Wednesday, 25 April 2007

Tonggak Dakwah

http://www.haluan.org.my/v2/index.php?show=Cw0CEA5QXkVAB0deAgdXRF5XBgBfBFEBWRNfVl4DUlQ6NDI3MzJhZjI%3D

Kejayaan gerakan dan usaha dakwah amat mengharapkan pemuda-pemuda yang aktif dan sanggup berkorban. Nukilan Imam Hassan al Banna tentang pemuda yang aktif ini sangat menarik iaitu :
"Matanya berjaga ketika orang lain tidur nyenyak. Tekun di pejabat dari asar hingga malam. Di penghujung bulan, sumber pendapatan adalah untuk dakwah. Harta adalah khadam kepada dakwah. Ganjarannya adalah di sisi Allah."

Melaksanakan kerja-kerja dakwah memerlukan kesungguhan dan pengorbanan kerana dakwah adalah sangat berbeza daripada kerja-kerja yang lain. Pengorbanan untuk Allah Swt dengan mengajak orang ramai kepadaNya dan membuat amal bukanlah satu tugas yang mudah seperti duduk bersantai di tepi pantai sambil makan kacang. Malah pergi ke medan masyarakat dan berhadapan dengan pelbagai karenah mereka...


...Kejayaan membentuk pemuda yang sangat iltizam dalam dakwah bertitik tolak daripada latihan yang diterima. Latihan mampu melerai kelemahan dan meningkatkan kekuatan diri. Tanpa latihan yang berkesan, pembinaan sahsiah diri akan terencat dan merosot. Latihan yang mantap pasti bersumberkan Al-Quran dan Sunnah kerana kedua-duanya tidak mempunyai keraguan langsung.
"Kitab itu (Al-Quran) tidak ada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertaqwa. Iaitu orang-orang yang beriman kepada yang ghaib, mendirikan sembahyang dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan orang-orang yang beriman kepada (kitab) yang diturunkan kepada engkau (Ya Muhammad) dan (kitab-kitab) yang diturunkan sebelum engkau, sedang mereka itu yakin akan adanya (hari) akhirat." (Surah Al- Baqarah 2: 2-4)



Sedutan UCAPTAMA OLEH PRESIDEN HALUAN
Prof Madya Dr. Abdullah Sudin Abd. Rahman
SEMPENA SEMINAR & MESYUARAT PERWAKILAN TAHUNAN (MPT) HALUAN 2007

No comments: