Saturday, 12 May 2007

KLIK TARBAWI


Klik dgn jari
Terpampang pelbagai
Di depan mata

Hati yang bersih
Memilih yang baik
Menghindar yang buruk

Klik dengan jari
Merenung bahan tarbawi
Tatapilah dengan hati
Fikirlah dengan akal
Hubungkan hati dengan Ilahi
Jalinkan jiwa dengan Ukhrawi

Klik dengan jari
Soalnya bukan jumlah yang dibaca
Bukan lama bersengkang mata
Bukan indah dalam bicara
Bukan kreatif laman berwarna
Bukan ramai tumpuan pembaca

Soalnya
Terletak pada hati
Bukan sekadar fikiran
Bukan semata kepuasan
Bukan sekumit hiburan

Klik dengan jari
Betulkan Niat Di hati
Layari kebersamaan Maha Pemerhati
Menghayati bahan Tarbawi
Menyongsong Hidup Penuh Bererti
Menuju nikmat ukhrawi
Mengejar redza Ilahi

No comments: