Monday 14 May 2007

Bingkisan Buat Sahabatku

Sahabat,
Mohon maaf sejuta, jika dalam pembicaraanku ini bisa menyentuh rasa, menyentuh jiwa murni mu yang kesunyian. Aku tahu siapalah aku ini yang berbicara dihadapanmu. Tapi aku rasa perlu dan terdesak untuk memberitahu khusus kepada mu tentang berita ini, semoga kau mengerti…

Sahabat,
Izinkan aku bertanya… Apakah tujuan kita di sini? Apakah tujuan kita dihidupkan? Apakah tujuan hidup kita? Kemanakah hidup kita selepas ini? Apakah kesudahannya?

Sahabat,
Kutitipkan bingkisan ini, khusus buat mu agar kau mengerti… Betapa kita semua akan MATI… Bila tiba saat dan tibanya nanti…

Sahabat,
Mohon maaf sekali lagi jika persoalan ini, dapat menyentuh sudut hati mu yang sunyi…

Sahabat,
Aku ingat kepada pesan Allah, surat Adz-dzariyaat ayat 56, "Tidak AKU jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka memperhambakan diri kepada-KU."
Apakah kau juga ingat pesan ini, sahabat? Apakah kau juga tahu sebagaimana aku tahu? Ya…! Betapa pesan dari "Yang Maha Agong" tidak dapat kita mungkiri.
Yang kita perlukan hanyalah kita taat dan patuh padaNya… kerana kita sendiri dijadikan oleh-NYA… dan kita akan kembali kepada-NYA… Bila? Hanya DIA jua yang mengetahuinya…

Sahabat,
Aku rasa… dan aku yakin bahawa tujuan kita… kehidupan kita… dan kesudahan seluruhnya hanya kepada-NYA, "Yang Maha Pencipta."
Jadi… aku mohon kepadamu, sahabat… Jika engkau menganggap ini sebagai satu permohonan. Dan, aku meminta kepadamu, sahabat… Jika boleh engkau anggap ini sebagai permintaan Fahamilah bahawa…

Dari ALLAH kita datang… dan hanya kepada-NYA kita akan kembali…
Dari itu, bersiaplah…
Bersiaplah dari sekarang…

Dengan bekalmu yang secukupnya, kerana hari itu tidak bernilai lagi wang, emas dan harta benda, tidak berharga keluarga, dan sanak-saudara, tidak bermakna sahabat-handai taulan, Melainkan mereka yang datang mengadap ALLAH SWT dengan amal saleh, taqwa, dan iman penuh di dada. Hanya mereka yang akan beroleh bahagia… Hidup Kekal Selamanya Di Syurga…

Sahabat,
Semoga kita jua…
Dapat bersama seperti mereka… Insya Allah!


Penulis : Anisa Riyanti

No comments: