2. Mendekati Al Quran
Asbab kedua yang memberikan rasa kehambaan kepada hati dan melembutkannya ialah membaca dan berfikir tentang ayat-ayat AlQuran. Ianya membantu hati seseorang insan menjadi lembut di sisi Rabbnya, melihat kepada jalan yang membawa kebahagiaan dan kebenaran.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Alif, Laam, Raa'. Inilah sebuah Kitab yang ayat-ayatnya disusun rapi. Dengan tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya secara terperinci. (Susunan dan penjelasan itu) adalah diturunkan dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha mendalam pengetahuanNya".[ Surah Hud : 1]
Apabila seseorang hamba membaca AlQuran dan ketika itu ia menghadirkan hatinya, berfikir dan merenungnya, kamu akan melihat titisan air luruh dari matanya. Hatinya penuh khusyuk dan jiwanya bergetar dengan keimanan yang sedalam-dalamnya. Ia merasakan ingin bertemu dengan Allah SWT. Hati itu akan menjadi subur bersama-sama ayat-ayat Allah. Menjadi segar dengan kebenaran, kecintaan dan ketaaatan kepada Ilahi.
Apabila seseorang hamba itu membaca AlQuran dan mendengar ayat-ayat Ar-Rahman, kamu akan mendapatinya hatinya penuh kelembutan. Akan meremanglah hatinya serta kulitnya kerana takutkan Allah. Itulah hidayah daripada Allah yang diberikan kepada sesiapa sahaja yang Ia kehendaki. Barangsiapa yang disesatkanNya maka tidak ada baginya sebarang petunjuk.
Sesungguhnya AlQuran itu penuh kehebatan. Ada di kalangan para sahabat apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat AlQuran maka berubahlah hidup mereka. Berubah dari penyembahan berhala kepada keimanan. Daripada kesyirikan kepada menyembah Allah Tuhan yang satu, walaupun dengan satu ayat yang ‘simple’.
Sesungguhnya AlQuran ini adalah peringatan dari Tuhan Sekalian alam, tidak ada yang selainnya. Apabila seseorang hamba membacanya, dengan izin Allah SWT akan dibukakan baginya pintu hidayah. Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Dan Demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka Adakah sesiapa Yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?"[AlQamar: 17]
Adakah di sana, sesiapa yang mahukan peringatan... Adakah di sana sesiapa yang mahukan amaran yang lengkap dan peringatan yang tinggi selain Al Quran. Itulah kitab yang ada di tangan kita dan akan terus kekal hingga ke hari Kiamat.
Saudaraku fillah ! Apabila hati itu telah merindui AlQuran dan menjadikannya sebagai teman sepanjang siang dan malam, maka hatinya akan lembut, penuh takut dan tunduk Allah SWT dengan izinNya.

No comments:
Post a Comment