa di sebalik pertanyaan saudara penyoal tadi, dan banyak dari kalian, hanya ingin mengetahui tentang guru kalian yang baru ini (Hasan al-Banna); termasuk kelompok mana? Apakah saya masuk dalam kelompok Syaikh Musa ataukah kelompok Syaikh Sami? (2 golongan Islam yang besar pada waktu itu).

Pengetahuan kalian tentang hal ini sama sekali tidak akan membawa manfaat bagi kalian. Kalian sudah tenggelam dalam iklim fitnah selama lapan tahun. Itu sudah cukup. Masalah-masalah seperti ini sebenarnya telah diperselisihkan oleh kaum muslimin selama ratusan tahun lamanya dan mereka masih saja berselisih. Meskipun demikian, Allah SWT tetap redha apabila kita saling mencintai dan saling menjalin perpaduan. Allah SWT benci apabila kita berselisih dan berpecah belah.

Oleh kerana itu, saya berharap agar kalian berjanji kepada Allah untuk dapat meninggalkan persoalan-persoalan seperti ini mulai sekarang. Lalu kita bersungguh-sungguh untuk bersama-sama mempelajari dasar-dasar agama dan kaedah-kaedahnya, mengamalkan ajaran-ajaran agama secara umum dan yang kita sepakati bersama, serta kita amalkan kewajipan-kewajipan dan sunnah-sunnahnya sekaligus.

Kita tinggalkan sikap takalluf (mengada-ada) dan ta'ammuq (terlalu dalam menyelami persoalan) agar jiwa kita dapat jernih. Tujuan kita hanyalah mengetahui kebenaran, bukan sekadar memenangkan suatu pendapat. Kalau sudah begitu, kita semua secara bersama-sama berupaya mempelajari berbagai persoalan ini dalam naungan rasa cinta, saling percaya, persatuan, dan keikhlasan. Saya berharap agar kalian dapat menerima pendapatku ini dan agar hal ini menjadi suatu janji di antara kita.

Saya bertanya kepada mereka, "Siapa di antara kalian yang bermazhab Hanafi, ke mari!" Salah seorang dari mereka maju. Saya bertanya lagi, "Siapa di antara kalian yang bermazhab Syafi'i?" Salah seorang dari mereka maju. Saya katakan kepada mereka, "Saya akan salat sebagai imam bagi kedua akhi kita ini. Apa yang akan engkau lakukan semasa saya membaca surah selepas membaca al-Fatihah, wahai akhi yang bermazhab Hanafi ?" "Saya akan diam saja dan tidak membaca apa-apa!" jawabnya. "Akhi yang bermazhab Syafi'i, apa yang engkau lakukan?" tanyaku. Ia menjawab, "Saya tetap harus membaca al-Fatihah!"

Saya bertanya lagi, "Jika kita telah selesai menunaikan salat, bagaimana pendapatmu, wahai akhi yang bermazhab Syafi'i, tentang salat saudaramu yang bermazhab Hanafi ini?" Ia menjawab, "Salatnya batal, kerana tidak membaca al-Fatihah, kerana al-Fatihah merupakan salah satu rukun salat!"Saya lantas bertanya lagi, "Lalu bagaimana pendapatmu, wahai akhi yang bermazhab Hanafi, tentang salat saudaramu yang bermazhab Syafi'i ini?" Ia menjawab, "Ia telah melakukan tindakan makruh yang bersifat haram (makruh tahrim)!"

Saya bertanya lagi, "Adakah satu kesalahan seorang dari kalian berdua menolak pendapat yang seorang lagi?" Keduanya menjawab, "Tidak!" Saya bertanya pula kepada hadirin, "Apakah suatu kesalahan kalian menolak pendapat salah satu dari kedua akhi kalian ini?" Mereka menjawab, "Tidak!"

Maka saya pun berkata, "Subhanallah, Maha Suci Allah. Adalah lebih baik kita berdiam diri dan memaklumi permasalahan seperti ini, daripada mempertikaikan sah atau batalnya salat dalam tasyahudnya mengucapkan: Allahumma salli 'ala Muhammad atau Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad, atau perlunya menggerak-gerakkan jari semasa tasyahud, dan kalian jadikan hal ini sebagai perselisihan yang tak kunjung habis."


Hasan al-Banna

HATI > TARBIYAH > IMAN

HATI…

Syaidina Ali:
Allah mempunyai bejana di bumi ini, iaitu hati. Hati yang paling Allah kasihi ialah hati yang paling lembut, paling bersih dan paling cekal. Paling cekal dalam agama, paling bersih dalam keyakinan, dan paling lembut terhadap saudaranya”.

IMAN…

Imam Bukhari:
Kutulis kitab ini (Jamiush Shahih) dan kuterima dari 1080 orang dan di antara mereka itu sama sekali tiada seorangpun, melainkan mengatakan bahawa ‘iman itu adalah kata dan perbuatan, dapat bertambah dan dapat pula berkurang’.

Ibnu Katsir :
Iman ialah percaya yang dilengkapi dengan rasa takut, lalu beramal. Iman tidak cukup dengan hati, harus diucapkan. Tidak cukup diucapkan, harus diamalkan, dan iman dapat bertambah dan berkurang. Dan rasa takut kepada Allah termasuk intisari iman.

HATI + IMAN..


Iman yang benar bukanlah suatu yang beku. Apabila dia tertancap dalam hati, ia akan menggerakkan tuannya bertindak, ibarat api yang melahirkan panasnya, ais yang menzahirkan dinginnya, bunga yang melahirkan keharumannya.

..Sekiranya kewujudan Allah bertakhta dalam hati, masakan hati itu sanggup mengambil tuhan-tuhan yang lain dalam hidupnya.
..Sekiranya keagungan Allah menguasai hati masakan kita berani mngingkari perintahNya.
,,Sekiranya kebijaksanaan Allah mewarnai hatinya masakan dia sanggup mengambil peraturan yang lain mengatur hidupnya.


NATIJAHNYA..

Perubahan..
Pernahkah kita mendengar kisah Syaidina Omar Al-Khattab…bagaimana pada asalnya dia berada dalam kesesatan aqal dan kebingungan fikiran, hinggakan dia sanggup menyembah tuhan yang dibuat dari tamar kemudian dimakan apabila dia lapar.. juga bagaimana dia berada dalam kebengisan dan kekasaran hati dan sentiment sehingga dia sanggup menanam anak perempuannya hidup-hidup …kemudian manakala ia berpindah ke alam iman dan hidayah bebaslah aqalnya dan memancarlah kekuatan dan keupayaan yang baik dalam dirinya sehingga jadilah ia suatu misali sepanjang zaman.

Perjuangan…
Sesungguhnya iman sahajalah yang menjadikan Said Bin Al Musaib keluar dalam medan pertempuran dan jihad …dan sesungguhnya telah hilang sebelahnya. Telah dikatakan kepadanya bahawa engkau sekarang telah sakit. Dijawabnya: aku akan keluar berjuang di jalan Allah samada dalam keadaan berat atau ringan. Sekiranya aku tidak mungkin lagi dapat berperang, sekurang-kurangnya aku dapat memperbanyakkan bilangan tentera (pada pandangan musuh) dan aku dapat menjaga perbekalan.

Jihad..
Iman sahajalah yang menjadikan anak dan ayah sanggup berebut-rebut untuk keluar berjihad. Maka apabila dicabut undi antara kedua-duanya dan keluarlah undi untuk si anak, maka berkatalah siayah: Dahulukan aku hai anakku..aku adalah bapamu. Maka berkata si anak…sesungguhnya ini adalah urusan syurga wahai ayahku, Demi Allah jika sekiranya lain daripada ini nescaya aku akan mendahuluimu.

Sahsiah…
Mus'ab bin Umair diutus sebagai murabbi ke Madinah selepas perjanjian Aqabah. Ahli Madinah berkata: sebelum ia bercakap lagi kami sudah tahu apa yang ia akan katakan. Mereka menggelarnya Al Muqri” (ahli baca Al Quran)

Keikhlasan..
Al-Bukhari meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Abu Musa Al ash’ari menceritakan kepadanya; “Kami berenam bersama2 seekor unta menemani Rasulullah saw dalam satu perjalanan. Kami bergilir-gilir menunggang unta sehingga kaki kami sakit. Kaki saya cedera sehingga kuku kaki saya tanggal. Kami membalut luka dengan kain buruk. Oleh yang demikian pengembaraan itu di kenali sebagai Dhat-ar-Riq’a. Seterusnya Abu Hurairah berkata yang Abu Musa Al Ash’ari berasa kesal kerana menceritakan kejadian itu, lantas berkata; “sepatutnya saya tidak menceritakan kejadian itu”.

Pengorbanan..
Setelah pinangan diterima, puteri Amirul mukminin Omar Abdul Aziz meminta hendak bertemu dengan bakal suaminya dan apabila bertemu lalu ia berkata: ‘Wahai tunangku dan bakal suamiku, berapa banyak pertempuran yang anda ikuti bersama-sama pejuang Islam di darat dan di lautan? Si jejaka dengan rasa malu dan dukacita menjawab: ’Wahai puteri amirul mukminin, tidak banyak pertempuran yang kuturut serta cuma 30 kali itu pun hanya di darat sahaja di mana dada dan rusukku diliputi luka-luka”. Di kala itu ummat Islam sedang menghadapi satu peperangan, lantas puteri amirul mukminin berkata; ‘Wahai jejaka perwiraku, pergilah ke medan perang bersama-sama dengan para pejuang Islam. Andainya anda gugur terkorban maka aku sedia menunggu di hari akhirat nanti, seandainya anda kembali selamat walaupun cacat maka puteri khalifah merasa bertuah dan mulia bahawa suaminya seorang mujahid Islam yang berjuang di jalan Allah”.

Perkembangan..
Sheikh Jamaludin Al-Afghani ketika pulang dari melawat negara-negara Eropah lalu ditanya” Tuan, adakah ada harapan bahawa islam boleh tersebar di Eropah’. Beliau menjawab” Ya, tetapi dengan satu syarat, iaitu hendaklah kita mengaku bahawa kita bukanlah penganut islam yang sebenarnya. Andaikata kenyataan ini sampai kepada mereka, nescaya mereka mengambil inisiatif untuk mempraktikkan Islam dengan wajah sebenar”.

JALANNYA..

Ustaz Muhammad Syadid dalam kitabnya ‘ Al Jihad Fil Islam ‘ menjelaskan bahawa Pengislahan masyarakat tidak akan sempurna melainkan dimulakan dengan jiwa masyarakat itu sendiri, kerana itu maka medan Islam yang pertama ialah ‘ alam jiwa dan dhamir ‘ dan wasilahnya yang pertama dan utama untuk sampai kepada matlamat ialah melalui At Tarbiyyah.

HATI > TARBIYAH >IMAN >NATIJAH

Friday, 23 March 2007

MENJAGA BISIKAN HATI...

Bagaimana menjaga bisikan hati yang hina..?

Banyak caranya..

Antaranya:
  • Merasai bahawa Allah sentiasa melihat kita, mengetahui hati kita dan bisikan yang melintas di dalam hati kita, biar sekecil mana pun..
  • Merasa malu dengan Allah.. Segalanya dikurniakan Allah kepada kita, tapi kita gunakan untuk mengingkariNya..
  • Mengagongkan Allah dan yakin bahawa Dia mengetahui bisikan hati melebihi seseorang yang dapat mengetahui selok belok rumah yang dibuatnya sendiri..
  • Merasa takut kalau-kalau kita terjatuh, tewas kerana bisikan hati itu..
  • Mententeramkan hati dengan mementingkan apa yang disukai dan dicintai Allah..
  • Merasa takut bahawa bisikan hati itu akan terwujud dan kejahatannya akan merebak, sehingga memakan iman yang ada di dalam hati, melenyapkan kecintaan kepada Allah tanpa kita sedari..
  • Bisikan hati tidak ubah seperti bijian yang sengaja ditebar untuk menjebak burung buruan. Setiap bisikan hati adalah satu bijian di dalam perangkap untuk menjebak kita..
  • Bisikan hati yang hina sama sekali tidak mungkin bersama dengan iman, bahkan keduanya saling bertentangan dari segala sisi. Bila bertemu, yang satu pasti akan mengalahkan yang lain dan merebut kedudukan dalam hati. Apa pendapatmu jika hati yang di dalamnya terkandung bisikan nafsu dan syaitan mengalahkan bisikan iman, ma'rifah dan cinta ilahi.. mengusirnya dan merebut kedudukannya ?
  • Bisikan hati itu tidak ubah bagai satu hamparan lautan khayalan tidak bertepi. Pabila ia terjatuh di dalamnya, ia akan tenggelam, terbenam dalam kegelapannya, lalu melambai-lambaikan tangan untuk mencari keselamatan, tapi tidak akan ia perolehi. Hati yang dikuasai oleh bisikan yang hina akan jauh dari keuntungan, tersiksa dan disibukkan oleh perkara yang tidak ada manfaatnya..
  • Bisikan hati yang hina adalah sifat kedunguan dan cita-cita orang yang bodoh. Tidak ada hasil yang dapat di petik oleh pelakunya kecuali kekecewaan. Ianya akan mewarisi ketidakpastian, tidak mampu mengawal hatinya sendiri dan akhirnya dia umpama seorang tawanan yang terpenjara untuk selama-lamanya...

I’M TOO BUSY…..


Everyday as I wake up at dawn
My mind starts working the moment I yawn
There were many things to do, o dear!
That’s why I hastily did my Subuh prayer
I didn’t have time to sit longer to praise the Lord
To me rushing out after prayer is nothing odd….

Since school, I had been busy every minute
Completing my tutorials and handing it in
My ECAs took up most of my time always
No time did I have to Allah to pray
Too many things to do and zikir is rare
For Allah, I really had no time to spare…

When I grew up and started my career
Working all day to secure my future
When I reached home, I preferred to have fun
I chatted on the phone but I didn’t read the Quran
I spent too much time surfing the internet
Sad to say, my faith was falling flat…

The only time I have left is weekends
During which I prefer window shopping with friends
I couldn’t spare time to go to the mosque
I’m too busy, that’s the BIG EXCUSE…

I did my five prayers but did so quickly
After prayer, I didn’t sit longer to reflect quietly
I didn’t have time to help the needy ones
I was loaded with work as my precious time runs

No time at all to visit a sick Muslim friend
To orphans and elderly, I hardly lent a hand
I’m too busy to do community service
When there were gatherings, I helped the least

My life is already full of stress
So I didn’t counsel a Muslim in distress
I didn’t spend much time with my family
Because I thought, doing so is a waste of time…

No time to share with non-muslim about Islam
Even though I know, inviting causes no harm
No time to do Sunnah prayers at all
All these contribute to my imaan’s fall

I’m busy here and busy there
I’ve no time at all, that’s all I care
I went for religious lessons, just once in a while
‘Coz I’m too busy making a pile…

I worked all day and I slept all night
Too tired for Tahajjud and it seemed not right
To me, earning a living was already tough
So I only did basic deeds but that’s not enough…

No time at all to admire God’s creation
No time to praise Allah and seek His Compassion
Although I know how short is my life
For Islam I really didn’t strive…

Finally the day comes, when the Lord calls for me
And I stood before Him with my Life’s History
I feel so guilty because I could have prayed more
Isn’t that what a Muslim lives for?

To thank Allah and do more good deeds
And the Quran is for us all to read…

Now at Judgement Day, I’m starting to fret
I’ve wasted my life but it’s too late to regret
My entry to Paradise depends on my good behaviour
But I’ve not done enough nor did proper prayer

My “good deed book” is given from my right
An angel opened my “book” and read out my plight

Then the angel chided me…

“ O You Muslim servant, you are the one,
Who is given enough time, yet not much is done
Do you know that your faith is loose?
Saying “no time” is only an excuse
Your “good deed book” should be filled up more
With all the good work you stood up for…

Hence, I only recorded those little good deeds
As I say this, I know your eyes will mist…
I was about to write some more, you see
But I did not have, THE TIME to list……

KASIH MAK

Nota: Gambar di atas diambil dari Pejabat PKS di MPR, Jakarta semasa lawatan ke sana tempoh hari. Terima Kasih..

( Seperti yang diterima dari kawan..Terima Kasih Penulis )

Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi, rasanya baru semalam mak peluk kita kan sejuk syahdu masih terasa lagi ini....
Mak tau tak..... itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kita dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak.....
nak tinggal kan dunia fana ni.....
mak macam dan sedia.....
Seminggu sebelum tu.....
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu.....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak pernah buat begitu.....
lepas itu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
tapi mak seolah-olah tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam.....
kengkadang siaran indonesia...
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...
lepas itu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
lepas itu mak jemur karpet-karpet. ..
lepas itu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..
paling menarik sekali mak bagitahu kat mana semua duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....
masa tu mak perasan takk..??
kita gelak sakan bila mak bagitahu duit dalam gulung tikar...
kita kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak saja...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..
Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kita sampai dari KL.....mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pergi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kita sahaja yang belum pujuk...
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kita berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut saja..
Mak tetap tak bersetuju...
..mak memang degil... tak salah, anak mak yang ni pun mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pun sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... .
Mak..... amponkan kami semua...
kami nak mak sihat... kami sayang mak...
kami tak mahu mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami ye mak....
Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kita...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak, kita kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya saja..cukup ke duitt..
kita jawab pula...kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....
Lepas tu bila kereta kita sampai.....
mak buat kenduri kesyukuran.. .
.. Dan kita masih ingat lagi...bila kita eksiden terlanggar keling naik motor.....
Punya la kita takut... kita warning kakak kita jangan sesekali bagitahu kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kita cepat-cepat simpan kereta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya Kenapa...?
Selamba saja kita jawab terlangar pokok bunga.....
Mak....
tujuan kita menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kita kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kita menipu mak kan...ampon kan kita....
Mak.....
Jam 4.30 pagi 19/08/1999
Bila tiba saja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kita jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kita mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kita rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kita sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal,jadi jalan tu lenggang..
kosong....sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya..
... terasa syahdu dan sayu begitu...dinginnnn.
... Mak.....
kita masih ingat lagi...
kita baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
kita gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kita.....
Dia kata...
" dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat begitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata begitu...
lagi laaaa laju airmata ni..tapi kita kawal supaya tak menitik atas mak....
Mak.....
Sampai takat ini surat ni kita tulis.....
kita nangis ni.....
Ni kat dalam bilik...baru pukul 4.00 pagi....
tak ada orang yang bangun lagi.....
kita dengar nasyid tajuk "anak soleh" kita sedih...kita rindu kat mak..!
Takpa la.....nanti bila kita selesai sembanyang subuh, kita baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya...!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buatkali terakhir....
Semua orang kata mak seolah-olah senyum saja...
Mak rasa tak....masa tu kita sentuh dahi mak....
kita rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
kita tak mampu nak cium mak...kita tak daya....
kita tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kita tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kita suruh tok imam bacakan doa sebab kita sebak....
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dalam pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...anak mak yang seorang tu demam....
Mak tauu...cuma akak seorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. . Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kita baca yassin dengan kawan-kaw an....
entah Kenapa bila kat bilik kita keluarkan gambar2 mak lepas itu apa lagi...
semakin kita tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...
Mak tauu...kita cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
kita rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan..????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kita telefon kampong...
kita cakap dengan kakak..kita nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kita...
Akak kata..." tak baik laa nangis saja..doa lah untuk mak..
nanti kalau gini saja mak yang susah kat sana.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....
Agaknya mak nampak adegan tu...
sebab malam jumaat kata orang roh balik rumahh...
mengharap sedekah dari anak2 nya...
Mak tau tak...di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat....
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
hanya sedekah al-fatihah kita berikan.....
Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kita dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kita yang bawak mak naik motor kan...
kali ni kita jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kita ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kita tak tau nak hantar mana surat ini...
lepas itu kawan kita bagitahu...
simpan saja buat kenangan..
kita cuma tau alamat ni saja...
tak mengapa ye mak...
kita kasi orang lain baca...
kita stop dulu...sebab kawan kita dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak, I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kita...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kita boleh rasa naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang...
Sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kita balas..
Sekian terima kasih.
- sayangilah ibu anda selagi anda berpeluang menyayanginya.
bahagiakan lah ibu anda sehingga ke akhir hayatnya sebagaimana ibu anda membahagiakan anda sejak kecil hingga dewasa sesungguhnya,
syurga berada di tapak kaki ibu

HOW CAN WE REALIZE THE DEFECT FREE UNSEEN POWER

In order to understand our Creator, it is essential for us to understand our creation. We must go back to our original state, so that we may understand the existence of a Creator.

We must realize, what made us grow in a precise manner?

How is our body, based upon flesh bones and blood, constantly developing regardless of our age group, in such a precise manner.

What source allows a plant to grow after it's seed is placed in the ground. What source allows us to grow from a single seed in the mother's womb?

What source is creating and constantly maintaining the whole of this universe?

What source is maintaining the perfect and precise balance in our bodies, this world, and in this universe?

Is there anyone on the face of this earth, that can allow the sun to rise on a different time, other than that of it's decreed time?

"Has created man from a clot (a piece of thick coagulated blood). " (96:2)

We must realize, how can we deny the existence of our Creator when we have been created from a single seed?

What source has allowed us to develop so precisely in the mother's womb from a single seed?

The fact is that we have been developed by a Developer, without us knowing nor our mothers.

The fact is that we have been developed from a single cell. A cell is an unconscious biological creature, and therefore does not perceive it's surroundings. The cell does not have the capability of decision making, so therefore when our Creator has created us from a single seed in the mother's womb, we never even knew what was going on.

If neither us nor our mother knew of what development is taking place, the question arises who was our Planner, Creator, or Maintainer at that time?

"Then He fashioned him in due proportion, and breathed into him the soul (created for the individual), and He gave you hearing (ears), sight (eyes) and hearts. Little is the thanks you give! (As-Sajdah 32:9)"

Teruslah Berdoa..!

Orang bijak mengatakan, doa tanpa usaha adalah bohong dan usaha tanpa doa adalah sombong. Doa dan usaha adalah dua aktiviti yang tidak mungkin dipisahkan. Kita tidak boleh hanya berdoa saja tanpa melakukan usaha semaksima mungkin untuk mengapai tujuan. Kita juga tidak boleh hanya berusaha saja, tanpa berdoa dan mengabaikan Allah sebagai penentu berhasil atau tidaknya tujuan kita.

Doa adalah permohonan, pengharapan seorang hamba kepada Sang Khaliq. Doa itu intinya adalah ibadah, doa adalah senjata, doa adalah ubat, doa adalah pintu segala kebaikan. Seluruh hamba sangat bergantung kepada Penciptanya. Setiap hamba memang harus berdoa, sebab kita diciptakan dalam keadaan penuh dengan keterbatasan. Manusia memang ditakdirkan sebagai makhluk yang paling sempurna dengan segala kelebihan-kelebihannya, namun di balik kelebihan itu manusia juga memiliki segudang kelemahan.

Bayangkan jika kita sedang berada di tengah lautan. Tiba-tiba kapal yang kita tumpangi berolak ke kanan dan ke kiri kerana badai yang tiba-tiba saja datang menghentam. Nakhoda memberi peringatan tanda bahaya. Tidak ada tempat kita meminta bantuan kerana seluruh alat komunikasi terputus. Apakah yang akan kita lakukan pada saat itu? Masih pentingkah gelaran, kedudukan, pangkat, jabatan, harta kekayaan yang melimpah, serta kecantikan? Tentu tidak, bagi kita keselamatan menjadi puncak harapan. Namun siapakah yang dapat memberikan keselamatan di kala itu, kalau bukan kepada Allah SWT kita meminta?

Di sebalik kelebihan-kelebihan yang kita miliki, kita menyimpan kelemahan-kelemahan yang tidak dapat kita tutupi, untuk itu kita perlu meminta kepada Allah SWT, berdoa dengan penuh kekhusyukan, penuh harapan, tulus, pasrah dan ikhlas, seperti yang difirmankan Allah, "Wahai manusia, kamulah yang memerlukan Allah, dan Dia-lah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) Yang Maha Terpuji." ( Faathir: 15).

Ada sebuah kisah tentang masyarakat Basrah yang waktu itu sedang dilanda kemelut sosial. Kebetulan mereka kedatangan ulama besar yang bernama Ibrahim bin Adham. Masyarakat Basrah pun mengadukan nasibnya kepada Ibrahim bin Adham, "Wahai Abu Ishak (panggilan Ibrahim bin Adham), Allah berfirman dalam Al-Quran agar kami berdoa. Kami warga Basrah sudah bertahun-tahun berdoa, tetapi kenapa doa kami tidak dikabulkan Allah?"

Ibrahim bin Adham menjawab, "Wahai penduduk Basrah, kerana hati kalian telah mati dalam sepuluh perkara. Bagaimana mungkin doa kalian akan dikabulkan Allah!
  • Kalian mengakui kekuasaan Allah, tetapi kalian tidak memenuhi hak-hak-Nya.
  • Setiap hari kalian membaca Al-Quran, tetapi kalian tidak mengamalkan isinya.
  • Kalian selalu mengaku cinta kepada Rasul, tetapi kalian meninggalkan amal sunnahnya.
  • Setiap hari kalian membaca ta’awudz, berlindung kepada Allah dari syaitan yang kalian sebut sebagai musuh, tetapi setiap hari pula kalian memberi makan syaitan dan mengikuti langkahnya.
  • Kalian selalu mengatakan ingin masuk syurga, tetapi perbuatan kalian justeru bertentangan dengan keinginan itu.
  • Katanya kalian takut masuk neraka, tetapi kalian justeru mencampakkan dirimu sendiri kedalamnya.
  • Kalian mengakui bahawa maut adalah kepastian, tetapi nyatanya kalian tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.
  • Kalian sibuk mencari-cari kesalahan orang lain, tetapi terhadap kesalahan sendiri kalian tidak mampu melihatnya.
  • Setiap saat kalian menikmati kurniaan Allah, tetapi kalian lupa mensyukurinya.
  • Kalian sering menguburkan jenazah saudaramu, tetapi kalian tidak bisa mengambil pelajaran dari peristiwa itu."


Akhirnya ia mengatakan, "Wahai penduduk Basrah, ingatlah sabda Nabi, "Berdoalah kepada Allah, tetapi kalian harus yakin akan dikabulkan. Hanya saja kalian harus tahu bahawa Allah tidak berkenan mengabulkan doa dari hati yang lalai dan main-main."


Apapun persoalan hidup kita, apakah kita sedang bahagia atau sedih, tetaplah berdoa kepada Allah. Jangan berhenti memanjatkan doa kepada Allah, kerana doa adalah masa depan kita. Doa adalah kekuatan kita, doa adalah senjata kita.

Perhatikan ada-adab berdoa, dan bersabarlah menunggu dikabulkan-Nya .....!