Sunday 22 April 2007

Hubungan itu..


Hubungan itu
satu fitrah tertulis sejak perjalanan bermula
dari rahim seorang wanita hingga tanah disekelilingmu
hubungan itu… satu jambatan perjanjian
antaramu dan si Pemilik Arasy
Hubungan itu
menghubung kau dan Dia
hubungan itu
bukti pengabdian kepadaNya
denganNya kau suburi dengan ketaqwaan
denganNya kau basahi air mata keinsafan
lantaran hatimu memungkiri perjanjian
moga harapan mu hanyalah kemaafanNya
********
Bangkitlah dengan nafas baru
moga terlahir jiwa yang baru
jiwa yang hidup
yang terjalin dengan aturanNya
yang selari dengan kehendakNya
Moga gerakmu sentiasa menagih barakah
Hormati hubungan itu
hargai ikatan itu
hargailah… kerana hak Dia menarik apa sahaja nikmatNya..
Hubungan itu..
tali penghubung kau dan makhlukNya
Hubungan itu hanya satu..
kerana Dia yang pasti ada
tiada, setandingNya
JanjiNya… bagi mereka yang mencari
JanjiNya bagi yang mencintaiNya
tiada setanding syurga firdausi..


TQ2: DakwahInfo

No comments: