Andainya ia seorang Muslim dengan erti kata yang sebenarnya maka sudah pasti ia akan berjuang menentang penyelewengan, akan mengorbankan seluruh tenaganya untuk mengembalikan penyelewengan ini. Dia tidak mengira apakah usahanya itu akan berjaya atau menemui kegagalan, bahkan ia akan menanggung segala kerugian dan kemudharatan dalam perjuangan.
Semangat perjuangannya tidak mungkin patah sekalipun anggotanya pecah berkecai dipukul gelombang, badannya terdampar dihempas ombak dalam keadaan lemah longlai. Semua itu tidak mencetuskan rasa kecewa dan putus asa di hatinya atau dengki dan tamak terhadap kemenangan orang-orang kafir, munafik dan orang-orang hanyut bersama arus.
Sesungguhnya Al Quran ada di samping kita, sejarah Nabi-Nabi a.s. serta kisah pejuang-pejuang yang menyebarkan dakwah Islam sejak dulu sehingga sekarang terbentang di hadapan kita. Apakah kita pelajari dari semua itu untuk kita terlayang-layang ditiup angin, hanyut dibawa arus dan mencorakkan hidup menurut sahaja warna zaman?
Kalau itulah tujuannya maka untuk apakah diturunkan kitab dan diutuskan Rasul?
Cukuplah gelombang angin yang telah mengarahkan kita, cukuplah dengan arus kehidupan di dunia yang mengheret kita, cukuplah dengan pergolakan masa yang berbolak-balik untuk mencipta peribadi kita.
Sesungguhnya Kitab Allah tidak diturunkan untuk mengajar pengajaran yang enteng seperti itu, pun juga tidaklah diutuskan para Rasul kerananya.
Sebaliknya setiap apa yang terkandung dalam risalah yang datang dari sisi Allah adalah untuk menghapuskan semua jalan-jalan yang salah, yang diikuti oleh dunia dan meletakkan di tempatnya suatu jalan yang lurus dan terperinci dan menutup semua jalan-jalan yang bertentangan dengannya.
Di samping itu ia membentuk suatu Ummah Mukminah yang tidak berpada dengan mereka sahaja berjalan di atas jalan itu malah berjuang untuk menarik dunia kepadanya .
Sesungguhnya Nabi-Nabi a.s. dan pengikut-pengikut mereka selamanya berjuang untuk melaksanakan tujuan ini dan mereka dihalangi pelbagai rintangan. Mereka menanggung kerugian yang paling teruk. Mereka mengorbankan jiwa dan raga dan tidak melihat kepada aliran zaman sebagai contoh mereka. Mereka tidak takut kepada bencana apa jua dan tidak tamak kepada keuntungan yang sementara.
Andainya di sana ada orang yang takut kepada kerugian, kesusahan dan bala dalam menuruti jalan yang ditunjukkan oleh petunjuk dari langit dan kerana takutnya itu ia ingin menuruti jalan yang ia nampak orang-orang yang mengikutinya berjaya, kaya dan mulia maka ikutilah jalan yang disukainya itu, tetapi janganlah pula ia menipu dirinya dan menipu dunia bahawa ia pengikut kitab Allah dan sunnah Rasul sedangkan ia meninggalkan keduanya dan melemparkannya jauh ke belakang. Sesunguhnya penderhakaan sahaja merupakan suatu jenayah yang besar, apa lagi kalau diikuti pula dengan pendustaan, penipuan dan kemunafikan.
Ada pun sangkaan yang mengatakan arus kehidupan tidak mungkin diubah haluannya adalah salah di segi akal dan bertentangan dengan percubaan dan kenyataan yang berlaku sebenarnya. Sesungguhnya telah berlaku di dunia ini beratus-ratus revolusi, dan setiap revolusi itu telah datang mengubah haluan arus yang ada. Contoh yang paling jelas kita dapati dalam sejarah Islam sendiri.
Sesunguhnya di kala Nabi Muhammad saw diutuskan ke dunia ini, dimanakah arus kehidupan ketika itu?
Tidakkah kekafiran dan kesyirikan menguasai alam seluruhnya?
Tidakkah kejahatan dan keruntuhan moral bermaharajalela?
Tidakkah kapitalis dan feudalis mencengkam dunia ekonomi?
Tidakkah pelampauan dan perseteruan mengatasi undang-undang?
Dalam keadaan itu ia bangkit berdiri seorang diri menentang dunia seluruhnya. Ia menolak semua fikiran-fikiran yang salah dan jalan-jalan yang bengkok yang popular di dunia ketika itu.
Ia mengemukakan sebagai gantinya suatu aqidah dari sisi Allah, aqidah yang tersendiri dan jalan yang lurus. Dan dalam jangka masa yang amat singkat sahaja ia telah berjaya mengubah haluan arus dan mengubah corak dunia dengan kekuatan dakwah dan jihad.

No comments:
Post a Comment