Thursday, 5 April 2007

Aku dan Peta



Aku dan Peta
Berbekal sebuah peta
Hajatku ke Mosquee De Paris

Peta tanpa destinasi
Apalah diri


Mulanya perlu kutentukan locationku
Baruku tahu arah perjalanan
Dibelakangku Centre Cultural Pompidu
Mengadap jauh ke Musee Du Louvre


Peta tanpa lokasi
Tiada erti



Kucari Rue Saint-Martin
Akhirnya kutemui
Baru kutahu
Arah tujuan

Kiri kanannya
Pelbagai kedai le souvenir
Menambat hati
Kusinggah seketika
Kedai milik asalnya Kemboja
Buat hadiah
Rakan dan kerabat



Kulintasi jambatan R. De La Cite
Diriku menjadi keliru
Landmark yang kucari tidak ditemui
Cuba kusoal
English...tidak dilayani
Excusez-moi, s’il vous plait.. Excuse me, please !
Ou est Quai Aux Fleus?..Where is Quai Aux Fleus Street?
Pouves-vous me montrer sur la carte?.. Can you show me on the map?
Continuez tout droit..tournez a gouche.. keep going straight ahead..then turn left
Merci beaucoup..thanks very much
De rien.. don't mention it

Peta tak difahami
Tiada makna

Kutelusuri Quai Aux Fleus
Kutemui di kananku Notre Dame
Kulihat di kiriku Pt St Louis
Kini aku yakini

Peta tanpa landmark
Penuh keliru




Kubeluk kiri
Melalui Quai De La Tournelle
Terus ke Quai Saint Bernard
Menyusuri Seine
Melalui Universite de Paris


Kutilik waktu
Masa yang ada sudah tidak berbaki
Hajatku ke Mosquee De Paris
Tidak kesampaian

Peta tanpa masa
Leburlah destinasi

Hari ini
Baru kuinsafi
Harga peta
Bagi kehidupan


"Dan inilah jalanKu yang lurus maka ikutilah ia. Janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain kerana jalan-jalan itu memisahkankan kamu dari jalanNya".

2 comments:

nabiela said...

Jauh perjalanan luas pengalaman...

insan_dzikra said...

benar. skrg masih kat perantauan..tak dpt nak update hingga 17 apr!