Tuesday 17 April 2007

MARAH..


Suatu ketika, ada seorang anak lelaki yang bersifat pemarah. Untuk mengurangi kebiasaan marah sang anak, ayahnya memberikan sekantong paku dan mengatakan pada anak itu untuk memakukan sebatang paku di pagar belakang setiap kali dia marah ...


Hari pertama anak itu telah memakukan 48 paku ke pagar setiap kali dia marah ... Lalu secara bertahap jumlah itu berkurang. Dia mendapati bahawa ternyata lebih mudah menahan amarahnya daripada memakukan paku ke pagar.


Akhirnya tibalah hari di mana anak tersebut merasa sama sekali boleh mengendalikan amarahnya dan tidak cepat kehilangan kesabarannya. Dia memberitahukan hal ini kepada ayahnya, yang kemudian mengusulkan agar dia mencabut satu paku untuk setiap hari di mana dia tidak marah.


Hari-hari berlalu dan anak itu akhirnya memberitahu ayahnya bahawa semua paku telah tercabut olehnya. Lalu sang ayah menuntun anaknya ke pagar. "Hmm, kamu telah berhasil dengan baik anakku, tapi, lihatlah lubang-lubang di pagar ini. Pagar ini tidak akan pernah boleh sama seperti sebelumnya.


"Ketika kamu mengatakan sesuatu dalam kemarahan. Kata-katamu meninggalkan bekas seperti lubang ini ... di hati orang lain. Kamu dapat menusukkan pisau pada seseorang, lalu mencabut pisau itu ... Tetapi tidak peduli beberapa kali kamu minta maaf, luka itu akan tetap ada ... DAN luka kerana kata-kata adalah sama buruknya dengan luka fizikal..."


~Author Unknown

No comments: