Friday 20 April 2007

TARBIYAH BERKESAN


Tarbiyah hanya berkesan
Pabila tarbiyah bisa mencecah jiwa
Bukan setakat fikiran..
Bukan setakat luaran..

Tarbiyah hanya berkesan
Bila hati direndahkan serendah-rendahnya untuk ditarbiyah
Tiada rasa ego, sombong, bongkak
Tiada rasa lebih dari orang lain
Bila hati dikosongkan dari segala yang menolak Al Haq
Bila hati dipenuhi keikhlasan hakiki
Bahan tarbiyah dirasakan terkena pada dirinya
Bukan terkena pada orang lain

Hati manusia
Ibarat kubu yang kukuh
Tidak dapat ditembusi
Melainkan dengan kehendak sendiri
Selepas izin Allah

Iman itu bersih
Perlukan wadah yang bersih
Islam itu indah
Perlukan penganut yang istiqamah

Jadikan segalanya tarbiyah..

Al Quran
Al Hadith
Al Maksurat
Ziarah Ulama
Nasihat Sahabat
Bacaan Buku fikrah
Halaqah
Majlis Ilmu
Solat Berjamaah
Puasa Sunat
Musafir
Khidmat Masyarakat
Infaq
Menuntut Ilmu
Mencari nafkah
Musibah
Perniagaan
Mesyuarat
Perkhemahan
Penulisan
Laman Web
Blog

Dan segalanya...
Adalah Tarbiyah

No comments: