Monday 16 April 2007

Menasihati dengan Penuh Kasih Sayang

Diriwayatkan oleh Sufyan As-Sauri r.h bahawa Abu Dzar r.a berdiri di sisi Kaabah seraya berkata : '' Wahai Manusia, saya adalah Jundab Al-Ghifary Sahabat Rasulullah saw, kemarilah kalian untuk menemui saudara kalian yang menasihati dengan penuh kasih sayang.''

Maka tatkala mereka berkumpul disekelilingnya, Abu Dzar bertanya: ''Bukankah kalian tahu bahawa jika salah satu di antara kalian ingin berpergian maka dia akan mempersiapkan bekal yang layak baginya dan menyampaikannya ke tempat yang ia tuju?''

Mereka menjawab: ''Benar, memang demikian seharusnya wahai Abu Dzar.''

Abu Dzar pun berkata: ''Jika demikian, maka ketahuilah bahawa perjalanan di hari kiamat lebih jauh dari apa yang kalian tuju di dunia ini, maka ambillah bekal yang dapat menyelamatkan kalian.''

Mereka bertanya: ''Apakah bekal yang layak kami persiapkan untuk perjalanan tersebut wahai sahabat Rasulullah saw?''

Beliau menjawab: ''Berhajilah kalian untuk menghadapi urusan yang agung, berpuasalah kalian di hari yang panas untuk menghadapi lamanya berdiri di padang Mahsyar dan salatlah dua rakaat di kegelapan malam kerana kubur itu menakutkan.''

Mereka berkata: ''Semoga Allah membalas kebaikanmu wahai Abu Dzar, tambahkanlah nasihat anda untuk kami.''

Lalu beliau menambahkan: ''Berkatalah dengan ucapan yang baik dan jangan keluarkan ucapan buruk untuk menghadapi saat bersendirian di padang Mahsyar, bersedekahlah dengan hartamu, agar kalian selamat dari kesusahan di hari tersebut.''

Mereka berkata: ''Alangkah bagusnya nasihat anda wahai sahabat Rasulullah, teruskanlah nasihat ini!''

Beliau melanjutkan: ''Jadikan dunia untuk majlis dua perkara, majlis untuk memburu akhirat dan majlis untuk mencari yang halal. Adapun yang ketiga, akan mendatangkan kemudharatan dan tiada memberikan manfaat bagimu. Jadikan harta milikmu menjadi dua bahagian. Bahagian pertama sebagai nafkah yang halal bagi keluargamu dan bahagian kedua untuk bekal akhiratmu, selain itu akan mendatangkan mudharat bagimu dan tidak akan memberikan manfaat padamu.'' Wahai manusia, boleh jadi rasa tamak dapat membunuhmu sedangkan kamu tidak mampu mencegahnya.''

Haakadza.. Tahaddatsas Salaf , Dr. Musthafa Abdul Wahid

No comments: