Thursday 7 June 2007

NATIJAH YANG CETEK

WAHAI DIRI...

Tuntutan yang utama dan pertama tarbiyyah ialah penyerahan jiwa, diri dan fikiran sepenuhnya kepada Allah SWT. Meletakkan Allah SWT sebagai penentu apa juga keputusan dan tindakan kita. Yang baik ialah apa yang dikatakan baik oleh Allah SWT. Yang buruk adalah apa yang dikatakan buruk oleh Allah SWT. Melaksanakan segala yang fardhu dan meninggalkan segala perkara yang dilarang. Hati - ikhlas semata-mata kerana Allah, fikiran dan pendapat - berlandaskan apa yang dikehendaki oleh Deen Allah dan setiap tindakan - merealisasikankan Islam yang syumul. Lahir Ubudiyah Lillahi Wahdah.

Dengan ujudnya tuntutan utama dan pertama ini, barulah tarbiyyah dapat berjalan dan matlamatnya dapat dicapai, Insya Allah. Tetapi jika tiada penyerahan yang total maka akan lahirlah natijah-natijah yang cetek, yang longgar dan bermusim-musim atau sekadar mengikut suasana semata-mata.

Hal ini perlu diperhatikan dengan betul-betul kerana kita tidak mahu natijah yang cetek. Jika penyerahan itu masih belum menyeluruh, masih ada bahagian-bahagian yang tertentu yang masih belum diserahkan atau enggan diserahkan, tentulah natijahnya juga tidak akan menyeluruh, tidak kekal atau sebati dengan individu itu dan sentiasa ada cacat celanya.

No comments: