Al-Qurthubi berkata: Kata 'Qaswah' ertinya keras, kuat dan kering. Hati keras ialah hati yang tidak punya kemahuan untuk bertaubat dan tunduk kepada ayat-ayat Allah. (TafsirAl-Qurthubi 1/393)
Ibnu Qayyim berkata: Seseorang tidak akan diberi hukuman yang lebih menyakitkan dari hukuman berbentuk hati keras dan jauh dari Allah. Dan, neraka diciptakan untuk melelehkan hati yang keras. Hati yang paling jauh dengan Allah ialah hati yang keras. Jika hati keras, mata pun kering (hingga tidak berupaya menangis). Hati menjadi keras disebabkan empat perkara yang melebihi hadnya iaitu:
1. Makan
2. Tidur
3. Bicara
4. Pergaulan
Jika badan sakit, maka makanan dan minuman tidak banyak bererti bagi seseorang. Hati juga begitu, jika hati sakit kerana syahwat, sebaik manapun nasihat tidak akan bermanfaat baginya. (Al-Fawaid, hal 138).
No comments:
Post a Comment