Monday 30 April 2007

HATI YANG LEMBUT (2)

Siapakah yang berkuasa melembutkan hati..?

Siapakah yang memberikan kepada kamu hati yang lembut dan rasa ketundukan kepadaNya? Dan siapakah pula yang memuliakannya dengan menghadirkan kekhusyukan kepadanya..juga sifat pergantungan kepada Tuhannya..? Siapakah pula yang mana sekiranya Dia kehendaki, Dia akan memalingkan hati itu dengan kehendakNya. Ada ketikanya pula dalam suatu masa, hati yang keras akan menjadi selembut-lembut hati apabila berhadapan dengan ayat-ayat dan peringatanNya...? Siapakah Dia?

Maha Suci Tuhan yang tidak ada Tuhan yang disembah melainkan Dia, yang mana hati manusia itu terletak di antara dua jemariNya. Dia berkuasa memalingkannya sebagaimana kemahuanNya. Seorang hamba yang paling keras hatinya, teramat jauh dia dengan rahmat Allah.. tiba-tiba datang suatu detik yang amat hebat, yang didalamnya dikembalikan Iman kepada hati yang hitam tersebut untuk ia memilih dan membersihkan manusia empunya hati tersebut. Siapakah Dia?

Hanya dengan sedetik waktu..

Sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah SWT yang membawa manusia daripada penderitaan kepada kebahagiaan, daripada orang yang mempunyai hati yang keras kepada orang yang mempunyai selembut-lembut hati..selepas keadaan hati itu gersang, yang ketika tersebut hati tidak langsung mengenal makruf dan tidak pernah lari daripada kemungkaran. Hati itu hanya mengambil panduan dari hawa nafsunya..tiba-tiba dia menuju Allah SWT dengan hati yang terbuka.

Hati yang suatu ketikanya merasa angkuh dengan hukum Allah SWT dan anggota tubuhnya mengikuti keangkuhan itu..hanya dengan sedetik waktu, berubah keadaannya menjadi baik. Kebaikan menjadi kesudahan dan tempat kembalinya. Hati itu telah berubah sehingga ia menjadi orang yang dapat melihat kebenaran, tahu kemana ia hendak mengorakkan langkah dalam perjalanan.

No comments: