Saturday 24 March 2007

HATI > TARBIYAH > IMAN

HATI…

Syaidina Ali:
Allah mempunyai bejana di bumi ini, iaitu hati. Hati yang paling Allah kasihi ialah hati yang paling lembut, paling bersih dan paling cekal. Paling cekal dalam agama, paling bersih dalam keyakinan, dan paling lembut terhadap saudaranya”.

IMAN…

Imam Bukhari:
Kutulis kitab ini (Jamiush Shahih) dan kuterima dari 1080 orang dan di antara mereka itu sama sekali tiada seorangpun, melainkan mengatakan bahawa ‘iman itu adalah kata dan perbuatan, dapat bertambah dan dapat pula berkurang’.

Ibnu Katsir :
Iman ialah percaya yang dilengkapi dengan rasa takut, lalu beramal. Iman tidak cukup dengan hati, harus diucapkan. Tidak cukup diucapkan, harus diamalkan, dan iman dapat bertambah dan berkurang. Dan rasa takut kepada Allah termasuk intisari iman.

HATI + IMAN..


Iman yang benar bukanlah suatu yang beku. Apabila dia tertancap dalam hati, ia akan menggerakkan tuannya bertindak, ibarat api yang melahirkan panasnya, ais yang menzahirkan dinginnya, bunga yang melahirkan keharumannya.

..Sekiranya kewujudan Allah bertakhta dalam hati, masakan hati itu sanggup mengambil tuhan-tuhan yang lain dalam hidupnya.
..Sekiranya keagungan Allah menguasai hati masakan kita berani mngingkari perintahNya.
,,Sekiranya kebijaksanaan Allah mewarnai hatinya masakan dia sanggup mengambil peraturan yang lain mengatur hidupnya.


NATIJAHNYA..

Perubahan..
Pernahkah kita mendengar kisah Syaidina Omar Al-Khattab…bagaimana pada asalnya dia berada dalam kesesatan aqal dan kebingungan fikiran, hinggakan dia sanggup menyembah tuhan yang dibuat dari tamar kemudian dimakan apabila dia lapar.. juga bagaimana dia berada dalam kebengisan dan kekasaran hati dan sentiment sehingga dia sanggup menanam anak perempuannya hidup-hidup …kemudian manakala ia berpindah ke alam iman dan hidayah bebaslah aqalnya dan memancarlah kekuatan dan keupayaan yang baik dalam dirinya sehingga jadilah ia suatu misali sepanjang zaman.

Perjuangan…
Sesungguhnya iman sahajalah yang menjadikan Said Bin Al Musaib keluar dalam medan pertempuran dan jihad …dan sesungguhnya telah hilang sebelahnya. Telah dikatakan kepadanya bahawa engkau sekarang telah sakit. Dijawabnya: aku akan keluar berjuang di jalan Allah samada dalam keadaan berat atau ringan. Sekiranya aku tidak mungkin lagi dapat berperang, sekurang-kurangnya aku dapat memperbanyakkan bilangan tentera (pada pandangan musuh) dan aku dapat menjaga perbekalan.

Jihad..
Iman sahajalah yang menjadikan anak dan ayah sanggup berebut-rebut untuk keluar berjihad. Maka apabila dicabut undi antara kedua-duanya dan keluarlah undi untuk si anak, maka berkatalah siayah: Dahulukan aku hai anakku..aku adalah bapamu. Maka berkata si anak…sesungguhnya ini adalah urusan syurga wahai ayahku, Demi Allah jika sekiranya lain daripada ini nescaya aku akan mendahuluimu.

Sahsiah…
Mus'ab bin Umair diutus sebagai murabbi ke Madinah selepas perjanjian Aqabah. Ahli Madinah berkata: sebelum ia bercakap lagi kami sudah tahu apa yang ia akan katakan. Mereka menggelarnya Al Muqri” (ahli baca Al Quran)

Keikhlasan..
Al-Bukhari meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Abu Musa Al ash’ari menceritakan kepadanya; “Kami berenam bersama2 seekor unta menemani Rasulullah saw dalam satu perjalanan. Kami bergilir-gilir menunggang unta sehingga kaki kami sakit. Kaki saya cedera sehingga kuku kaki saya tanggal. Kami membalut luka dengan kain buruk. Oleh yang demikian pengembaraan itu di kenali sebagai Dhat-ar-Riq’a. Seterusnya Abu Hurairah berkata yang Abu Musa Al Ash’ari berasa kesal kerana menceritakan kejadian itu, lantas berkata; “sepatutnya saya tidak menceritakan kejadian itu”.

Pengorbanan..
Setelah pinangan diterima, puteri Amirul mukminin Omar Abdul Aziz meminta hendak bertemu dengan bakal suaminya dan apabila bertemu lalu ia berkata: ‘Wahai tunangku dan bakal suamiku, berapa banyak pertempuran yang anda ikuti bersama-sama pejuang Islam di darat dan di lautan? Si jejaka dengan rasa malu dan dukacita menjawab: ’Wahai puteri amirul mukminin, tidak banyak pertempuran yang kuturut serta cuma 30 kali itu pun hanya di darat sahaja di mana dada dan rusukku diliputi luka-luka”. Di kala itu ummat Islam sedang menghadapi satu peperangan, lantas puteri amirul mukminin berkata; ‘Wahai jejaka perwiraku, pergilah ke medan perang bersama-sama dengan para pejuang Islam. Andainya anda gugur terkorban maka aku sedia menunggu di hari akhirat nanti, seandainya anda kembali selamat walaupun cacat maka puteri khalifah merasa bertuah dan mulia bahawa suaminya seorang mujahid Islam yang berjuang di jalan Allah”.

Perkembangan..
Sheikh Jamaludin Al-Afghani ketika pulang dari melawat negara-negara Eropah lalu ditanya” Tuan, adakah ada harapan bahawa islam boleh tersebar di Eropah’. Beliau menjawab” Ya, tetapi dengan satu syarat, iaitu hendaklah kita mengaku bahawa kita bukanlah penganut islam yang sebenarnya. Andaikata kenyataan ini sampai kepada mereka, nescaya mereka mengambil inisiatif untuk mempraktikkan Islam dengan wajah sebenar”.

JALANNYA..

Ustaz Muhammad Syadid dalam kitabnya ‘ Al Jihad Fil Islam ‘ menjelaskan bahawa Pengislahan masyarakat tidak akan sempurna melainkan dimulakan dengan jiwa masyarakat itu sendiri, kerana itu maka medan Islam yang pertama ialah ‘ alam jiwa dan dhamir ‘ dan wasilahnya yang pertama dan utama untuk sampai kepada matlamat ialah melalui At Tarbiyyah.

HATI > TARBIYAH >IMAN >NATIJAH

No comments: